You are on page 1of 2

Adat Perpatih

i. Adat yang disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang berpusat di Pagar Ruyung
ii. diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning
iii. Lebih berbentuk Matriarchal atau memihak wanita
iv. bersifat demokrasi
v. mempunyai pengaruh Hindu dan Islam
vi. perkahwinan sepupu tidak dibenarkan
vii. hukum berdasarkan sumber resam dan hukum syarak
viii. mengutamakan pemulihan dengan memberi ganti rugi
ix. perkahwinan sesama suku dilarang
x. isteri, ibu dan anak perempuan mempunyai keutamaan mewarisi harta pusaka

Aspek

1. Pemerintahan

Kampung Perut Suku Daerah/ Luak

Negeri

Pemilihan Ketua Pentadbiran:

Ketua Keluarga Ketua suku Ketua Suku Ketua Daerah


(Mamak) (Buapak) (Lembaga) (Undang)

Yang Dipertua
Besar

Harta Milik Adat Perpatih


i. dapatan atau perolehan : harta yang dimiliki oleh wanita sama ada secara bekerja atau pengumpulan harta semasa bujang
ii. warisan: diperoleh daripada keturunan
iii. sepencarian: harta bersama isteri dan suami
iv. pembawa: harta yang dibawa oleh suami-isteri. Sekiranya berlaku penceraian , suami boleh mengambil kembali hartanya
Hukuman
i. berbentuk gantirugi
ii. diadili oleh kaum kerabat dan dihukum buang negeri. Dihukum mati sekiranya kesalahannya berat atau dilakukan berulang kali.

Adat Temenggung

i. Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berpusat di Palembang


ii. Adat ini diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning
iii. bersifat patriarchal atau memihak kepada lelaki
iv. meliputi sistem kekeluargaan, sistem perwarisan harta dan sistem pemerintahan dan politik
v. meliputi semua jenayah sivil dan jenayah
vi. mempunyai pengaruh undang-undang Hindu ( undang undang manu) dan Islam ( mazhab Shafie)
vii. menggalakkan perkahwinan sepupu
viii. undang-undang Islam diberi keutamaan jika berlaku percanggahan dengan undang-undang adat
ix. lelaki menjadi ketua keluarga dan diberi keutamaan untuk memiliki harta pusaka
x. bersifat autokrasi

You might also like