You are on page 1of 22

RANCANGAN HIBURAN BERMUTU

1. PENGENALAN

Melalui televisyen, pelbagai bentuk maklumat berbentuk rancangan samaada berita,


dokumentari,drama filem dan sebagainya dapat di nikmati. Bermula dari sinilah pengaruh
dan kesan hiburan itu berakar umbi pada hati masyarakat Malaysia amnya. Ini termasuk
rancangan hiburan berbentuk realiti televisyen yang telah menapak sejak beberapa tahun
kebelakang ini di Malaysia. Walaupun rancangan hiburan seperti ini diterbitkan secara
bermusim ia tetap memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap gaya hidup muda mudi
dan pelajar. Begitu juga terhadap pembentukan ahklak dan nilai moral yang bertentangan
dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia.
Sindrom hiburan realiti umpamanya, dilihat mula merebak dan menjadi trend dalam
masyarakat. Kegemaran luar biasa pada hiburan yang kurang berbentuk penerapan nilai dan
maklumat menjadi pilihan masyarakat berbanding hiburan yang sarat dengan pengetahuan.
Tanpa sedar hiburan ini memenuhi keriangan hati telah melumpuhkan budaya tinggi dan nilai
luhur masyarakat. Hakisan nilai, mutu dalam hiburan umpamanya mempamerkan hiburan
kosong yang sekian kalinya merebak kepada filem, teater, budaya seperti tarian seterusnya
mengikis inti jati diri bangsa. Konsep hiburan yang dilihat seakan karya picisan yang
simplistic dan murahan lebih banyak berbanding hiburan yang berbentuk mendidik
masyarakat.

1
2. RANCANGAN HIBURAN BERMUTU DAN IMPAKNYA

Kita akur bahawa rancangan infomasi kurang menjadi pilihan masyarakat memandangkan ia
dipersembahkan dalam bentuk atau gaya yang sarat. Malah rancangan berbentuk hiburan
lebih menjadi pilihan dalam menggunakan ruang waktu dan kesempatan bersama keluarga.
Seandainya kesempatan ini digunakan dengan menonton hiburan yang bermutu pastinya
memberi impak yang lebih bermanfaat kepada semua ahli keluarga. Persoalannya apakah
klasifikasi yang paling tepat dalam mengukur mutu sesebuah rancangan hiburan?

Kita melihat trend terkini rancangan hiburan yang dipaparkan dimedia elektronik
terutamanya televisyen dan radio sentiasa berusaha menyiarkan rancangan hiburan yang
menyelitkan ilmu pengetahuan dan maklumat berguna kepada penonton tanpa
meminggirkan unsur-unsur hiburan. Rancangan begini menjadi pilihan penonton kerana
diibaratkan sambil menyelam minum air. Penonton bukan sahaja dapat merehatkan minda
malah memperoleh pengetahuan dan panduan berguna seperti rancangan Clever Girl oleh

2
TV3. Namun begitu sejauh manakah hiburan infomasi berbentuk pertandingan ini mencapai
piawaian rancangan hiburan yang bermutu?

Perkembangan rancangan hiburan realiti juga perlu dilihat seperti Gegar Vaganza
yang selalu menjadi pilihan penonton dan mendapat rating tertinggi siarannya. Perkembangan
industri muzik dan seni lakonan pastinya merujuk aspek seni suara , seni lakonan dan
kemahiran alat muzik yang pastinya semakin hari semakin canggih percapaian teknologinya.
Perbincangan ahli kalangan penggiat seni tanahair sering membicarakan tentang mutu dan
kualiti rancangan hiburan tanah air. Mutu dan kualiti rancangan kalangan komuniti yang
terlibat lebih banyak memperdebatkan dari aspek seni dan persembahan pastinya ia
merupakan penilaian tentang mutu bagi rancangan hiburan tersebut. Penulisan ini pula
meletakkan konsep bermutu dalam Rancangan Hiburan adalah merujuk kepada impaknya
terhadap perkembangan masyarakat terutamanya dari aspek social. Ironinya perbincangan ini
juga akan merujuk kepada perkara yang dijangka mampu membangun masyarakat melalui
rancangan hiburan.
Sesungguhnya kita mengimpikan kehidupan masyarakat yang mempunyai arah tuju
yang jelas dan mempunyai daya serta kekuatan fikir yang tinggi. Masyarakat yang
mempunyai mentaliti bertamadun dan berperibadi mulia yang dijamin mampu menangkis
keruntuhan moral, melahir budaya berintegriti kalangan komuniti dan menerapkan nilai
pemikiran dan agama yang tinggi. Namun begitu perkembangan teknologi yang begitu pesat

