You are on page 1of 11

ANALISIS ASPEK KESESUAIAN PERISIAN KURSUS BAHASA MELAYU DI

SEKOLAH MENENGAH BANDAR SIBU NOMBOR 1.

PENDAHULUAN

Dalam pendidikan tradisi, penggunaan kapur dan cakap (chalk and talk) merupakan

sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pada masa kini

senario pendidikan di Malaysia telah berubah selaras dengan perkembangan teknologi terkini

seiring dengan arus perubahan global dalam bidang teknologi yang memerlukan perubahan

dilakukan. Maka dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengintegrasikan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum. Salah satu kemudahan ialah

menggunakan perisian-perisian kursus pendidikan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah

sebagai bahan bantu mengajar membantu guru-guru dalam mempelbagaikan pengajaran

mereka di dalam kelas.

Perisian-perisian kursus pendidikan tersebut dibangunkan dengan memasukkan

elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, animasi dan video untuk menarik

perhatian murid-murid supaya pembelajaran murid dapat dipertingkatkan lagi. Selain

daripada itu ia dibangunkan mengikut tahap dan keperluankeperluan semua murid. Oleh itu

kajian ini dilakukan untuk meninjau penggunaan perisianperisian kursus Bahasa Melayu.

Hamdan Misran (2001) dalam kertas kerjanya menyatakan perkembangan pantas arus

teknologi komputer dan media elektronik yang semakin hari semakin mewarnai kehidupan

manusia dalam era globalisasi . akan menjadi sebahagian daripada cabaran dunia pendidikan.

Mahu tidak mahu generasi mendatang perlu disiapkan dengan kecekapan dan pengeTahuan

yang berguna bagi menempuhi zaman mereka.

1
PENGERTIAN DAN KONSEP

Sejak awal 1960-an, komputer telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan untuk

menjalankan pelbagai tugas. Kajian telah membuktikan keberkesanan komputer dalarn

mempertingkat produktiviti dan pencapaian. Walaupun pada mulanya penggunaan komputer

hanya melibatkan organisasi-organisasi besar tetapi pada lewat tahun 1970-an,

penggunaannya telah diperkenalkan di institusi-institusi pendidikan. Penggunaan komputer

diperkembangkan di institusi terkenal dunia seperti Universiti Harvard, Universiti Stamford

dan Institut Teknologi Massachusetts di Arnerika Syarikat serta tempat-tempat lain di serata

dunia. Para pendidik telah memanfaatkan keupayaan komputer untuk menyelesaikan

masalah-masalah pembelajaran mereka.

Hamdan Misran (2001) dalam kertas kerjanya menyatakan perkembangan pantas arus

teknologi komputer dan media elektronik yang semakin hari semakin mewarnai kehidupan

manusia dalam era globalisasi . akan menjadi sebahagian daripada cabaran dunia pendidikan.

Mahu tidak mahu generasi mendatang perlu disiapkan dengan kecekapan dan pengetahuan

yang berguna bagi menempuhi zaman mereka. Justeru, institusi pendidikan sebagai wadah

terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding institusi lain untuk mencapai

matlamat tersebut. Konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) pula

dilaksanakan dengan tujuan untuk m\eningkatkan pencapaian pelajar melalui penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti kemahiran guru dalam penggunaan perisian-perisian kursus komputer.

2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan perisian dalam pembelajaran KOMSAS.

3. Mengenal pasti persepsi guru terhadap kesesuaian penggunaan perisian perisian

kursus yang dibekalkan di dalam kelas.

BATASAN KAJIAN

Setiap guru dibawah Kementerian Pendidikan telah didedahkan dengan pelbagai

kaedah mengajar dan sumber pengajaran, mereka harus mahir dalam mengenalpasti,

membuat keputusan memilih dan menggunakan media yang sesuai semasa proses pengajaran

di dalam bilik darjah. Bagi pendidikan masa kini, media pengajaran dan pembelajaran yang

dimaksudkan adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi terutamanya teknologi

komputer. KPM telah membangunkan banyak perisian-perisian kursus untuk digunakan oleh

guru guru di sekolah sebagai sumber pengajaran dan juga sokongan kepada pembestarian

sekolah yang sedang giat dijalankan. Penggunaan perisian-perisian kursus adalah titik tolak

daripada program perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulai pada tahun 2003. Daripada hanya menumpukan

kepada dua mata pelajaran tersebut telah diperluaskan kepada subjek-subjek yang lain iaitu

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, serta Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan.

