You are on page 1of 2

SIARAN MEDIA

BERHUBUNG KADAR KETELUSAN CAHAYA (VLT) PADA CERMIN


KENDERAAN

Jabatan Pengangkutan Jalan telah menetapkan dibawah Kaedah-


Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu)
1991 pindaan 5 Feb 2016, bahawa kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi
cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu adalah 50 peratus,
cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang adalah 30
peratus.

Buat masa ini, JPJ hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis
larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu
kenderaan yang melanggar undang-undang ini untuk menanggalkan
pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.

Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa selama 10 hari


untuk membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk
menanggalkan pelekat cermin gelap tersebut. Sekiranya pemandu atau
pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan
pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu
kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119
Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dalam sabitan yang pertama, didenda
tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6
bulan. Sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak
melebihi RM4000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12
bulan atau kedua-duanya.

10 OKTOBER 2017
Ibu Pejabat,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Malaysia

-TAMAT-

You might also like