You are on page 1of 6

Digraf dan Konsonan Bergabung

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut
yang mewakili satu bunyi dalam perkataan.

Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa
Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
1. gh mewakili // (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab,
contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
2. kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab,
contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
3. ng mewakili // (sengauan velar)
4. ny mewakili // (sengauan lelangit)
5. sy mewakili // (geseran belakang gusi tak bersuara)

Contoh perkataan digraf:


ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang
hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam
suku kata yang berlainan. Ia adalah gabungan 2 konsonan selain daripada gabungan
konsonan yang membentuk digraf.

Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah dipinjam daripada


Bahasa Inggeris.

Contoh perkataan konsonan bergabung:


kompleks, konkrit, skuter, traktor, drama, teks, stadium, strawberi, dll
MARI MENGENAL DIFTONG DAN VOKAL
BERGANDING
MARI MENGENAL DIFTONG DAN VOKAL
BERGANDING

DIFTONG

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi
luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan
gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi.

Contoh perkataan yang mengandungi diftong


Huruf di depan di tengah di belakang
1. ai aising ghairah gulai
2. au aurat saudara harimau
3. oi oidium boikot sekoi

Vokal berganding adalah perkataan yang terhasil dari gabungan dua huruf vokal.

Contoh perkataan yang mengandungi vokal berganding


1. lauk 3. air
2. tiada 4. ceria

Tema : Keluarga harmoni


Tajuk : Mari Bernyanyi

Pesanan Pak Usu

Buai laju-laju
Sampai pucuk nangka
Dengar kata Pak Usu
Taat ibu bapa

Buai laju-laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata Pak Usu
Tentu tidak cuai

Buai laju-laju
Sampai pucuk ara
Dengar kata Pak Usu
Hormat saudara-mara
( Irama "Buai Laju-laju )

Murid menyebut seni kata lagu


Murid mengenal pasti dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal
berganding dengan sebutan betul.