You are on page 1of 1

Majlis Penyerahan Bantuan Program 1 AZAM (Akhiri Zaman Miskin)

di Astaka Terbuka Pekan Karakit, Banggi


pada 26 November 2013

Oleh : Unit Perhubungan Awam (YM/AAM)

Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Program 1
AZAM (Akhiri Zaman Miskin) kepada seramai 45 orang nelayan baru-baru ini.

Majlis Penyerahan tersebut yang diadakan di Astaka Terbuka Pekan Karakit, Banggi
dekat sini telah dirasmikan oleh wakil rakyat Kawasan N1 Banggi merangkap
Pengerusi Ko-Nelayan Y.B. Datuk Abdul Mijul Hj. Unaini.

Ketika berucap pada majlis berkenaan Datuk Abdul Mijul menyeru supaya para
penerima dapat memanafaatkan bantuan sebaik mungkin bagi meningkatkan
pendapatan keluarga mereka.

Katanya, penerima-penerima yang diberikan bantuan pada program ini hanyalah


kepada nelayan-nelayan yang tersenarai dalam program e-Kasih sahaja. Beliau juga
mengingatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
(JKKK) dan Ketua Kampung agar membuat pemilihan yang tepat serta memastikan
tidak pilih kasih dalam menyenaraikan kepada mereka yang layak sahaja.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan,
Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Ko-Nelayan, Pemimpin Kemajuan
Rakyat Banggi, Pengurus Felcra Bhd. Kawasan Banggi, Pegawai Pemerintah Kem. Datuk Abdul Mijul ketika
berucap pada majlis
Tentera Karakit, Wakil Ketua Polis Karakit, Pegawai-pegawai kerajaan, Pemimpin-
tersebut.
pemimpin masyarakat daerah Banggi serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK
seluruh daerah Banggi.

Dalam pada itu juga, Datuk Abdul Mijul berharap agar penerima bantuan bukan setakat dapat menjana pendapatan harian
malahan beliau berharap bantuan ini dapat meningkatkan taraf ekonomi serta memperbaiki keadaan kehidupan mereka.

Namun demikian katanya, beliau juga mengingatkan kepada semua penerima bantuan pinjaman khususnya di daerah Banggi ini
supaya dapat menjelaskan bayaran pinjaman bersubsidi secara teratur dan memuji sikap para nelayan di daerah Banggi kerana
membuat bayaran balik mengikut jadual.

Datuk Abdul Mijul menyampaikan bantuan kepada salah Timbalan Pengurus Besar menyampaikan cenderakenangan
seorang penerima bantuan, sambil diperhatikan oleh kepada Y.B. Datuk Abdul Mijul sambil diperhatikan oleh
Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan (tiga kanan). Penolong Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan (dua kiri).

Datuk Abdul Mijul (tengah) merakam kenangan bersama


penerima-penerima bantuan.

You might also like