3
dilihat mampu menyumbang ke arah perkembangan beberapa keadaan dan aspek kehidupan.
Samada dari segi kesan positif mahupun negative. Antara perubahan teknologi media massa
yang memberi trasformasi kehidupan terutamanya kehidupan dalam dimensi dunia maya.
Bentuk komunikasi dalam dunia Revolusi Industri 4.0 telah berubah dan mempunyai
significan tertentu terhadap mutu gaya hidup. Maka persoalan bermutu bagi sesuatu perkara
dalam abad 21 kini lebih rigid penilaiannya berbanding zaman dahulu.

4
2.1 KESAN RANCANGAN HIBURAN BERMUTU DARI ASPEK BAHASA

Dari aspek bahasa umpamanya, melalui rancangan hiburan yang bermanfaat,


penonton secara tidak langsung akan mempelajari perkataan-perkataan baharu dan
memperbaiki tatabahasa. Hal ini disebabkan terdapat laras bahasa yang perlu diikuti dalam
rancangan tersebut dan kebiasaannya mereka menggunakan laras bahasa formal. Peluang
inilah yang tidak disedari oleh kebanyakan pejuang bahasa. Kita umpama pahlawan di medan
perang yang kehilangan busarnya, lantas diambil pisau yang diselitkan di poket seluar bagi
meneruskan perjuangan. Kita tidak boleh lagi memberikan omongan kosong mengatakan
bahawa kita perlu memartabatkan bahasa ibunda tetapi tiada inisiatif yang kreatif dan di luar
kotak. Kita tidak boleh lagi memerapkan bahasa ibunda hanya dalam kalangan pencinta
bahasa sebaliknya disebarkan untuk manfaat umum.
Tidak dinafikan bahawa rancangan hiburan menjadi lubuk pemuda dan pemudi
mempelajari perkara baharu. Mengapakah tidak digunakan landasan ini untuk memartabatkan
bahasa? Peranan pejuang bahasa di dunia media amat penting terutamanya di kaca televisyen
kerana hampir semua lapisan masyarakat menggunakan medium ini. Melalui kerjasama ini,
perkembangan ilmu dan bahasa dalam masyarakat mampu dipertingkatkan. Sementelahan
pula, dunia sastera tidak mendapat perhatian generasi baharu; mengapa tidak dipopularkan
karya-karya sastera di kaca televisyen.
Membaca karya-karya penulis sastera dan Sasterawan Negara di atas kertas tidak
cukup untuk mengembangkan kritikal sosial di dalamnya. Pelaburan ini perlu dipandang
serius oleh pihak korporat media dalam menghasilkan skrip dan program berkualiti.
Keuntungan dalam pelaburan ini pasti berhasil. Masyarakat Malaysia masih mengidamkan
sesuatu yang berkualiti daripada produksi negaranya sendiri.Penulis tertarik dengan usaha
negara Korea Selatan mengembangkan dan memartabatkan bahasa mereka melalui rancangan
hiburan termasuk drama dan dokumentari berbentuk hiburan. Banyak fakta, isu, sejarah dan
kritikan sosial digunakan sebagai tema walaupun elemen hiburan dan fantasi menjadi tunjang
utama. Mengambil contoh sebuah program televisyen, Abnormal Summit, mereka
memperdebatkan pelbagai isu semasa dan budaya Korea melalui kaca mata masyarakat luar.
Ahli-ahli panelnya dari pelbagai negara dan perbincangan tersebut menggunakan bahasa
Korea, bukan bahasa Inggeris. Program ini menjadi contoh yang baik kerana memperlihatkan
bahawa usaha memartabatkan bahasa ibunda boleh disemai melalui rancangan hiburan.

