You are on page 1of 10

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK JIJAN 2013

DEWAN TERBUKA SK JIJAN

13 NOVEMBER 2013

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG


jemputan dan ________________diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke
ibu bapa tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku


Nyanyian dengan iringan muzik.
lagu

Negaraku Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
2

3. Ucapan alu- Melati kuntum menghias gelas,


aluanTumbuh melata di tepi kali,
Pengerusi Anugerah Cemerlang 2013,
Majlis Murid-murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berusaha Tn. Hj. ZainalAriffin bin Mohd Yunus selaku Guru
Besar SK Jijan,

Yang BerbahagiaNaib Yang Dipertua PIBG SK Jijan


______________________________________,

Para jemputan khas,


Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK Jijan,
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013.Pihak sekolah
mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-
murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang
SK Jijan ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-
murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 ini. Diharap agar
dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi
semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
3

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Guru Besar Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj.


ZainalAriffin bin Mohd Yunus selaku Guru Besar SK Jijan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5. Ucapan Pergi ke kota beli selasih, Perasmian


Sayang si dara senyum tertawa,
oleh Kata azimat simpulan kasih, NYDP
PIBG Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar


ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia
___________________________ Naib Yang Dipertua PIBG SK
Jijan.Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
______________________ menyampaikan ucapan
perasmian sebentar tadi.
4

6.
Majlis Hadirin sekalian,
Graduasi
Prasekolah Berkebaya batik berwarna merah,
Bestari : Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penyampaian Penerima teruja menunggu giliran.
Sijil Graduasi
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong
& Kanan Kurikulum SK Jijan, Pn Faridah bt Sallehke pentas untuk
Matapelajaran menyampaikan anugerah.
terbaik
Prasekolah *** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah Bestari bagi
tahun 2013.
&
Anugerah*** Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik Prasekolah
Khas Bestari.
Prasekolah
Bestari*** Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah
Bestari.
Kedudukan
dalam kelas *** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi
tahun 1 bagi tahun 1 hingga tahun 6.
hingga tahun
6 ( sesi pagi) *** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik bagi sesi
pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.
&
Matapelajaran
terbaik
(sesi pagi)
5

****
Majlis merakamkan ucapansetinggi-tingi penghargaan kepada Pn.
Faridah Binti Salleh atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

7.
Persembahan Hadirin sekalian,
1: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh murid tahap 2
Tarian SK Jijan. Kumpulan tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn.
Serinor Dalila bt Md. Derus dan Pn.Salwa binti Mokhtar. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.

9. Penyampaian Seterusnya, dijemput Pn. Hafizah binti Masron Guru Penolong


Anugerah: Kanan Kokurikulum SK Jijan ke pentas untukmenyampaikan
anugerah seterusnya.
Kedudukan
dalam kelas *** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi kelas
tahun 1 agama petang bagi tahun 1 hingga tahun 5.
hingga tahun
5 ( sesi *** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik sesi kelas
petang) agama petang.

& ****
Matapelajaran Majlis merakamkan ucapansetinggi-tingi penghargaan kepada Pn.
terbaik Hafizah binti Masron atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
(sesi petang) sebentar tadi.
6

10. Persembahan Hadirin sekalian,


2 : Sketsa
Tahun 3Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang akan
dipersembahkan oleh murid tahun 3 Delima. Persembahan sketsa
yang bertajuk Amalan Bertatasusila ini mendapat bimbingan
daripada Pn. Serinor Dalila bt Md. Derus. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa itu tadi.

11. Penyampaian Hadirin sekalian,


hadiah
penghargaan: Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Besar SK
Kehadiran Jijan, Tn. Hj. Zainal ARIFFIN BIN MOHD YUNUSuntuk
penuh (pagi) menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid dengan
& kehadiran penuh sesi pagi dan petang serta murid dengan
Kehadiran kekemasan kendiri tebaik, penyampaian sijil dan hadiah penghargaan
terbaikkepada ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas perpustakaan
(petang)dan pengawas sekolah bagi tahun 2013. Dipersilakan.

Kebersihan **** Penyampaian penghargaan yang pertama ialah murid


dan dengan kedatangan penuh sepanjang tahun bagi sesi pagi.
kekemasan
kendiri **** Penyampaian penghargaan yang seterusnya ialah murid
dengan kedatangan terbaik sepanjang tahun bagi sesi kelas
agama petang.

* Penyampaian penghargaanseterusnya ialah murid dengan kebersihan dan


kekemasan kendiri terbaik.
7

Penghargaan Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.


Sijil
Penghargaan ****Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil
dan wang penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas SK
tunai: Jijan 2013.

ketua kelas ****Penyampaian sijil yang seterusnyaialah penyampaian sijil


dan penolong penghargaan kepada pengawas perpustakaan SK Jijan 2013.
ketua kelas,
****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil
pengawas dan hadiah penghargaan kepada pengawas SK Jijan 2013.
perpustakaan
Majlis merakamkan ucapansetinggi-tinggi penghargaanTn. Hj. Zainal
pengawas Ariffin bin Mohd Yunus atas kesudian beliau menyampaikan
2013. anugerah sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


12
3:
Tarian Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan
Prasekolah persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh murid
Bestari Prasekolah Bestari SK Jijan. Persembahan tarian ini mendapat
bimbingan daripada Pn. Wan Sureyani binti Wan Ismail dan Pn.
Rodziah binti Zainal. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu
menghiburkan hati sebentar tadi.
8

13 Penyampaian Hadirin sekalian,


Anugerah
Khas :Hadiah diatur tampak kemas, Tuan
NYDP PIBG senyum sekilas,
Tampillah Tuan ke atas pentas.
Murid Mithali
Lelaki 2013 Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.

Murid Mithali Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang
Perempuan Berbahagia___________________________ ke pentas untuk
2013 menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.

Tokoh Murid*** Penyampaian Anugerah Khas yang pertama ialah Murid


2013 Mithali Lelaki 2013.

* Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah


Murid MithaliPerempuan 2013.

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh


Murid SK Jijan tahun 2013.

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2013 ****

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.


Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
teladan kepada murid lain.
9

14. Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Cenderahati Berbahagia _________________________________ atas kesudian
beliau menyampaikanAnugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK JijanTn. Hj. Zainal Ariffin bin
Mohd Yunus untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia Tn. NYDP PIBG Sk Jijan.

15. PenutupHadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,


& Terima kasih sekalung budi, Kenangan
nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Jamuan
ringan. Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013, para ibu-bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para


jemputan menjamu selera di khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum

You might also like