You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG


SK SUNGAI NYIOR 2016

Agenda Teks
Ketibaan Mengumumkan ketibaan En. Mohd Shater bin Zainol, Yang
tetamu DiPertua PIBG SK Sungai Nyior, dengan diiringi Pn Hjh Karimah
jemputan bt Ab. Mutalib, Guru Besar SK Sungai Nyior, barisan guru-guru
penolong kanan, serta para guru masuk ke dalam dewan.

# Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Dihormati En. Mohd Shater bin Zainol, Yang DiPertua PIBG
SK Sungai Nyior, Yang Berusaha Pn Hjh Karimah bt Ab. Mutalib,
Guru Besar SK Sungai Nyior, Yang dihormati Cik Bakdiah bt Dat,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Nyior, Pn Rohayu bt
Ali Musa, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Nyior, guru-
guru, ibu bapa, murid-murid dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Satu Malaysia


lagu serta Selamat Datang ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK
Sungai Nyior bagi tahun 2016.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin diminta berdiri
bagi menyanyikan lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Negeri
Kita.
- Nyanyian lagu

Bacaan doa Terima kasih diucapkan kepada semua di atas nyanyian


sebentar tadi.
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan memohon agar majlis kita pada pagi ini
diberkati oleh Yang Maha Kuasa. Dengan ini, majlis dengan
sukacitanya ingin mempersilakan Al Fadil Ustaz Mohd Fadzli
bin Mohd Zain untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa

Pembuka Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd


majlis Fadzli bin Mohd Zain atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Seperti yang kita semua sedia maklum, majlis kita pada pagi ini
bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di
atas pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang
kurikulum sepanjang tahun 2016.

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dicipta merupakan hasil daripada usaha
gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti penat dan
jemu pastinya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
Sesungguhnya proses belajar, mengajar dan mendidik itu
dilaksanakan dengan penuh hemah dan tulus demi membentuk
modal insan yang cemerlang dan gemilang, menghasilkan anak
bangsa yang elok budi dan akhlaknya, serta melahirkan watan
yang mantap jati dirinya

Ucapan alu- Hadirin sekalian,


aluan Guru
Besar Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Tidak lengkaplah sesebuah majlis jika tiada yang berbicara. Tirai


ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan
daripada Guru Besar SK Sungai Nyior yang dikasihi. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput Pn Hjh Karimah bt Ab.
Mutalib, Guru Besar SK Sungai Nyior untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

- Ucapan Guru Besar -

Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas
perasmian ucapan yang cukup ringkas & padat pada sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,

Bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis dengan


sukacitanya ingin menjemput En Mohd Shater bin Zainol
selaku Yang DiPertua PIBG SK Sungai Nyior untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Sungai Nyior bagi tahun 2016. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

- Ucapan Perasmian

Penyampaian Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian


cenderamata oleh En Mohd Shater bin Zainol sebentar tadi. Semoga apa yang
disampaikan oleh beliau akan menyuntik semangat para pelajar
untuk terus menggembleng usaha serta tenaga bagi
menggenggam kejayaan yang lebih gemilang pada masa
hadapan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi


menyempurnakan majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang
SK Sungai Nyior, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn
Hjh Karimah bt Ab. Mutalib untuk menyampaikan cenderamata
kepada En Mohd Shater bin Zainol, YDP PIBG SK Sungai Nyior.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

# Pemberian cenderamata

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


Persembahan Hadirin yang dikasihi sekalian.
1
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan Bicara
Bicara Berirama. Untuk makluman hadirin sekalian, pasukan Bicara
berirama Berirama Kelab Doktor Muda SK Sungai Nyior telah menyertai
pertandingan Bicara Berirama di peringkat Daerah Seberang
Utara dan menjadi Johan serta mewakili Daerah Seberang Perai
Utara ke Peringakat Negeri. Di peringkat Negeri, pasukan ini
juga telah menjadi Johan. Pasukan Bicara Berirama Kelab Doktor
Muda SK Sungai Nyior adalah di bawah pimpinan Pn Ambagai
a/p Ramachandran, Pn Celiana bt Abdullah dan Pn Norma bt Mat
Saad. Majlis dengan ini menjemput pasukan Bicara Beriama
Kelab Doktor Muda SK Sungai Nyior untuk membuat
persembahan. Dipersilakan.

# Persembahan Bicara Berirama

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama Kelab


hadiah 1 Doktor Muda SK Sungai Nyior di atas persembahan itu tadi.

# Prasekolah Kini, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu sesi


# Tahun 1 penyampaian sijil dan hadiah.
# Tahun 2
Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Acara dimulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada


murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 bagi tahun 2016.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya


ingin menjemput _____________________________________, dengan
diiringi __________________________________ untuk naik ke atas
pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid.
Dipersilakan.

