You are on page 1of 16

BAHAGIAN ULASAN

1. Aktiviti Gotong-royong Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam.


Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam menganjurkan aktiviti gotong-royong yang
akan diadakan pada 27 Mac 2016 bersamaan dengan hari Ahad. Tempat dan masa berkumpul
adalah di dewan Komuniti Desa Nilam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan aktiviti tersebut adalah
untuk membersihkan kawasan sekitar. Selain itu, mereka juga ingin memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk aedes yang terdapat di kawasan sekitar, di samping mengindahkan dan
menghijau persekitaran. Penganjur mengalu-alukan kehadiran semua penduduk. Penduduk
yang ingin mengambil bahagian diminta membawa peralatan yang berkaitan serta memakai
pakaian yang bersesuaian.

2. Pertandingan Memancing Kolam Bamban Seremban.


Iklan menunjukkan satu pertandingan memancing di Kolam Bamban, Seremban akan
diadakan pada 26 November 2016 iaitu pada hari Sabtu selama lima jam. Setiap peserta boleh
menggunakan sebatang joran dan dua bentuk mata kail. Umpan yang digunakan pula bebas.
Juara sehingga tempat ke-30 akan menerima hadiah wang tunai. Selain itu, cabutan bertuah
turut disediakan kepada para peserta yang bertanding. Hadiah-hadiah berupa peralatan dan
barangan dapur ditawarkan. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang
tertera dalam iklan untuk keterangan lanjut.

3. Keperluan Mangsa-mangsa Banjir.


Mangsa-mangsa banjir memerlukan beberapa jenis barangan keperluan. Pertama,
sebanyak 25% keperluan makanan diperlukan seperti beras, ayam, ikan dan minuman. Kedua,
mangsa-mangsa banjir memerlukan sebanyak 20% pakaian terpakai untuk menjalani kehidupan
seharian. Ketiga, barangan keperluan harian seperti lilin, tisu, selimut, kain, penyangkut baju
dan lampin pakai buang turut diperlukan oleh mereka. Seterusnya, 20% permintaan terhadap
produk pembersihan diri seperti syampu, sabun dan ubat gigi. Selebihnya, mangsa-mangsa
banjir memerlukan alatan kebersihan seperti mop, penyapu, berus dan span untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan.

PPMPBM SJK POTIAN


4. Usaha-usaha Menceriakan Kawasan Sekolah.
Kita perlu berusaha menceriakan kawasan sekolah supaya dapat belajar dalam suasana
yang selesa. Antara usaha itu ialah mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkumpulan
dengan memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama membersihkan kawasan
sekolah.Contohnya, menyapu sampah dan mengumpulkan sampah ke dalam beg plastik
sampah. Selain itu, menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah perlu dilakukan
agar persekitaran sekolah lebih indah dan segar. Guru-guru dan murid-murid bersama-sama
melukis dan mewarna mural untuk menambahkan keceriaan suasana. Akhir sekali, warga
sekolah perlu saling membantu membaiki dan membetulkan kemudahan sekolah yang
mengalami kerosakan supaya kelihatan baharu dan boleh digunakan semula.

5. Jenis Bahan Bacaan di Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu.


Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan untuk menarik
minat murid-murid. Terdapat 200 naskhah akhbar yang menyediakan berita terkini tentang
perkembangan di dalam dan di luar negara disediakan. Selain itu, 300 naskhah majalah
dibekalkan untuk para murid meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang. Seterusnya, buku-buku
ilmiah sebanyak 500 buah diletakkan untuk rujukan murid dalam pembelajaran. Di samping itu,
bilangan buku bukan fiksyen berjumlah 400 buah manakala buku fiksyen berjumlah 550 buah
untuk menggalakkan murid membaca dan meluaskan imaginasi.