5
Dalam membandingkan bentuk hiburan bermutu oleh Korea, Malaysia juga telah
melaksanakan usaha ini umpamanya beberapa tayangan kartun yang bertujuan memenuhi
hiburan bagi peringkat kanak-kanak. RTM itu diikuti oleh stesen-stesen penyiaran swasta
yang sejak kebelakangan ini nampaknya begitu ghairah mengutamakan bahasa Inggeris
dalam rancangan-rancangan hiburan yang mereka terbitkan.Fenomena itu secara tidak
langsung telah meminggirkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain seolah-
olah menggambarkan rakyat negara ini tidak faham bahasa Melayu sehinggakan ada stesen
TV swasta yang menggunakan dwibahasa dalam rancangan-rancangan hiburan terbitan
mereka.Paling memualkan apabila terdapat stesen-stesen TV swasta seakan-akan memberi
gambaran kepada generasi muda hari ini bahawa bahasa Inggeris yang digunakan dalam
rancangan-rancangan terbitan mereka sebagai medium bahasa pengantar hiburan yang
terbaik.Walhal pada masa yang sama, kita mungkin kurang menyedari bahawa banyak
industri hiburan lain seperti di Hong Kong, Bollywood dan Jepun juga mampu berkembang
jauh dan sama tinggi tarafnya di peringkat antarabangsa biarpun mereka hanya menggunakan
bahasa rasmi negara masing-masing.

Selain penggunaan dan penyeragaman bahasa Melayu yang betul di TV, usaha itu
juga sepatutnya diperluaskan lagi melalui siaran-siaran radio terutamanya yang menggunakan
medium bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Sebagai negara demokrasi, kita tidak boleh
menafikan hak-hak siaran radio dalam bahasa-bahasa lain, tetapi yang menyedihkan apabila
ada kalangan penyampai stesen-stesen radio berbahasa Melayu turut mencampur-adukkan
bahasa Inggeris dalam rancangan-rancangan kendalian mereka.Selain itu, kecelaruan
penggunaan bahasa Melayu rojak sejak kebelakangan ini juga banyak melibatkan lirik lagu,
judul album dan nama khas untuk konsert ataupun persembahan teater yang dilihat tidak
menjurus kepada penyatuan rakyat negara ini dalam penggunaan bahasa rasmi.Jika
kecenderungan itu tidak dibendung, ia mungkin akan menyebabkan penggunaan bahasa
Melayu yang tidak seragam sebagai suatu kebiasaan terutamanya dalam bidang hiburan yang
kini semakin menjadi tumpuan ramai terutamanya generasi muda.

Kalaulah fenomena itu berterusan dan tidak ada pihak-pihak berwajib yang sanggup
tampil ke depan bagi menangani gejala-gejala tersebut, maka sampai bila pun hasrat kita
untuk melihat perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini menerusi bidang hiburan
mungkin tidak akan tercapai.

6
2.2 KESAN RANCANGAN HIBURAN BERMUTU DARI ASPEK SOSIAL

Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi
dan komunikasi. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini
disebabkan kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada
pengambilan sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya. Manakala era
globalisasi pula memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan masyarakat. Hal
ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun negatif.
Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat tersepit diantara dua pilihan. Di satu pihak
masyarakat menerima kehadiran teknologi, di pihak yang lain kehadiran teknologi moden
jester menimbulkan masalah-masalah yang bersifat struktural yang menambahkan di semua
aspek kehidupan masyarakat.

Dewasa ini kemajuan teknologi informasi yang menuju kearah globalisasi komunikasi
dirasakan cenderung berpengaruh langsung terhadap tingkat peradaban masyarakat dan
bangsa. Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan
komunikasi, melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan
informasi menyebar dengan mudah pada masyarakat. Informasi dalam bentuk apapun dapat
di sebar luaskan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi corak pandangan, gaya
hidup, serta budaya suatu bangsa.

