You are on page 1of 11

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan


puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di
dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan


diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau
menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 am
Syuhada

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah


bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

8.35 am
Syuhada

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif


kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


8.45 am
Harif

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam
sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam
SK Kota Setia Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,


Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli
BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok


Guru Besar SK Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki


Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang


dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah,


SK Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya Norsyuhada bt. Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke


penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-
anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri
ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah
Rohkiah bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa
itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4


dan tahun 5 membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)
Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang
membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah
bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd


Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati


En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota
Setia atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim


b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan
ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah


Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan &
Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan
perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi


semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama
membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang
Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis
menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi
Cik Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik
ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt.


Abdul Samat untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati
dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan


cenderahati.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-
sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid
Tahap 1. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Harif

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat


persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn.
Norsyuhada bt. Humari
Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih


yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-
murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia
akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam
mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada


murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Datin Hajjah


Rohkiah bt. Abdul Samat dengan diiringi oleh Cik Noorsalmi
bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-
murid Prasekolah.
Dipersilakan.
. (Penyampaian hadiah)
1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah


menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-
murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu


dijemput Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang
Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En.
Kamarulnizam b. Marzuki, PK Kokurikulum.
Dipersilakan.
1. Anugerah Tunjang terbaik
2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah
Syuhada
Penyampaian hadiah akademik

Terima kasih En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah


menyempurnakan penyampaian hadiah untuk murid-murid
prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik


kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput


.. diiringi oleh
ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik


2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
3. Hadiah matapelajaran terbaik

Harif

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana


sudi menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi


menikmati satu persembahan iaitu Persembahan murid-murid
Prasekolah. Dipersilakan.

.. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah


membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah
bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar,
dibantu oleh ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi


dengan penyampaian sijil kepada murid-murid.

Untuk itu
dijemput ........................................................................ untuk
menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak
membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)


1. Sijil Pengawas sekolah
2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
4. Sijil Pengawas kedai buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada

Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana
sudi menyampaikan hadiah.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi


dengan penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput ..............................................................................
untuk menyampaikan Anugerah tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)


1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam
Terima Kasih ............................................................. kerana sudi
menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu


persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh murid-
murid tahun 6. Dipersilakan....

. (Persembahan)

Harif

Penutup
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah
membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan tersebut
mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah
ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke
sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norafilah
bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi


Prasekolah SK Kota Setia pada kali ini....ucapan tahniah buat
adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini
akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari


cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

You might also like