6. Hari Bahagia Taman Aman Siara 2016.


Hari Keluarga Taman Aman Siara anjuran persatuan penduduk akan diadakan pada 3
dan 4 Disember 2016 di Morib Beach Resort, Pantai Morib. Pada hari pertama, pendaftaran
bermula pada pukul 8.30 pagi disusuli taklimat. Acara sukaneka diadakan pada pukul 10.00
pagi. Para peserta mendaftar masuk hotel selepas makan tengah hari. Sukaneka disambung
semula pada pukul 4.30 petang diikuti acara penyampaian hadiah. Para peserta makan malam
pada pukul 7.30 petang. Mereka berehat pada pukul 10.30 malam. Pada hari kedua, mereka
akan mengikuti acara kolam selepas bersarapan. Para peserta mendaftar keluar dan bersurai
pada pukul 12.00 tengah hari.

PPMPBM SJK POTIAN


7.Pertandingan Halaman Tercantik.
Pertandingan Halaman Tercantik diadakan sempena Hari Alam Sekitar pada 5 Jun 2016.
Penduduk Taman Mega layak menyertai pertandingan ini. Hadiah-hadiah istimewa ditawarkan
untuk para pemenang. Pemenang pertama akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah
mesin pemotong rumput, hiasan landskap halaman percuma dan wang tunai RM1500.
Pemenang kedua akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput
dan wang tunai RM1000. Pemenang ketiga pula mendapat satu set pancuran air mini, sebuah
mesin pemotong rumput dan wang tunai RM500. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh Syarikat Hiasan
Laman Uni, Preti Houz Sdn. Bhd. dan Qaya Bank Berhad.

8.Lima Langkah Asas Melintas Jalan.


Murid-murid mestilah berhati-hati semasa melintas jalan raya. Setiap murid hendaklah
mengingati lima langkah asas sebelum melintas jalan. Pertama,murid perlu berhenti di bahu
jalan sebelum melintas. Kedua, murid mesti melihat ke kiri dan ke kanan serta memastikan
laluan trafik lapang. Ketiga, murid perlu mendengar untuk memastikan tiada kenderaan datang
dari kedua-dua arah. Keempat, murid harus memikirkan dan memastikan keadaan selamat
untuk melintas. Kelima, murid perlu berwaspada dan berhati-hati apabila melintas jalan raya.

9. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 SJK(C) San Chi.


Peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun enam SJK(C) San Chi berlangsung
selama empat hari bermula dari 10 hingga 13 Mei 2016. Pada hari pertama, berlangsungnya
peperiksaan Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik 1. Pada
hari kedua, Peperiksaan Matematik kertas 2 bermula pada pukul 8.15 pagi. Selepas itu,
peperiksaan Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan pula diadakan. Pada hari
ketiga, peperiksaan Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan dijalankan.
Pada hari terakhir, peperiksaan Sains Kertas 1 dan Sains Kertas 2 diadakan.

10.Cara Menggosok Gigi dengan Betul.


Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit.
Langkah pertama, halakan berus gigi 45 darjah ke bahagian gusi atas. Gosok dari gusi ke gigi.
Kedua, gosok bahagian hadapan gigi secara menegak ke atas dan ke bawah dan menyeluruh.
Ketiga, ulangi langkah 2 pada keseluruhan bahagian gigi. Keempat, gunakan hujung berus gigi
untuk memberus bahagian dalam dan belakang, Kelima, berus permukaan gigi hingga bersih
3

PPMPBM SJK POTIAN


dari bahagian belakang ke hadapan. Langkah terakhir, berus permukaan lidah supaya bersih
dan nafas menjadi segar.

11. Tong Kitar Semula.


Gambar di atas menunjukkan poster tentang tong sampah kitar semula. Terdapat tiga
buah tong sampah kitar semula yang mempunyai warna berbeza yang boleh kita gunakan untuk
membuang sampah sarap yang boleh dikitar semula. Semua kertas seperti surat khabar,
majalah dan buku-buku terpakai boleh dibuang ke dalam tong berwarna biru. Tong berwarna
jingga pula boleh digunakan untuk mengumpulkan sampah seperti botol minuman plastik serta
tin minuman. Bagi barangan kaca seperti botol kaca dan baling kaca, kita boleh membuangnya
ke dalam tong berwarna coklat.Program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

12. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas.


Pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin
keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Peta bulatan di atas menunjukkan langkah-
langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Antaranya, kita hendaklah menambah
bilangan dan meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya dapat menampung bilangan
pengguna jalan raya yang semakin meningkat. Selain itu, amalan berkongsi kereta juga perlu
diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya di kurangkan. Jalan raya juga perlu
diperbanyak supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke destinasi. Semua
pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin keselamatan
dan keselesaan pengguna jalan raya.

13. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.


Peta buih di atas menunjukkan tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Antara
punca kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu yang memandu melebihi
had laju. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca
terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik
merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang kurang baik juga
menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui
jalan tersebut. Selain itu, cuaca buruk juga boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan
jalan raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya.
4

PPMPBM SJK POTIAN


14. Amalan hidup Sihat.
Gambar di atas menunjukkan carta tentang amalan hidup sihat. Antaranya ialah
menjaga pemakanan seharian kita. Kita perlulah makan makanan yang seimbang dan
berkhasiat agar kesihatan lebih terjamin. Selain itu, kita hendaklah rajin bersenam. Bersenam
dapat meningkatkan kecergasan fizikal kita. Di samping itu, kita hendaklah menjaga kebersihan
diri, rumah dan persekitaran. Kebersihan adalah asas kesihatan. Seterusnya, kita perlulah
membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaaan kesihatan amat penting untuk mencegah
penyakit. Kesimpulannya, amalan hidup sihat membolehkan kita sihat dan hidupm sejahtera.

15. Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang.


Gambar di atas menunjukkan carta tentang usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi
murid cemerlang. Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita
mestilah membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita
hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang
dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara
berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan.
Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu
topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu
berjaya.

16. Panduan Berbelanja Secara Bijak.


Gambar di atas menunjukkan tentang panduan berbelanja secara bijak. Amalan bijak
berbelanja dapat menggalakkan amalan menabung. Dengan menabung, kita akan mempunyai
simpanan dan dapat digunakan pada waktu kecemasan. Selain itu, kita akan dapat
mengurangkan bebanan hutang. Oleh itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan, bukan
mengikut nafsu. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual.
Kita akan membandingkan maklumat tentang produk daripada media massa supaya tidak
ditipu. Amalan seperti ini juga dapat mengelakkan pembaziran. Kita hanya akan berbelanja
mengikut keperluan bukan kehendak.

PPMPBM SJK POTIAN


17. Program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016.
Poster di atas menunjukkan program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016 yang akan
diadakan pada 20 Mac 2016. Berdasarkan poster itu, penduduk kampung perlu berkumpul di
Dewan Orang Ramai Taman Harmoni pada pukul 8.00 pagi . Program ini akan berakhir pada
pukul 5.00 petang. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan mewarna,
pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan dan acara sukaneka. Program ini melibatkan
penduduk Taman Harmoni. Program Hari Keluarga ini bertemakan Keluarga Bahagia
Masyarakat Sejahtera. Program ini dianjurkan oleh Biro Penduduk Taman Harmoni.

18. Adab Berkawan.


Gambar rajah di atas menunjukkan tentang adab berkawan secara bertatasusila. Antara
adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti mengasihi
diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan kesilapan, kita
perlulah menegur dengan cara berhemah supaya kita tidak menyinggung perasaannya.
Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan kerana ada
sesetengah orang tidak boleh menerima guruan kita. Akhir sekali, kita mestilah menghormati
kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain.

19. Kem Bakat Badminton.


Poster di atas menunjukkan Kem Bakat Badminton yang dianjurkan oleh Kelab
Badminton SJK(C) Khoi Tee. Kem ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016 bertempat di
Kompleks Sukan Kuala Selangor. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak lima puluh
ringgit sahaja. Antara syarat-syarat penyertaan termasuklah berumur 10 hingga 12 tahun dan
membawa keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan. Peserta hendaklah
menyerahkan borang dan yuran penyertaan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 14 Mei
2016, pukul 5.00 petang.