7
Rancangan hiburan yang bermutu mampu berperanan menerapkan nilai- nilai Islam atau
nilai murni yang diterima.Seperti menghormati ibu bapa dan orang tua, berkasih sayang,
menepati masa, menjaga kebersihan, dan seumpamanya merupakan antara nilai-nilai murni
dan akhlak yang sewajarnya di tonjolkan untuk mendidik masyarakat agar mereka turut
sama-sama menghayati nilai- nilai ini. Amat malang apabila akhlak yang buruk yang kerap
ditonjolkan oleh media. Menurut pakar Psikologi Islam, Prof. Dr. Malik Badri, masyarakat
semakin hilang sensitiviti terhadap perkara keji ini dan merasakan jika orang lain boleh buat,
apa salahnya aku buat, bukan aku seorang sahaja. Realitinya ternyata benar apabila media
massa sering memaparkan cerita-cerita kejadian membuang bayi di negara kita juga semakin
menjadi-jadi sehingga kita sendiri sudah mula menganggapnya sebagai lumrah. Umat
semakin hilang rasa sensitif dan kepekaan.

8
Dua gambar di atas merupakan dua jenis hiburan yang bermutu atas ramai yang
mengetahui pelbagai rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen. Seperti rancangan
Tom Tombak dilihat sebagai berkemampuan membuka ruang kepada anak anak kecil
mengembangkan idea idea dalam aras usia yang masih kecil. Walaupun sekadar pertanyaan
perkara rutin harian. Ia dilihat juga memberi kesan kepada ilmu keibubapaan buat ibu bapa
muda terutamnya tentang kemahiran berkomunikasi dengan anak kecil dan bagaimana
mengendali anak-anak dalam berbicara yang boleh membangunkan potensi secara rawak.
Dari sudut lain, rancangan ini mungkin memerlukan penambahbaikan dalam menepati level
bermutu agar lebih jelas pencapaiannya dan lebih berkesan impaknya dalam masyarakat.
Manakala rancangan Mari MEngaji pula menampakkan kesinambungannya dalam
pembelajaran dan pengajaran murid di sekolah. Dimana kadungan rancangan ini
menunjukkan bagaimana pengajian Al-Quran disampaikan dalam bentuk diidk hibur dan
menyeronokkan. Malah ia memberi impak kepada kalangan guru Pendidikan Islam
menambah baik kaedah dan teknik pengajaran mereka. Namun begitu rating untuk rancangan
sebegini tidak mencapai rating tertinggi kalangan penonton. Hakikat inilah yang harus
diterima, bagaimana hiburan itu mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
Senarionya, ada pelbagai jenis hiburan seperti rancangan yang berkonsepkan nyanyian
dan lakonan, tari menari dan juga perbahasan. Ada program yang ke arah kebaikan dan ada
program yang hanya meraih pendapatan melalui bakat kanak-kanak. Program berkonsepkan
kanak-kanak sebenarnya lebih banyak buruknya berbanding kebaikan yang ditayang di
televisyen sekarang. Untuk pengetahuan anda, program berkonsepkan kanak-kanak yang ke
arah keburukan ditayang lebih banyak berbanding rancangan kanak-kanak yang ke arah
kebaikan. Selain itu, program yang ke arah keburukan ini mendapat liputan meluas dari
media elektronik dan juga akhbar-akhbar tempatan.
Kalangan remaja pula tidak hanya bergantung kepada telivisyen semata-mata.
Rancangan hiburan dalam alaf 21 disampaikan dalam medium yang pelbagai. Umpamanya
menyiarkan rancangan melalui rangkaian talian internet. Ini dilihat bagai sindrom dan trend

9
masyarakat yang menyiarkan bakat mereka dalam pelbagai bentuk kesenian. Rancangan
hiburan juga kini di sampai oleh badan tertentu dengan kekreatifan menggunakan media
social, promosi dan viral membantu perkembangan ini disebar dalam talian internet. Kita
tidak menafikan ada yang berusaha menerbitkan dan menyiarkan maklumat yang bermutu
dan berkualiti. Dari sudut social, ia dilihat membantu dari segi perkembangan social
masyarakat. Dunia tanpa sempadan memudahkan masyarakat bergabung dan bekerjasama
dalam dunia yang sama diminati. Pelbagai komuniti berkesatuan dengan matlamat dan minat
yang sama. Ini mempamerkan kesan hiburan ini mampu menyatukan suara masyarakat yang
berkongsi kesukaan yang sama.

