You are on page 1of 2

Struktur Organisasi

Proses pembelajaran dan pengurusan ilmu memerlukan struktur organisasi


yang menjadi pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran.
Struktur pengurusan organisasi sama ada bercorak hierarki (hierarchical
structure) atau birokrasi menentukan pengagihan kuasa dan tanggungjawab
yang akan memberi kesan kepada pengaliran maklumat, perkongsian ilmu
dan penyelarasan tugas. Memperluaskan konsep empowerment atau
mengurangkan birokrasi di dalam organisasi akan melicinkan proses
membuat keputusan dan penggunaan sumber dalam proses pembelajaran.
Struktur yang bercorak 'horizontal', 'matrix' atau 'cross-function boundaries'
akan menggalakkan lebih interaksi daripada bahagian dan unit serta
memudahkan perkongsian ilmu. Selain daripada itu struktur organisasi
berbentuk 'network' merupakan struktur yang dapat menggalakkan budaya
pembelajaran kerana ianya mengurangkan corak hierarki yang terdapat
dalam sebuah organisasi. Struktur 'network' membenarkan perhubungan di
antara bahagian dengan halangan fungsi dan rendah yang akan membina
'collaboration' di antaranya. Ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan
dan membantu penciptaan pengetahuan baru.

KESIMPULAN
Organisasi pembelajaran merupakan satu proses transformasi dalam
perkhidmatan awam dalam pengwujudkan konsep organisasi berasaskan
pengetahuan. Organisasi pembelajaran memerlukan satu perubahan
paradigma pembangunan sumber insan khususnya kebolehan penciptaan
ilmu. Ianya merupakan proses berterusan dan mempunyai kesan positif
kepada organisasi dan pekerjapekerja serta pelanggan. Dalam jangkamasa
panjang proses ini merupakan satu pelaburan yang baik bagi sebuah
organisasi untuk lebih berjaya dan mempunyai nilai-nilai positif, kreatif dan
inovatif. Sokongan dan komitmen pengurusan adalah amat penting bagi
menentukan matlamat organisasi pembelajaran tersebut. Organisasi
pembelajaran juga memperlihatkan peralihan kuasa dan pengagihan
tanggungjawab yang lebih meluas di kalangan pekerja di dalam organisasi di
mana mereka akan mampu memberi sumbangan kepada kejayaan
organisasi. Kepuasan bertugas dalam aspek penglibatan mereka di dalam
membuat kepuasan merupakan kesan yang menggalakkan proses
pembelajaran yang berterusan. Ianya juga akan meningkatkan kebolehan dan
keupayaan mereka untuk terus mencari penyelesaian kepada satu masalah
dan dengan ini budaya pembelajaran itu akan digabungkan dengan strategi
organisasi. Satu model organisasi pembelajaran yang berguna akan boleh
diwujudkan bagi menjadi rujukan kepada semua ahli dalam organisasi
tersebut.

Sekolah dapat dilihat dari dua sisi, yaitu tempat terjadinya proses pendidikan dan organisasi
pendidikan formal yang memiliki tujuan sama, yaitu tujuan pendidikan sekolah. Penyelenggaraan
pendidikan dalam sebuah organisasi menunjukkan bahwa keberadaan organisasi pendidikan ini
ditujukan untuk mencapai tujuan pendidikan lebih efektif dan efisien. Pendidikan ditujukan bagi
orang-orang yang mengikuti proses pendidikan. Keberlangsungan proses pendidikan ini menjadi dasar
bagi penetapan tujuan sekolah sebagai sebuah organisasi.
Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak perhubungan dan penyelarasan
formal yang direka oleh pihak pengurusan untuk menyambung tugas atau tanggungjawab
individu dan kumpulan dalam mencapai matlamat utama organisasi. Struktur menentukan
bagaimana pengagihan kerja (division of work), tanggungan, kerjasama (cooperation),
perundingan (consultation) dan peringkat keputusan perlu wujud dalam organisasi.

You might also like