PPMPBM SJK POTIAN


20.Tidur yang Berkualiti.
Peta Pelbagai Alir di atas menunjukkan tentang sebab dan kesan tidur yang berkualiti.
Bagi memperoleh tidur yang berkualiti, kita hendaklah mengekalkan jadual waktu tidur setiap
hari. Ruang dan peralatan tidur yang selesa juga membolehkan kita tidur dengan nyenyak.
Seterusnya, kita perlu mempunyai tempoh tidur yang mencukupi iaitu tidur sekurang-
kurangnya tujuh jam bagi meningkatkan kecergasan badan. Melalui tidur yang berkualiti,
badan kita akan sentiasa sihat dan cergas. Minda kita akan menjadi cerdas dan sentiasa segar
untuk menjalankan tugas harian. Akhir sekali, tidur yang berkualiti turut meningkatkan daya
ingatan seseorang.

21. Cara-cara Menjaga Kebersihan Gigi.


Kebersihan gigi sangat penting dan perlu dijaga dengan baik untuk meningkatkan imej
atau penampilan diri seseorang. Salah satu cara untuk menjaga kebersihan gigi adalah
menggosok gigi dengan cara yang betul selepas makan. Ini adalah untuk menghilangkan
kekotoran pada gigi. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan untuk mengelakkan
makanan terselit pada celah-celah gigi. Selain itu, kita juga disarankan untuk melakukan
pemeriksaan gigi 6 bulan sekali bagi mengesan jika kita mempunyai masalah gigi. Akhir sekali
kita juga hendaklah mengelakkan makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat untuk
mengelakkan kerosakan gigi.

22. Kepentingan Air.


Air ialah sumber alam yang sangat berguna kepada manusia untuk meneruskan
kelangsungan hidup di dunia ini. Air ialah sumber minuman yang diperlukan oleh badan bagi
menghilangkan rasa kehausan. Tanpa air juga segala hidupan di dunia ini akan mati. Kita juga
memerlukan air untuk mandi pada setiap hari bagi menjaga kebersihan badan. Kita juga
memerlukan air yang bersih untuk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Air juga sesuatu yang
sangat diperlukan dalam aspek penjagaan kebersihan seperti rumah dan membersihkan
kenderaan. Selain itu, kita memerlukan air untuk mencuci tangan dan menjaga kebersihan
selepas menggunakan tandas.

PPMPBM SJK POTIAN


23.Faedah Membaca.
Tabiat membaca memberi banyak kebaikan kepada murid-murid seperti boleh
mendapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan membantu kita dalam
pelajaran di sekolah dan kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh daripada tabiat membaca
juga akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang rajin
membaca juga mempunyai peluang yang lebih baik dalam mendapat pekerjaan apabila dewasa
nanti. Oleh itu amalkan tabiat membaca untuk mendapat pelbagai manfaat demi kebaikan diri
kita.

24. Patuhi Undang-undang Jalan Raya.


Semasa berada di jalan raya kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan. Kita hendaklah mematuhi lampu isyarat yang disediakan di jalan raya bagi
menjamin keselamatan semasa melintas jalan. Para pengguna jalan raya juga mesti mematuhi
had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes
kemalangan. Semasa melintas jalan juga, kita perlu menggunakan jejantas yang telah
disediakan demi menjaga keselamatan diri. Selain itu, gunalah kemudahan laluan untuk pejalan
kaki untuk menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya.

25. Sajak Menghargai Jasa Ibu.


Sajak ini menceritakan tentang seorang anak yang begitu menghargai jasa ibunya.
Penulis menghargai jasa ibunya yang telah melahirkan dan menjaganya dengan baik.Dalam
sajak itu penulis turut menyatakan dia tetap mengenang dan mengingati ajaran dan nasihat
ibunya.Selain itu penulis juga menyatakan bahawa dia tidak mampu membalas jasa ibunya yang
sungguh besar itu. Walaupun penulis berjaya menjadi seorang doktor namun dia masih
memerlukan kasih sayang dan doa daripada ibunya.