3
Kursus yang dianjurkan adalah berkaitan dengan penguasaan kemahiran komputer

untuk guru guru juga telah dipergiatkan. Tambahan pula kursus-kursus yang dijalankan itu

mendapat kerjasama daripada pihak swasta untuk menyediakan para guru supaya mahir

dalam penguasaan menggunakan komputer dan dapat mempraktikkannya di dalam bilik

darjah. Namun begitu, bagaimana pula penerimaan guru terhadap penggunaan perisian kursus

yang telah dibekalkan KPM. Adakah mereka kerap menggunakannya atau guna ketika

hendak dipantau dan diselia oleh pentadibr. Atau mereka menganggap menggunakan perisian

kursus tersebut sebagai menyusahkan dan membuang masa kerana memerlukan banyak masa

untuk persiapan awal sebelum proses pengajaran sebenar berlaku.

Oleh itu kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah kesesuaian perisian-

perisian kursus untuk Bahasa Melayu yang telah dibekalkan oleh KPM ke sekolah-sekolah

oleh guru-guru semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah. Kesesuaian ini akan

dianalisis dari aspek kemahiran guru dalam penggunaan komputer, kemahiran dalam

menggunakan perisian-perisian kursus komputer, kekerapan penggunaan perisian-perisian

kursus dan persepsi guru-guru terhadap kesesuaian perisian-perisian kursus juga akan dilihat.

Kajian ini akan membataskan analisa secara temubual penggunaan perisian Kursus

BAhasa Melayu dikalangan guru di Sekolah MEnengah Bandar Sibu Nombor 1.

4
ANALISIS KESESUAIAN

1. Perisian memenuhi dan menepati sukatan kurikulum.

Perisian menepati keperluan sukatan dan kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian

yang dijalankan terhadap responden menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan ini

memenuhi dan menepati keperluan sukatan dan kurikulum Bahasa Melayu. Oleh itu, perisian

ini sesuai digunakan dalam pembelajaran Komsas bagi murid Tingkatan 1. Selain itu, murid

juga bersetuju dengan adanya perisian tersebut, mereka mengalami proses pembelajaran

dengan mudah. Perisian ini mampu meningkatkan pemahaman dan minat mereka untuk

mempelajari genre novel tersebut. Hal ini kerana, melalui perisian tersebut murid mengetahui

dan memahami aspek-aspek sastera yang perlu dipelajari dalam sesebuah novel, iaitu tema

dan persoalan, latar, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai pengajaran dan sudut

pandangan.

2. Perisian bersifat interaktif

Bahan perisian juga dilihat dari aspek pembangunannya adakah bersifat interaktif atau

tidak. Perisian ini dibina dengan menerapkan ciri interaktif yang menarik dan memudahkan

murid untuk mengawal perisian tersebut. Ciri interaktif ini penting dalam sesebuah perisian

agar memudahkan murid memilih butang nativasi yang diperlukan bagi mendapatkan

maklumat pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian mengenai ciri interaktif dalam perisian ini

dilakukan bagi menilai keberkesanan butang navigasi yang disediakan dalam memudahkan

pembelajaran murid. Sebagai contoh perisian novel Istana Menanti menepati ciri interaktif

5
yang diperlukan dalam sesebuah perisian P&P. Butang navigasi yang disediakan dapat

memandu murid untuk mengikuti pembelajaran yang diperlukan dengan mudah. Pengguna

diberi kebebasan untuk memilih isi pelajaran yang dimahukan dengan hanya memilih butang

pautan yang berkaitan. Oleh itu, proses P&P yang mesra pengguna dapat diwujudkan bagi

memudahkan murid mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. MEningkatkan Motivasi Murid

Perisian multimedia umpamanya bertujuan untuk membangunkan perisian adalah

untuk menjadikan proses P&P Komsas lebih menarik dan meningkatkan motivasi murid

untuk belajar novel. Oleh itu, analisa juga ini dilakukan bagi melihat aspek gaya

persembahan perisian PPBK ini. Kemampuan perisian edaran ini dipersembahkan dengan

gaya yang interaktif dan mampu menarik minat dan motivasi murid. Seperti contoh perisian

PPBK (multimedia) novel Istana Menanti mampu meningkatkan minat dan motivasi mereka

untuk mengikuti proses pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa gaya persembahan yang

dipaparkan mampu menarik minat mereka untuk mengikuti isi pengajaran yang disediakan

melalui perisian ini. Murid juga bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran melalui perisian

ini kerana bahan yang disediakan ringkas dan padat serta mudah untuk diingat untuk jangka

masa yang panjang.

