You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KELEDEK

27200 KUALA LIPIS


PAHANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 10 Januari 2017

Hari : Selasa

Masa : 2:00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek

Kehadiran :

BIL NAMA JAWATAN


1 EN GHAZALI BIN JAAFAR GURU BESAR
2 PN NORIAH BINTI NOR GPK PENTADBIRAN
3 EN AJIB BIN OTHMAN GPK HAL EHWAL MURID
4 PN NORHAYATI BINTI ISMAIL GPK KOKURIKULUM
5 PN FARDYNANI BINTI MOHD YUSUFF SETIAUSAHA KURIKULUM
6 PNQUEK SIEW LENG GURU PENOLONG
7 PN AINUL FARILAH BINTI AMINUDIN GURU PENOLONG
8 PN ROSILAWATI BINTI MOHAMED GURU PENOLONG
9 PN SALINA BINTI MAT SHARIP GURU PENOLONG
10 EN ZAHID BIN RAZAK GURU PENOLONG
11 EN AZRUL BIN MOHAMAD NOOR GURU PENOLONG
12 PN NORFILAH BINTI SABUDIN GURU PENOLONG
13 CIK SHAMSINA BINTI BADRIN GURU PENOLONG
14 PN NORAIDAH BINTI ABDUL JAMAL GURU PENOLONG
15 PN KAMILAH BINTI MOHAMED GURU PENOLONG
16 EN MD FAUZI BIN SETI GURU PENOLONG
17 PN NURZALINA BINTI RAMLI GURU PENOLONG
18 PN SARINA BINTI JAMALUDDIN GURU PENOLONG
19 PN SITI NUR IZZAH BINTI SAIDIN GURU PENOLONG
Agenda Mesyuarat

1. Perutusan / Kata alu-aluan Pengerusi


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Ahli jawatankuasa (carta organisasi kurikulum)
5. Pengurusan Panitia dan PdP
5.1 Takwim panitia dan pelaksanaan program
5.2 Penulisan BRM
5.3 PBS
6. Pencapaian akhir tahun 2016 dan TOV UPSR
6.1 Analisis P4 2016
6.2 Prestasi murid 2016
6.2.1 Pemulihan
6.2.2 Linus Literasi, Numerasi & BI
6.2.3 Prasekolah
7. Program Kecemerlangan UPSR 2017
8. Program-program sokongan
8.1 Karnival MBMMBI
8.2 Karnival Linus
8.3 Program-program PSS
8.4 Program Panitia Bahasa Inggeris
9. Hal-hal lain
10. Ucapan penangguhan
1. PERUTUSAN / KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat
Kurikulum Bil. 1 / 2017.
1.2 Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul
Kitab.
1.3 Pengerusi mengingatkan guru agar melaksanakan tugas sebagai seorang guru
dengan amanah fokus kepada kemenjadian murid. Guru boleh menggunakan
kreativiti sendiri agar matlamat untuk kemenjadian murid tercupai.

2. PEMBENTANGAN / PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Cik Shamsina binti Badrin selaku setiausaha Kurikulum telah membentangkan minit
mesyuarat yang lepas.
2.2 Encik Zahid mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Encik Fauzi.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4. AHLI JAWATANKUASA

4.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk pada Carta Organisasi Kurikulum 2017
yang disertakan dalam Dokumen Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2017. Semua guru
dipohon untuk maklum akan tugas masing-masing dalam organisasi kurikulum.

5. PENGURUSAN PANITIA DAN PDP

5.1 Takwim Panitia dan Pelaksanaan Program


5.1.1 Setiap panitia diingatkan untuk melaksanakan mesyuarat panitia sebanyak 4
kali dalam setahun. Cara penulisan minit mesyuarat perlu mengikut format
yang telah ditetapkan.
5.1.2 Semua panitia juga diingatkan agar melaksanakan semua program mengikut
takwim yang telah dirancang.
5.2 Penulisan Buku Rancangan Mengajar
5.2.1 Cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian adalah mengikut ketetapan
panitia masing-masing.
5.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
5.3.1 Puan Ainul Farilah binti Aminudin selaku penyelaras PBS memaklumkan
bahawa perekodan PBS diteruskan bagi setiap mata pelajaran melalui
penilaian sepanjang tahun. Guru diingatkan agar sentiasa mengemaskini
perekodan PBS bagi setiap murid.

5.3.2 Guru diminta menyerahkan pelaporan perekodan PBS kepada penyelaras


PBS dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September.
5.3.3 Guru diingatkan agar menyerahkan pelaporan perekodan PBS untuk tahun
2016 kepada penyelaras PBS jika masih belum berbuat demikian.