10
KESAN RANCANGAN BERMUTU DARI ASPEK PENDIDIKAN

Rancangan hiburan sebagaimana sedia maklum bertujuan menghiburkan, lumrah


manusia perlukan hiburan. Ada yang berhibur selepas melalui rutin harian yang memenatkan.
Ada yang berhibur mengisi ruang hati yang sunyi.Rancangan Hiburan seperti Imam Muda di
Astro Oasis dan Solehah di Tv Al-Hijrah. Konsep rancangan hiburan reality ini diterbitkan
demi mengisi ruang keperluan masyarakat dalam berhibur tetapi masih mengekalkan nilai
kerohanian. Merujuk kepada kesan rancangan program reality Solehah umpamanya,
menggariskan pencarian pendakwah wanita memiliki cirri pemidato yang baik punya ilmu
sarat di dada.Mampu menyampaikan maklumat dan info untuk ummah, memberi pandangan
dengan gaya bujukan yang tinggi kepada penonton. Kriteria ini membantu masyarakat
memahami bahawa dalam berhibur punya limitasinya. Punya arah yang betul agar hiburan

11
yang dinikmati masih mampu mengekalkan nilai dan budaya dalam diri.

12
13
Merujuk kepada tayangan rancangan drama dan filem, perkembangan dunia
perfileman Malaysia menyaksikan perubahan dari aspek mutu dan karya para penerbit filem.
MAsing-masing berusaha melahirkan karya yang bermutu. MEmpunya objektif yang jelas
membantu mendidik masyarakat. Hingga ada karya yang memberi kesan kepada daya fikir
masyarakat agar menghargai tentang hidup. Rating filem yang menjadi pilihan kini seakan
petanda bahawa keterbukaan masyarakat melihat sesuatu hasil karya lebih matang berbading
dahulu. Pilihan karya yang memberi kesan emosi dan kesan pengajaran mula mendapat
tempat. Penerbit kini semakin berusaha menghasilkan karya bermutu untuk santapan
penonton.
Merujuk kepada filem luar yang selalu mendapat rating penonton kebanyakkan
berkisar kehidupan yang realistic dan mempunyai info dan input yang mampu menjana
pemikiran penonton. Karya Berbisik PAda Langit walaupun dilihat kisah biasa biasa, namun
pengajaran tentang falsafah hidup dan konflik kekeluargaan dijadikan isu utama karya ini.
Namun pengajaran dalam bentuk matang dan disampai dengan emosi sarat mampu
menganjak minda penonton dalam melihat kehidupan dari persepsi yang lebih tepat. Karya
Tumbirou pula, rating jutaan dalam beberapa minggu , pencapaian yang memaparkan
kesudian penonton memahami dan mahu menambah info tentang sejarah atau mitos
masyarakat Sabah. Perkongsian ini adakalanya membantu dari aspek pendedahan ilmu dan
sejarah yang wajar dikongsi kalangan masyarakat. Adakala filem mahupun drama
memaparkan adat dan resam serta budaya masyarkat yang berbeza dengan budaya
masyarakat utama di Malaysia.
Banyak rancangan hiburan yang memaparkan seni kebudayaan di media massa.
Penyampaian bersahaja dan realistic memberi pendedahan secara langsung kepada penonton.
Ini membantu mendidik masyarkat tentang budaya dan adat berlaina bangsa dan kaum. BAgi
kalangan guru pula, kadangkala rancangan hiburan bermutu menjadi bahan bantu mengajar
bagi memberi kesan yang lebih dari segi pencapaian objektif pengajaran. Kini dunia tanpa
sempadan telah memudahkan semua keadaan dan meningkatkan gaya pengajaran yang lebih
berkesan dan mudah.