# Rujuk Senarai Penerima Hadiah


1. Penerima Hadiah Prasekolah
2. Penerima Hadiah Tahun 1
3. Penerima Hadiah Tahun 2

Persembahan Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


2 ________________________ di atas penyampaian sijil dan hadiah itu
tadi.
Dikir Barat
Prasekolah Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan memberi laluan kepada


persembahan dikir barat prasekolah di bawah pimpinan Guru
Prasekolah, Pn Safarina Yasmin. Dipersilakan.

# Persembahan Prasekolah

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada anak-anak prasekolah atas


sijil & hadiah persembahan sebentar itu tadi.
(2)
Hadirin yang dihormati sekalian,
# Tahun 3
# Tahun 4 Warga cemerlang tersenyum manis,
Hadir bersama ibu bapa wibawa,
Sambutan anugerah penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan


upacara penyampaian sijil dan hadiah Tahun 3 dan Tahun 4.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput


______________________________________ dengan diringi oleh
___________________________________untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada murid. Dipersilakan.

# Rujuk Senarai Penerima Hadiah


1. Penerima Hadiah Tahun 3
2. Penerima Hadiah Tahun 4

Persembahan Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas


3 kesudian menyampaikan sijil.

Nyanyian Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seterusnya sebagai


Solo 1 halwa telinga dan penawar resah gelisah kita semua.
Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan nyanyian memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Terimalah nyanyian daripada adik Anis Syafiera bt Mohamed


Padzil dari kelas 6 Pekerti yang akan menyampaikan lagu
bertajuk __________________________. Dipersilakan.

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada adik Anis Syafiera bt Mohamed


sijil & hadiah Padzil atas nyanyian itu tadi.
3
Hadirin yang dikasihi sekalian,
# Tahun 5
# Tahun 6 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi
#Peningkatan Tahun 5, Tahun 6 dan Anugerah Peningkatan Prestasi.
Prestasi Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya


ingin menjemput _____________________________________, dengan
diiringi __________________________________ untuk naik ke atas
pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid.
Dipersilakan.

# Rujuk Senarai Penerima Hadiah


1. Penerima Hadiah Tahun 5
2. Penerima Hadiah Tahun 6
3. Anugerah Peningkatan Prestasi
Persembahan Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas
4 kesudian menyampaikan sijil.

Nyanyian Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian daripada adik Adhwaa


solo 2 Afina bt Azizi dari kelas 5 Pekerti yang akan menyampaikan lagu
bertajuk Bahtera Merdeka. Dipersilakan.

# Nyanyian Solo

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada adik Adhwaa Afina bt Azizi atas
hadiah 4 nyanyian yang merdu dan menusuk kalbu.

# Anugerah Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Sungai Nyior diteruskan lagi


Nilam dengan penyampaian Anugerah Nilam. Anugerah Nilam ini
diberi berdasarkan jumlah bacaan buku dalam Program Nilam.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput


______________________________________ dengan diringi oleh
___________________________________untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada murid. Dipersilakan.

Berikut adalah nama-nama bagi Anugerah Gangsa.


Berikut adalah nama-nama bagi Anugerah Emas.
Berikut adalah nama-nama bagi Anugerah Nilam

# Rujuk Senarai Penerima Hadiah


1. Anugerah Nilam

Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas


hadiah kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid.

# Anugerah Hadirin yang dikasihi sekalian,


Khas
Kini tibalah kita ke acara kemuncak Hari Anugerah Cemerlang
SK Sungai Nyior, penyampaian Anugerah Khas peringkat SK
Sungai Nyior bagi tahun 2016.
# Bacaan profil Anugerah Amalan Terbaik

Anugerah Amalan Terbaik disandang oleh ______________________.

# Bacaan profil Anugerah Kecemerlangan Akademik

Anugerah seterusnya merupakan Anugerah Kecemerlangan


Akademik dan disandang oleh _________________________________.

Untuk tujuan itu, majlis dengan berbesar hatinya ingin


menjemput dan mempersilakan______________________________,
dengan diiringi ________________________________ bagi
menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah Khas. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya upacara penyampain Anugerah Khas


sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Hari Anugerah
Cemerlang peringkat SK Sungai Nyior bagi tahun 2016.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang


menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi
pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang yang
diceburi di hari-hari yang mendatang. Renungilah kata-kata
seorang cendekiawan:

Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang


berusaha secara luar biasa

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua hadirin di atas kerjasama yang telah
diberikan.

Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja


Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2016 ingin memohon maaf di
atas segala kekurangan, terlanjur kata mahupun tersilap bicara
sepanjang majlis berlangsung.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Sekian, terima kasih.

You might also like