26. Cara-cara Menjaga Kesihatan.


Kesihatan sangat penting dan perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Oleh itu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diamalkan agar tubuh badan sentiasa
sihat dan bertenaga. Kita juga hendaklah rajin bersenam supaya mempunyai tubuh badan yang
sihat dan kekal cergas. Selain itu, kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan
berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Akhir sekali, kita juga perlu
memastikan diri kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi agar sentiasa cergas sepanjang
masa.

PPMPBM SJK POTIAN


27. Cara cara Mengelakkan Keracunan Makanan Di Sekolah.
Keracunan makanan banyak berlaku kepada murid-murid di sekolah. Pelbagai cara
boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian ini seperti sikap peniaga yang perlu
bertanggungjawab dalam menguruskan makanan di kantin.Mereka perlu prihatin dengan
kebersihan bagi memastikan kesihatan murid-murid terjaga.Pihak sekolah juga perlu peka dan
melakukan pemantauan di kantin bagi memastikan hanya makanan dan minuman yang selamat
sahaja disediakan oleh pihak kantin. Amalan membawa bekal dari rumah juga adalah satu
langkah yang baik dalam mengelakkan keracunan makanan. Selain itu, murid-murid juga perlu
menjaga kebersihan diri seperti amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

28. Faedah Bersukan.

Bersukan adalah aktiviti fizikal yang memberi banyak faedah seperti menyihatkan tubuh
badan. Dengan bersukan kita juga dapat mengisi masa lapang pada setiap hari dengan aktiviti
yang baik untuk kesihatan badan. Selain itu, dengan bersukan juga kita dapat mengeratkan
hubungan dengan kawan-kawan. Kita boleh melakukan aktiviti sukan bersama-sama dan
berbincang tentang kehidupan seharian. Faedah bersukan juga dapat membantu
menghilangkan stress.Pada masa itu tumpuan kita hanya pada sukan dan dan kita dapat
melupakan masalah semasa bersukan.

29. Tekanan Emosi.


Berdasarkan peta pelbagai alir di atas tekanan emosi disebabkan permasalahan yang
berlaku dalam keluarga. Permasalahan seperti pergaduhan atau perceraian ibu bapa boleh
menyebabkan seseorang itu bersikap murung dan memencilkan diri. Masalah kewangan juga
turut menyebabkan tekanan emosi. Kesannya seseorang itu akan mengalami tekanan hidup
kerana kekurangan wang untuk menyara kehidupannya. Tekanan emosi juga berlaku apabila
seseorang itu kurang berjaya dalam pelajaran. Ini menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan
dan motivasi untuk meneruskan kehidupannya.

30. Aktiviti Mengisi Masa Lapang.


Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang untuk mengisi masa yang
terluang. Antaranya menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah untuk meringankan
beban mereka. Pada masa lapang kita juga boleh bersukan untuk menyihatkan dan
mencergaskan tubuh badan. Selain itu kita juga boleh menggunakan masa lapang dengan
berkebun. Berkebun sangat berfaedah kerana kita boleh menanam sayur untuk kegunaan
sendiri. Kita juga boleh mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku bagi menambahkan
ilmu pengetahuan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti di atas masa lapang dapat diisi dengan
perkara yang bermanfaat.

PPMPBM SJK POTIAN


31. Kriteria Remaja yang Berakhlak Mulia.
Kita dapat melihat melalui pemakaian remaja tersebut. Biasanya remaja ini sentiasa
berpakaian kemas. Selain itu, remaja yang mempunyai akhlak yang mulia ini gemar membantu
orang yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan seperti membantu orang tua
melintas jalan. Akhir sekali, remaja yang berakhlak mulia ini sentiasa menghormati ibu bapa
mereka. Kesimpulannya, kriteria remaja yang berakhlak mulia ini perlu menjadi contoh
terhadap remaja- remaja yang lain.