6
4. Menggalak Proses Pembelajaran lebih mudah dan efektif

Perisian yang dibangunkan dilihat berupaya menggalakkan proses pembelajaran Komsas

menjadi lebih mudah dan efektif. Selain itu, perisian ini didapati membantu meningkatkan

pemahaman murid. Hal ini kerana, perisian ini berperanan sebagai tutor peribadi kepada murid

dengan guru bertindak sebagai fasilitator. BErdasarkan perisian seperti PPBK (multimedia) novel

Istana Menanti membantu memudahkan kaedah pembelajaran dan mewujudkan proses pembelajaran

yang berkesan. Ini menunjukkan murid boleh mendapat segala maklumat pembelajaran dengan

mudah tanpa terikat dengan sesi pengajaran yang panjang di dalam bilik darjah.

5. Menggalak penerapan teori konstruktivisme

Selain itu, strategi berpusatkan murid juga dapat menerapkan teori konstruktivisme kerana

murid diberi peluang untuk membina pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Oleh itu,

perisian multimedia begini telah menyumbang kepada perkembangan daya pemikiran kreatif dan

kritis dalam kalangan murid dalam memartabatkan imej pendidikan Bahasa Melayu khususnya

Komsas. Kesimpulannya perisian bagi novel Istana Menanti yang dibina telah menerapkan elemen

nilai murni. PErisian ini juga mampu menerapkan nilai murni dalam perisian ini mampu memupuk

keperibadian murid agar membudayakan nilai murni dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, nilai-

nilai murni yang diterapkan semasa sesi P&P seperti peniruan dan pengalaman akan diperteguhkan

dan diulangi pada masa hadapan. Secara langsung, dapat menggalakkan pembentukan insan yang

seimbang dan memupuk nilai positif seseorang insan.

Penggunaan kaedah baru seperti PPBK dalam subjek Bahasa Melayu khususnya Komsas

seperti masih belum meluas kerana guru sudah terbiasa dengan menggunakan kaedah konvensional.

Kaedah seperti ceramah dan kuliah digunakan kerana guru kurang terdedah dengan penggunaan alat

bantu mengajar berasaskan elektronik. BErdasarkan penggunaan perisian tersebut didapati ciri-ciri

7
novel mudah dikenalpasti melalui perisian tersebut. Guru juga menyatakan murid boleh menerangkan

semula sinopsis novel yang telah dipelajari menggunakan perkataan sendiri dan membandingkan

perwatakan watak dalam novel melalui perisian yang disediakan.

6. Memudahkan penyebaran maklumat agar lebih berkesan.

Pembelajaran menggunakan perisian ini menjadikan pelajar mudah untuk mendapatkan

malumat pembelajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya pada buku teks dan guru. Selain itu,

belajar melalui perisian ini telah membudayakan sifat bertanggungjawab murid dalam pembelajaran

mereka. Selain itu, murid juga mampu belajar sendiri melalui maklumat yang disampaikan dalam

perisian PPBK tersebut tanpa menunggu pengajaran guru di dalam bilik darjah. Hal ini kerana,

menurut Draper dalam Auzar (2009) menggunakan teknologi sebagai alat bantu P&P membolehkan

sesuatu konsep disampaikan dengan lebih berkesan dan murid mudah untuk mengingati konsep yang

disampaikan. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian Irene Cheng (2008) bahawa pengajaran

berasaskan teknologi multimedia mampu meningkatkan pemahaman murid dengan persembahan isi

pengajaran yang berbantukan teks, gambar dan bunyi.

