You are on page 1of 9

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR

Mengumumkan ketibaan En. Saravanan a/l Periasamy, Yang


Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Nyior,
diiringi oleh Pn Hjh Karimah bt Ab.Mutalib, Guru Besar SK
Sungai Nyior ke tempat duduk utama.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan


lagu Negaraku dengan iringan muzik.

# Nyanyian lagu Negaraku

Semua hadirin dipersilakan duduk

Yang Berusaha En Saravanan a/l Periasamy, Yang Dipertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Nyior, Yang
Berbahagia Pn Hjh Karimah bt Ab Mutalib, Guru Besar SK
Sungai Nyior, Yang dihormati Pn Nafisah Amutha Abdullah,
Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai
Nyior, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan
SK Sungai Nyior, ibu bapa seterusnya hadirin dan hadirat
sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudilah tuan ke majlis kami.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin


serta limpah rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Nyior kali ke 26 bagi
tahun 2016. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan sekalian dapat menceriakan lagi majlis kita pada
petang ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu -


alukan kehadiran Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua
PIBG, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan kakitangan
sekolah serta ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 26 bagi tahun 2016.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu
bapa yang berkesempatan hadir pada petang ini. Pastinya
pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan
pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam
bidang akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah bagi
anak-anak dan seterusnya menjulang nama SK Sungai Nyior.
Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan puan sekalian,
siapalah kami di SK Sungai Nyior ini. Kami selalu
mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-
puan sekalian dalam apa jua sekali aktiviti murid-murid di
sekolah ini.

Sidang hadirin sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz Bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama -sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Al -
Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Mohd Zain untuk memimpin
bacaan doa. Di persilakan....
# Bacaan doa

Amin, amin, ya rabbal alamin...Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Mohd
Zain atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset


yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru


dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketrampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.

Kita mulakan aturcara kita pada petang ini dengan ta klimat


SARANA dan PIBK yang akan di sampaikan oleh Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Bakdiah bt Dat.
Dipersilakan.....
# Taklimat SARANA DAN PIBK

Terima kasih diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid, Cik Bakdiah bt Dat atas taklimat y ang telah
diberikan.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Bukan keris tanpa ulunya,


Bukan majlis tanpa ucapannya.

Seorang pemimpin hebat,


Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan mempersilakan


Yang Berusaha Pn Hjh Karimah bt Ab.Mutalib, merangkap
penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Nyior untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan..

# Ucapan Guru Besar


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn Hjh
Karimah bt Ab.Mutalib, merangkap penasihat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK Sungai Nyior. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih.

Sidang warga dewan sekalian,

Sirih junjung penuh bererti,


Indahnya adat tidak terperi,
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Menjemput YDP untuk berdiri,


Memberi ucapan kepada kami,
Kepada YDP ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim, mempersilakan


Yang Berusaha En Saravanan a/l Periasamy, Yang Dipertua
PIBG SK Sungai Nyior untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Sungai Nyior kali ke 26 bagi tahun 2016. Dengan
penuh takzim majlis mempersilakan....

# Ucapan perasmian oleh YDP PIBG


Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berusaha En Saravanan a/l Periasamy,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapq dan Guru SK Sungai Nyior atas
ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar
tadi.

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Pn


Hjh Karimah bt Ab.Mutalib, Guru Besar SK Sungai Nyior untuk
menyampaikan cenderahati kepada En Saravanan a/l Periasamy,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Nyior.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderhati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bappa dan Guru SK Sungai Nyior kali ke 26 bagi tahun 2016.

Majlis akan diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu


Bapa dan Guru SK Sungai Nyior kali ke 26. Untuk itu saya
menyerahkan majlis ini kepada Yang Dipertua PIBG SK Sungai Nyior,
En Saravanan a/l Periasamy untuk meneruskan mesyuarat agung
pada hari ini.
# Mesyuarat Agung PIBG

Kita teruskan lagi majlis kita pada petang ini dengan acara yang
ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan bertuah. Untuk ini dipersilakan
En Saravanan a/l Periasamy untuk menyempurnakan acara.

# Acara cabutan bertuah

Sebelum sayq akhiri majlis kita pada petang ini, saya mewakili
barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya
terdapat kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi
memeriahkan majlis pada petang ini. Terimalah pantun terakhir dari
saya.

Dari mana asalnya usah diusul,


Moleh budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

You might also like