32. Faedah Menyertai Aktiviti Badan Beruniform


Terdapat pelbagai faedah dengan menyertai aktiviti badan beruniform ini. Antaranya
adalah dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita jika menghadapi sesuatu masalah.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama serta pembentukan disiplin
dalam kalangan peserta. Akhir sekali, penglibatan dalam badan beruniform juga dapat memberi
pengetahuan asas bantuan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan semasa menjalani aktiviti
tersebut.

33. Kesan Pencemaran Sungai Terhadap Hidupan Lain


Pencemaran sungai akan memberi kesan kepada hidupan yang lain. Manusia tidak akan
mendapat sumber air yang bersih untuk minum, mandi dan mencuci pakaian. Selain itu,
hidupan dalam sungai seperti ikan akan mati dan manusia tidak mendapat sumber protien.
Akhir sekali, pencemaran sungai boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia seperti nyamuk aedes menyebabkan wabak demam denggi.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar.

34. Permainan Tradisional Masyarakat Melayu di Malaysia


Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia antaranya ialah congkak
yang dimainkan secara berpasangan. Selain itu, sepak raga juga merupakan permainan
tradisional yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Di samping itu, permainan wau juga
terkenal sebagai permainan tradisional dari negeri Kelantan. Satu lagi permainan yang boleh
dimainkan secara berpasangan selain congkak ialah permainan gasing. Kesimpulannya, kita
mestilah mengekalkan permainan tradisional ini untuk generasi yang akan datang.

10

PPMPBM SJK POTIAN


35. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam
Kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kita perlu dijaga dengan baik. Peralatan
yang terdapat di taman permainan mesti digunakan dengan cara yang betul agar tidak mudah
rosak. Selain itu, dinding pada pondok menunggu bas atau teksi diconteng. Di samping itu, balai
raya yang disediakan oleh pihak tertentu haruslah sentiasa dijaga kebersihannya. Akhir sekali,
telefon awam yang ada berhampiran di kediaman kita perlu digunakan secara berhemah.
Kesimpulannya, menjaga kemudahan awam ini amatlah penting untuk kesenangan semua
individu.

36. Adab Berkawan Secara Bertatasusila


Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti
mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan
kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara yang berhemah supaya kita tidak menyinggung
perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan
kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima gurauan kita. Akhir sekali, kita mestilah
menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain.

37. Usaha untuk Menjadi Murid Cemerlang


Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita mesti membuat
jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita hendaklah rajin
mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang dipelajari. Di
samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan juga
berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan. Seterusnya, kita perlulah
rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu topik. Kesimpulannya, kita
mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.

11

PPMPBM SJK POTIAN


38. Faedah Menjaga Kesihatan Minda dan Emosi
Terdapat pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh seseorang yang menjaga
kesihatan minda dan emosi. Antaranya adalah sentiasa membuat keputusan yang betul. Selain
itu, seseorang yang menjaga kesihatan minda dan emosi akan bijak mengawal emosi agar tidak
mudah marah, sedih dan takut. Seterusnya, individu tersebut dapat tidur nyenyak dan selesa
apabila menjaga kesihatan minda dan emosi. Akhir sekali, kita hendaklah menjaga kesihatan
minda dan emosi agar minda dan emosi kita menjadi sihat dan kuat.

39. Langkah-langkah Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam


Kalangan Murid

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh murid untuk meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu. Antaranya adalah dengan sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu
supaya dapat membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, membaca
bahan bacaan bahasa Melayu dan menonton rancangan televisyen bahasa Melayu juga dapat
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Seterunya, murid boleh
mengambil bahagian dalam program yang memartabatkan bahasa Melayu seperti pertandingan
syarahan,pantun dan syair. Kesimpulannya,bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana bahasa
Melayu adalah teras perpaduan negara.