14
KESAN RANCANGAN HIBURAN BERMUTU DARI ASPEK BUDAYA
Setiap stesen penyiaran mempunyai tanggungjawab social dalam mendidik masyarakat.
Mengejar keuntungan perlu menekankan prinsip patriotism dalam diri para penerbit.
Keutamaan mendidik penonton dengan bahan siaran adalah tanggungjawab berat kepada
penerbit, kesan penyiaran yang menggugat budaya dan jati diri harus ditangani dengan bijak.
Fenomena tayangan penyiaran hiburan yang mendapat tempat sukar dikawal memandangkan
dunia yang begitu telus dalam penyebaran dengan adanya trend viral.
Budaya bangsa Malaysia yang pelbagai cukup indah untuk disebarkan dalam
masyarakat. Usaha ini mampu mengubah pemikiran masyarakat sekiranya stesen telivisyen
berkemampuan membentuk hiburan rancangan yang menekankan konsep budaya yang
mampu mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Proses globalisasi dan tanpa sempadan
juga tidak boleh diabaikan oleh golongan penerbit. Kita lihat Negara luar banyak
mendedahkan budaya dan adat yang terdapat dalam masyarakat mereka. Mengekalkan akar
umbi bangsa, tanpa menyiarkan unsure negative dilihat bagaikan mustahil. Namun jika rakyat
Malaysia mampu menawan Gunung Everest, adalah mustahil jika mereka tidak mampu
menghasilkan karya bermutu dari aspek bahasa.
Hiburan bermutu seperti Pertandingan Menyanyi, bergurindam, bersyaair sebenarya
boleh diketengahkan. Pendedahan ini sangat membantu memandangkan beberapa budaya
yang dinyatakan seakan janggal untuk dikenali oleh pelajar. Negeri Johor umpamanya
berusaha mengekalkan setiap pelajar dinegeri tersebut wajib mengikuti kelas Zapin, bagi
mengekalan budaya ini. Rancangan dan pertandingan sekitar Johor banyak yang dibentuk
dengan matlamat ini. Malah hingga kini budaya ini masih dipertahankan. Setiap anak Johor
berbangga dengan budaya ini.

15
KESAN RANCANGAN HIBURAN KURANG BERMUTU

Akibat pendedahan terhadap dunia hiburan yang keterlaluan, generasi muda sekarang
tidak memikirkan masa depan mereka dengan baik, mereka sering terpedaya dengan sogokan
untuk menjadi selebriti, mengejar populariti, glamor dan menyebabkan ramai remaja
menyertai rancangan tersebut untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi mahupun
seseorang yang terkenal dengan mudah, tiada lagi cita-cita untuk menuntut ilmu keperingkat
yang tinggi. Seperti Muzik Korea sangat mendapat tempat kalangan remaja di Malaysia.
Namun kehadiran penyayi k-pop beberapa tahun lalu mencetus kontroversi apabila penyanyi
tersebut memeluk peminat diatas pentas. Keadaan ini menunjukkan seperti garis panduan
tertentu tidak dimaklumkan kepada penyanyi tersebut, MAnakala peminat pula obsesif pada
peluang yang ada. Hal ini mencetus pelbagai persepsi negative dan memberi gambaran umum
terhadapa minat dan cinta remaja kepada penyanyi ini menyebabkan jati diri tidak mampu
dipertahankan dalam keadaan teruja.

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan diantara
lelaki dan perempuan, bersalaman, bersentuhan berpelukan dan berpegangan tangan diatas
pentas, perkara ini seolah-olah menjadi kebiasaan dan tidak salah bagi mereka seperti tiada
hukum tentangnya. Menurut Datuk Hassan Din al-Hafiz. Rancangan hiburan sebegini lebih

16
menjurus kepada kerosakan akhlak. Berpelukan dan bercampur gaul sesama lelaki dan
perempuan tanpa batas, itu sudah diketahui oleh umat Islam bahaya ia satu perbuatan yang
tidak dibenarkan oleh Islam. Tetapi yang menjadi satu kemusykilan, bagaimana ibu bapa dan
keluarga tidak melarang malah membenar dan memberikan sokongan terhadap anak mereka
untuk menjadi peserta rancangan tersebut. Program rancangan realiti TV seperti ini telah
mendapat sambutan dan malah lebih berjaya menambat hati para penonton.

