You are on page 1of 5

Asal Usul Peranakan Cina

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan
kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah
Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita
tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke
Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan
berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan
disebut Nyonya.

Mewarisi Tradisi
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu
khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang
menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam
kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa
masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

Bahasa yang digunakan


Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah
golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih
bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Pakaian

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang
mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak
persamaan dengan keturunan Cina.

Makanan

Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan
menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian
tradisional nenek moyang mereka.
Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini.
Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran
seharian.

Pantang Larang
Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya
mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-
henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan
mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau
membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan
syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga
keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya
pisau untuk menakutkan hantu.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam
perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox,
masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan
air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Muzik

Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari
kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan
dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik
yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan
masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Kesimpulan
Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga
kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka
sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan
adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan
perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya
Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Iban
Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah
satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor.
Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya
atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun
Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku
yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan
Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban
Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak
Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu
lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di
Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah
bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun
Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud
Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris
bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh
kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak
Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 2,745,400 iaitu 60% daripada
jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak
dan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, dan Cina. Mereka mendiami
setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah
di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2
bahagian di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di
4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9
bahagian iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri
di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara
Borneo serta Johor dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal
berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan
raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat,
pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang
erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama
Kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat
resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Buku:

You might also like