40. Manfaat Bersenam Kepada Manusia


Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh seseorang yang kerap
bersenam. Antaranya adalah bersenam dapat menyingkirkan racun dan toksin melalui
perpeluhan. Selain itu, bersenam dapat membakar lemak dan kalori yang berlebihan dalam
badan. Seterusnya,bersenam dapat mencerdaskan minda seseorang. Bersenam juga mampu
untuk menghilangkan stres jika selalu diamalkan. Kita hendaklah melakukan senaman dengan
kerap agar dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

12

PPMPBM SJK POTIAN


41. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Terdapat banyak cara menjaga kesihatan diri. Antaranya , kita hendaklah melakukan
senaman seperti berjoging ,berbasikal atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga kali
dalam seminggu. Selain itu, kita juga perlu merehatkan badan dengan tidur secukupnya . Kita
perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan diri adalah asas kepada kesihatan tubuh
badan. Bukan itu sahaja , kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh badan
kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian . Oleh itu ,
kita perlulah menjaga kesihatan diri dengan mengikuti cara-cara yang telah diberikan.

42. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan salah satu idaman setiap
pelajar.Golongan ini merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara. Ciri-ciri utama pelajar
yang cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik serta
memberi tumpuan terhadap pelajaran dan tekun berusaha.Selain itu, pelajar yang cemerlang
mengutamakan disiplin diri.Disiplin diri merupakan penentu kejayaan seseorang dalam
kehidupan.Mereka dapat menggelakkan diri daripada gejala yang tidak sihat.Ciri lain yang dapat
membentuk kecemerlangan pelajar ialah keterlibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum secara
aktif sama ada aktiviti dalam darjah mahupun luar bilik darjah.Pengurusan masa yang bijak juga
merupakan ciri penting yang menyumbang kepada kecemerlangan seseorang pelajar.
Kesimpulannya jelas sekali bahawa kecemerlangan pelajar dapat dicapai sekiranya ciri-ciri yang
tersebut di atas dapat dipupuk sejak awal lagi.

43. Menjadi Seorang Anak yang Baik


Kita perlu menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa mempunyai sikap yang positif.
Hal ini dapat diamalkan dengan kita sentiasa merendah diri dan mengamalkan sikap yang mulia.
Walaupun kita mempunyai ilmu yang tinggi dan bijak berbanding dengan orang lain namun kita
tetap merendah diri.Perbuatan yang baik sentiasa mendapat perhatian orang manakala
perbuatan jahat akan dihina.Sikap merendah diri dan bersopan santun dalam bercakap amat
digalakkan.Jangan bersikap kedekut dan boros kerana sikap itu amat dikeji.Amalan-amalan
yang terpuji perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian. Rumusannya , jika kita lebih muda
,kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa membantu mereka yang
memerlukan.

13

PPMPBM SJK POTIAN


44.Keluarga Bahagia
Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia memerlukan
didikan yang baik dan disemai dengan didikan agama yang tinggi. Kita perlu mendidik anak-
anak sedari kecil agar mendapat didikan yang sempurna. Didikan serta kasih sayang yang diberi
membentuk diri anak -anak. Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab dan saling
membantu antara sesama adik- beradik.Kejayaan ibu bapa memberi semangat dan dorongan
untuk anak-anak berjaya dengan cemerlang sebagai golongan yang professional.Wawasan
keluarga dapat mencipta nama memberi impak yang besar untuk masyarakat dan negara.
Namun sebagai anak kita janganlah mudah lupa dengan kejayaan yang kita peroleh.

45. Cara-cara Membuat Aiskrim


Inilah cara-cara membuat aiskrim . Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat aiskrim ialah ais, bahan perasa , garam dan batang aiskrim. Bahan-bahan tersebut
perlu dimasukkan ke dalam bekas. Langkah yang seterusnya ialah masukkan garam,kacau
perlahan-lahan dan masukkan ais . Susunkan acuan di dalam bekas dengan teliti.Kemudian,
tuang air yang mengandungi perisa yang kita kehendaki. Perisa yang pelbagai dapat digunakan
mengikut selera masing-masing.Akhir sekali , goyangkan ke kiri dan ke kanan. Selepas proses
itu, aiskrim siap untuk dimakan.