Adakala program reality memperlihatkan tentang penilaian para juri secara jujur dan
langsung. Ia memberi perubahan besar kepada masyarakat, bila ia dipandang dengan pelbagai
persepsi pada gaya juri memberi pendapat dan penilaian para peserta. Beberapa impak jelas
seperti penggunaan bahasa dan gaya peneguran para juri bertentangan dengan budaya
masyarakat. Memperlekehkan dan bergurau secara keterlaluan juga mempamerkan nilai
negative kerana diketahui umum rancangan hiburan sebegini biasanya ditonton oleh semua
lapisan masyarakat. Jika mereka yang terlibat sedar akan hal ini pasti dengan penuh hemah
dan bijaksana akan memilih serta melapis bahasa yang tepat dan mampu menyampaikan
teguran dengan berkesan. Kita boleh lihat artis luar yang dijemput sebagai juri umpamanya
Hetty Koes Endang, melontar pandangan dengan gaya penuh hemah dan ilmiah. Ia
menunjukkan contoh terbaik wajar ditiru oleh artis setempat tentang pentingnya punya jati
diri dan patriotism dalam diri hingga menampilkan peribadi unggul walau dalam bidang seni.

17
Proses globalisasi seakan membenar dunia tanpa sempadan membenarkan penularan
budaya diluar norma dan nilai masyarakat setempat. Tiada yang mustahil boleh berlaku
dalam dunia zaman millennia. Kesan jangka panjang dalam social masyarakat berpaksikan
hiburan seakan tidak dapat dikawal jika sebaran seperti ini tidak ditangani dengan bijak.
Pengaruh dalam masyarakat menular dengan cepat tanpa lambat sesaat. Budaya asing
membenarkan pergaulan tanpa kawalan bertentangan dengan agama dan nilai setempat.
Penularan ini mengakis persepsi nilai masyarakat apabila mengkatogerikan nilai tersebut
sebagai masyarakat yang terbuka dan jujur. Kesan jangka panjang ini telah menjadikan
budaya nilai masyarakat berubah corak dan menganjur kepada perkara lain yang semakin
parah.
Budaya negatif disebarkan hingga menjejas perkembangan mental remaja
terutamanya. Terdapat gejala obsesif berlaku apabila di dedahkan oleh pihak Utusan
dihubungi penonton yang menagis tersdu sedan, meluah segala emosi terhadap rancangan
reality. Obsesif ini membimbangkankerana berlakunya perubahan tingkah laku, emosi,
kepercayaan dan sikap kehidupan seseorang. Kesan lain seperti menjadikan penonton lebih
pasif, lebih banyak kecewa mengakibatkan terdedah kepada kemurungan,kurang produktif,
hubungan kekeluargaan renggang, murid terbengkalai tgas sekolah, taksub dengan hiburan.
Kesan ini dilihat serius dan wajar ditangani. Sekiranya impak negative lebih banyak
kepada penonton wajar kajian digiatkan dalam melahirkan lebih banyak karya Rancangan
Hiburan Bermutu oleh penggiat seni tanah air yang merangkumi banyak bidang seperti
nyanyian, lakonan, multimedia dan sebagainya. Wadah rancangan ini untuk menyampaikan
perkara membangunkan masyarakat dan memandai bangsa adalah besar peluangnya.

18
Pengaruh mereka yang giat dalam seni ini boleh diguna pakai dalam meningkatkan impak
baik kepada penonton. Dalam hal ini banyak sudut boleh dijadikan ukuran dan pemboleh
ubah dalam mencapai matlamat membanyakkan rancangan hiburan bermutu.

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMANTAU SIARAN RANCANGAN HIBURAN DI


MALAYSIA

Perkara utama dalam menyatakan peranan kerajaan dalam hal negative adalah merujuk
kepada undang-undang sedia ada yang diwujudkan dalam menangani sesuatu isu. Sesuatu
penerbitan rancangan televisyen di Malaysia dikawal dengan Garis Panduan Penerbitan
Rancangan, akta seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Syeksen 114A dan
sebagainya. Penguatkuasan undang-undang perlu ditegaskan bagi menangani pelbagai isu
yang berbangkit. Lerner pengkaji komunikasi menyatakan system media massa memberikan
fungsi dramatic dalam proses pembangunan Negara. Pengkonsepsian yang diajukan ialah
apabia masyarakat tradisional menjadi masyarakat yang bergiat aktif dalam pembangunan
Negara melibatkan pengaruh banyak sudut dalam masyarakat.