7. Meningkat tumpuan dan kognitif murid.

Penggunaan menggunakan perisian juga dapat mengekalkan tumpuan, meningkatkan

kemampuan kognitif dan kemahiran sosial belajar dalam suasana yang lebih selesa dari segi masa dan

kebolehan mereka untuk mempelajari novel (Zamri & Nur Aisyah 2011). Perisian yang disediakan

oleh KPM yang bercorak interaktif ini telah meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka

serta dapat memotivasikan mereka untuk belajar. Hal ini kerana, berdasarkan ciri multimedia yang

terdapat pada perisian multimedia murid yang belajar dengan bantuan komputer akan mempunyai

rangsangan atau motivasi yang tinggi. Penyediaan latihan serta pengayaan dalam perisian memberi

8
peluang kepada murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka terhadap pengajaran novel yang

diajar (Ros Azura 2007, Zamri & Nur Aisyah 2011). Minat dan motivasi murid dalam proses P&P

Komsas juga mewujudkan implikasi yang positif

8. Penguasaan pdp dengan lebih mudah.

Perisian ini juga didapati membantu murid menguasai elemen-eleman sastera yang terdapat

dalam novel Istana Menanti dengan mudah berbantukan perisian tersebut. Selain itu, mereka juga

mudah mendapatkan maklumat pengajaran yang diperlukan dengan hanya memilih butang pautan

yang disediakan. Dapatan ini menunjukkan persamaan dengan pendapat Rozinah (2005) bahawa

kefahaman murid dapat ditingkatkan dengan kaedah multimedia berbanding kaedah konvensional.

Menurut beliau lagi, kaedah multimedia yang berkonsepkan pembelajaran hiburan mudah menarik

minat murid untuk memahami isi pengajaran sastera dengan lebih mudah. Penggunaan perisian PPBK

ini juga mampu mempengaruhi perkembangan pembelajaran murid bukan sahaja pada mata pelajaran

Komsas, tetapi meningkatkan kemahiran mereka dalam literasi komputer. Menurut Ros Emiliana

(2007) dan Lachs (2006), penggunaan teknologi dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan

kemahiran murid dalam penggunaan literasi komputer. Hal ini kerana, penggunaan komputer dalam

proses belajar memahirkan murid dalam mengendalikan sistem komputer dalam kehidupan harian

mereka. Kaedah ini membolehkan murid memperoleh dua ilmu secara langsung, iaitu ilmu berkaitan

pelajaran dan ilmu literasi komputer (Zamri & Nur Aisyah 2011).

9. Penggunaan perisian menggalak guru menggunakan teknologi yang

disediakan,pembudayaan multimedia.

Guru yang kerap menggunakan perisian kursus yang telah dibekalkan itu semasa

proses pengajaran akan membawa implikasi bahawa tidak berlaku pembaziran dan perisian-

9
perisian kursus tersebut tidak terbiar begitu sahaja tanpa digunakan. Selain daripada itu guru-

guru juga telah dapat menerima perubahanperubahan yang berlaku dalam pendidikan

terutamanya dalam dasar penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu tinjauan untuk melihat penggunaan

perisian-perisian kursus yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia oleh

guru-guru semasa pengajaran di dalam bilik darjah. Beberapa maklumat mengenai latar

belakang responden seperti kelayakan ikhtisas, subjek-subjek yang diajar, kursuskursus

komputer yang telah dihadiri, persepsi guru mengenai kemahiran mereka menggunakan

komputer, persepsi guru mengenai kemahiran mereka menggunakan perisian-perisian kursus,

kekerapan guru-guru menggunakan perisianperisian kursus pendidikan dan persepsi guru

terhadap kesesuaian perisian-perisian kursus telah dikumpul

10
BIBLIOGRAFI

1. Baharuddin Aris et al. (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang

terkini. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

2. Clements, D. H. (1985). Computers in Early and Primary Education. Englewood

Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

3. Deepak Kumar, Turner, J. (Editor). (2006). Education for the 21st Century: Impact of

ICT and Digital Resources. United States of America: International Federation for

Information Processing.

4. Geisert, P.G. & Futrell, M. K. (1995). Teachers, Computers, and Curriculum

Microcomputers in the Classroom Second Edition. Massachusets United States of

America. Allyn and Bacon.

5. Hishamuddin Md. Som. 2005. Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS

Windows. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

6. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan.

Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

7. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010,

Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan 2001: Kuala Lumpur.

11