6. PENCAPAIAN AKHIR TAHUN 2016 DAN TOV UPSR


6.1 Analisis P4 2016
Puan Noriah binti Nor selaku GPK Kurikulum membentangkan analisis P4 2016.
TOV UPSR 2017 adalah berdasarkan kepada P4 Tahun 5 2016. (Dokumen
Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2017).
6.2 Prestasi Murid 2016.
6.2.1 Puan Norfilah binti Sabudin selaku guru pemulihan membentangkan prestasi
murid pemulihan tahun 2016. 3 daripada 7 orang murid pemulihan tahun 1
telah melepasi LINUS dan 3 daripada 4 orang murid pemulihan tahun 2 telah
menguasai LINUS. Sementara itu, guru pemulihan masih lagi memberi
bimbingan kepada seorang lagi murid tahun 4 agar tidak tercicir dalam
kemahiran UPSR berikutan murid ini sering tidak hadir ke sekolah dan lemah
dalam pelajaran.
6.2.2 Puan Salina binti Mat Sharip selaku penyelaras LINUS membentangkan
dapatan dari taklimat LINUS peringkat daerah. Setiap sekolah perlu
mewujudkan satu lagi fail LINUS yang mengandungi dapatan dari pemantau
yang hadir memantau aktiviti LINUS sekolah. Guru diingatkan agar
menyemak semula instrument dengan memastikan setiap instrument ditanda
dengan pen merah sahaja. Borang BPI perlu ada tanda tangan guru dan guru
besar.
6.2.3 Puan Siti Nur Izzah binti Saidin selaku guru prasekolah membentangkan
prestasi murid prasekolah sesi 2016. 2 orang murid menguasai kemahiran
prasekolah, 13 murid sedang menguasai manakala 9 orang murid lagi belum
mengusai kemahiran prasekolah.

7. PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2017

7.1 Kelas tambahan dijadualkan akan bermula selepas perayaan Tahun Baru
Cina.
7.2 Kelas intensif semasa cuti sekolah telah berjalan selama seminggu iaitu pada
minggu terakhir cuti akhir tahun 2016.
7.3 Pengerusi mencadangkan agar guru yang tidak mengajar tahun 6 membantu
membimbing kumpulan murid yang lemah dalam usaha melonjakkan
kecemerlangan UPSR tahun ini. Pengerusi turut mencadangkan untuk
mengadakan program motivasi dengan bergabung dengan SK Batu Yon bagi
meringankan kos kewangan.

8. PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN

8.1 Karnival MBMMBI


Encik Zahid bin Razak selaku penyelaras MBMMBI mencadangkan untuk
mengadakan karnival MBMMBI pada bulan Mac dan melibatkan kesemua
murid tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti dirancang berbentuk kaedah stesen
dan murid bakal dibahagikan kepada 4 hingga 5 kumpulan.
8.2 Karnival LINUS
Puan Noraidah binti Abdul Jamil selaku guru pemulihan tahun 2017
memaklumkan aktiviti yang bakal dijalankan adalah berbentuk stesen
mengikut tahap penguasaan murid. Karnival LINUS diadakan bertujuan
membimbing murid yang ketinggalan jauh dari arus perdana.
8.3 Program-program PSS
Puan Rosilawati binti Mohamed selaku guru PSS memaklumkan pihak PSS
bercadang untuk mengeluarkan buletin PSS setiap 2 minggu sekali dan akan
dijual dengan harga dua puluh sen bagi setiap naskah. Hasil jualan buletin
dapat dijadikan dana bagi keceriaan PSS. Bakat dan kreativiti murid turut
dapat dicungkil melalui penghasilan buletin ini dengan memuatkan hasil kerja
murid terpilih.
8.4 Panitia Bahasa Inggeris
Puan Nurzalina binti Ramli selaku ketua panitia Bahasa Inggeris
membentangkan hasil daripada dapatan kursus yang telah dihadiri mengenai
Common European Framework of Reference, CEFR. Matlamat program
CEFR ini ialah untuk menggalakkan murid berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Murid digalakkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris tanpa
perlu terlalu memikirkan kesilapan tatabahasa dalam usaha membentuk
keyakinan murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Pengerusi meminta penyelaras LADAP membuat satu borang soal selidik
bagi mendapat maklumat jenis kursus yang diperlukan oleh guru-guru.
Pengerusi juga mencadangkan agar LADAP peringkat sekolah diadakan
sebulan sekali.

10. PENANGGUHAN MESYUARAT


10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(FARDYNANI BINTI MOHD YUSUFF) (NORIAH BINTI NOR)
Setiausaha Kurikulum Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK. Kampong Keledek. SK. Kampong Keledek.

You might also like