19
Polisi penyiaran di Malaysia kini dilihat semakin longgar hingga sekatan yang
ada meminggirkan nilai dan budaya yang harus dipertahankan. Walau kenyataan ini agak
keras dan tidak adil, hal ini boleh dibuktikan dengan tindakan beberapa penggiat seni dan
pengamal media tidak beretika dalam mengendalikan rancangan hiburan yang adakalany
disiar secara langsung. Sembarono ini mungkin tidak berlaku jika amalan tegas terhadap isu
sensitive atau budaya negative di tonjolkan hingga menampakkan sikap tidak menghormati
garis panduan yang disediakan. Jika mewujudkan penalty pada perkara ini, pastinya para
pengacara khususnya berusaha mempamerkan gaya yang berhemah dan berkesan dalam
penyampaian mereka. Tidak menolah tentang keterbukaan tetapi sekiranya mempamerkan ini
mengubah persepsi anak muda terutamanya pasti mendatangkan sebaran negative bahawa
golongan naf ini mentafsirkan perkara tersebut dibolehkan dan Nampak praktif untuk
diamalkan.
Sepatutnya pada pengamal media atau penggiat seni bertanggungjawab dalam
memberi tampilan yang baik dan pengaruh yang positif kepada penonton. Para penerbit juga
boleh berkarya dengan melakukan inovasi dan kreatif pada karya agar mampu memberi kesan

20
kepada perubahan sikap penonton yang sejajar dengan dasar-dasar kerajaan. Persembahan
karya juga perlu diperbanyakkan kepada kesedaran sivik masyarakat agar menggalakkan
perkembangan budaya dan seni Malaysia. Rancangan Hiburan juga lebih berkemampuan
memberi sebaran ilmu pengetahuan am di samping menekankan penggunaan Bahasa
Kebangsaan yang dipercayai mempunyai pengaruh dalam perkembangan bahasa Malaysia.
Sekiranya usaha ini dipandang kosong dan sepi, impian dan usaha menghasilkan karya yang
memandai bangsa dan memajukan masyarakat Malaysia yang tinggi nilai dan budinya adalah
tinggal anganan semata-mata.

KESIMPULAN

Segala kesan baik dari dedahan Rancangan Hiburan Bermutu amat diperlukan dalam
masyarakat kita hari ini. PErkembang dunia tanpa sempadan memerlukan pihak yang terlibat
dalam dunia penyiaran perlu lebih kreatif dan inovatif dalam berkarya. Tanggung jawab
mereka mendidik masyarakat dari pelbagai lapisan masyarakat adalah besar sekiranya
pengaruh positif mampu disebarkan. Malah kesediaan penggerak bidang ini juga harus
meletakkan jati diri dan semangat patriotic dalam segala aspek dan keadaan. Perkara ini
adalah mustahil untuk diusahakan secara sendiri. Ia memerlukan kerjasama seluruh anggota
masyarakat. Hiburan Rancangan Bermutu dalam penulisan ini lebih menjurus kepada konsep
penyiaran rancangan hiburan yang mempunyai kesan baik kepada penonton dan mampu
memberi maklumat dan mengubah persepsi umum dalam kehidupan.

21
BIBLIOGRAFI

1. Ab. Halim Tamuri. 2000. A study of students knowledge of akhlaq of the Malaysian
Secondary Education. Tesis PhD, Universiti of Birmingham.

2. Babbie, Earl. 1986.The practice of social research. California: Wadsworth


Publishing.Bommel

3. Abdul Wahid. 1998. Media ethicsof Muslims in the age of cross cultural
communication. Muslim Education Quarterly.Burns, Roberts B. 2000

4. Syed Ali Ashraf, 1997. Mass Media Communications, Religion and Education.
Muslim Education Quarterly

5. Mohamed Md. Yusoff (1993). Media dan Masyarakat: Satu Kumpulan Esei.
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

22