46. Panduan Membeli-belah


Berikut merupakan panduan sebelum dan semasa membeli -belah . Ketika kita membeli
barangan , kita hendaklah membeli barangan yang benar-benar diperlukan . Kita boleh
menyenaraikan barangan yang diperlukan .Kita perlu memilih barangan yang berkualiti seperti
barangan yang pasti materialnya. Barang yang hendak dibeli mestilah memenuhi keperluan kita
dan jangan membazir. Kita perlu bijak membuat perbandingan harga barangan . Selain itu, kita
perlu membaca label dan menyemak tarikh luput. Tarikh luput ini perlu diambil kira kerana ia
melibatkan kesihatan pengguna itu sendiri.Akhir sekali, kita sebagai pengguna perlu menyemak
resit dan wang baki setelah membuat bayaran.

14

PPMPBM SJK POTIAN


47. Pakej Pelancongan Tanah Tinggi Cameron
Ini ialah pakej pelancongan di Tanah Tinggi Cameron Pahang Darul Makmur. Pakej
iklan percutian ini melibatkan tiga hari dua malam. Percutian ini dari Ipoh hanya memerlukan
bajet sebanyak RM 200 seorang.Penginapan di hotel , apartmen atau resort. Makanan
disediakan tiga kali sehari . Makanan yang disediakan merupakan makanan yang istimewa. Di
samping itu , kemudahan pengangkutan disediakan . Antara tempat-tempat menarik untuk
dikunjungi termasuk ladang teh, ladang bunga ros, ladang strawberi, ladang sayuran , taman
rama-rama , taman kaktus dan ladang orkid.Terdapat jualan pelbagai jenis sayur pada malam
minggu di bandar Brinchang. Segala pertanyaan boleh menghubungi Syarikat Pelancongan
Sofiros Sdn. Bhd. di talian telefon 057216730 dan faksimili 057212288 dan e-mel :
jomelancong15@ gmail.com.

48. Punca Kemalangan Jalan Raya


Sejak kebelakangan ini, banyak kemalangan jalan raya terjadi di negara kita.Antara
punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Kebanyakan
pemandu cenderung untuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan . Selain
itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan.
Sebagai contoh, sistem brek gagal berfungsi dengan baik. Seterusnya , keadaan jalan raya
yang kurang baik juga menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh
perhatian apabila melalui jalan tersebut.

49. Cara-cara Membersihkan Tempat Tinggal


Tempat tinggal merupakan tempat yang perlu sentiasa bersih agar keselamatan dan
kesihatan penghuninya terjamin. Terdapat pelbagai cara untuk membersihkan tempat tinggal
kita. Salah satu tempat yang perlu di beri keutamaan ialah membersihkan longkang . Longkang
perlu bersih agar tidak ada nyamuk yang membiak. Longkang yang bersih menjamin kesihatan
penghuninya. Selain itu, kita perlu menebas semak -samun yang tumbuh meliar di kawasan
tempat tinggal kita. Kawasan semak- samun ini perlu ditebas agar tidak ada binatang-binatang
berbisa seperti ular, kala jengking dan juga lipan. Kawasan tempat tinggal yang bersih ini dapat
memberi keselesaan penghuninya. Akhir sekali, kita perlu membakar dan menanam tin-tin
kosong yang terdapat di sekitar tempat tinggal kita.

15

PPMPBM SJK POTIAN


50. Faedah Berkebun
Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita.Faedah yang pertama
adalah aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Berkebun boleh dilakukan pada hujung
minggu.Selain itu, berkebun dapat menjimatkan wang. Sebagai contoh , sayur-sayuran yang
ditanam boleh dijadikan juadah makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan rumah.
Seterusnya berkebun dapat menyihatkan badan. Hal ini kerana semasa kita melakukan aktiviti
ini, badan kita akan berpeluh. Secara tidak langsung badan menjadi cergas dan sihat. Akhir
sekali, berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan . Hal ini kerana ahli keluarga
akan bersama-sama mengusahakan kebun tersebut agar mengeluarkan hasil yang memuaskan.
Kesimpulannya , berbudi kepada tanah tiada ruginya.

16

PPMPBM SJK POTIAN

You might also like