You are on page 1of 14

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2


SEPTEMBER 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 2


SEPTEMBER 2012
PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru
menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 3


SEPTEMBER 2012
TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan
dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan
standard hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang
dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 4


SEPTEMBER 2012
KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

2 TAHU DAN FAHAM

1 TAHU

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 5


SEPTEMBER 2012
TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
6 cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
DENGAN BERADAB MITHALI
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan
5
DENGAN BERADAB TERPUJI mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
4
DENGAN BERADAB prosedur atau secara sistematik.

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran


3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
dalam satu-satu situasi.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau


2 TAHU DAN FAHAM
menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.

Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas


1 TAHU
ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 6


SEPTEMBER 2012
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU
Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan
hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan
maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 7


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 8


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1 B1 B1 DL1 B1 DL1 E1
Mengetahui perkara yang Berbual tentang isu semasa dengan Berbual tentang isu semasa dengan
Tahu didengar-dituturkan, dibaca dan ayat yang mudah. ayat yang dapat difahami.
ditulis.

B1 DB1 B1 DB1 E1
Membaca perenggan dengan Membaca ayat dalam perenggan
sebutan dan intonasi yang sesuai. daripada sesuatu sumber dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai.

B1 DT1 B1 DT1 E1
Menulis ayat yang lengkap. Menulis ayat-ayat yang mengandungi
subjek dan predikat.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 9


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2 B2 B2DL1 B2 DL1 E1
Mengetahui dan memahami Mendengar dan memberikan Memberikan respons tentang perkara
Tahu dan perkara yang didengar- respons secara lisan tentang yang didengar secara spontan.
Faham dituturkan, dibaca dan ditulis. sesuatu isu.

B2 DB1 B2 DB1 E1
Membaca perenggan dan Memberikan maksud rangkai kata yang
memahami maksud rangkai kata sesuai mengikut konteks.
mengikut konteks.

B2 DT1 B2 DT1 E1
Menulis pelbagai jenis ayat. Mengenal pasti pelbagai jenis ayat.
(Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seru,
Ayat perintah)

B2 DT1 E2
Menulis pelbagai jenis ayat dengan
betul.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 10


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3 B3 B3DL1 B3 DL1 E1
Memahami dan memberikan Berbincang tentang sesuatu tajuk Mengemukakan pendapat berdasarkan
Tahu, faham respons kepada maklumat yang yang telah ditetapkan. tajuk yang diberikan.
dan boleh didengar-dituturkan, dibaca dan
buat ditulis. B3 DL1 E2
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara
berdasarkan tajuk yang diberikan.

B3 DB1 B3 DB1 E1
Membaca dan menyatakan maksud Menyatakan maksud tersurat yang betul
tersurat dan tersirat daripada daripada bahan yang dibaca.
sesuatu bahan.
B3 DB1 E2
Menyatakan maksud tersirat yang
sesuai daripada bahan yang dibaca.

B3 DT1 B3 DT1 E1
Menulis perenggan yang lengkap. Menulis ayat topik yang sesuai.

B3 DT1 E2
Menulis ayat huraian untuk
menghasilkan perenggan yang lengkap.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 11


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4 B4 B4 DL1 B4 DL1 E1
Membuat penjelasan tentang Berbincang tentang sesuatu perkara Memberikan pandangan yang rasional
Tahu, faham, maklumat yang didengar- secara beradab. dalam perbincangan.
boleh buat dituturkan, dibaca dan ditulis.
dengan
beradab B4 DL1 E2
Menggunakan kata, ungkapan dan ayat
yang sesuai semasa berbincang.

B4 DB1 B4 DB1 E1
Membaca dan memindahkan Menukarkan maklumat yang tersurat
maklumat dalam bentuk lain. daripada pelbagai bahan yang dibaca
kepada bentuk grafik atau sebaliknya
dengan lengkap.

B4 DT1 B4 DT1 E1
Menulis perenggan yang koheren Menghasilkan penulisan yang lengkap
dan kohesi. menggunakan penanda wacana yang
sesuai.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 12


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5 B5 B5DL1 B5 DL1 E1
Memproses maklumat yang Menyatakan pendirian yang jelas Mengukuhkan pendapat dengan
Tahu, faham, didengar-dituturkan, dibaca dan dengan maklumat yang relevan. memberikan alasan yang munasabah.
ditulis.
boleh buat B5 DL1 E2
dengan Menggunakan gaya pengucapan yang
beradab bertatasusila dalam perbincangan.
terpuji

B5 DB1 B5 DB 1 E1
Membaca dan menghubungkaitkan Menyatakan maklumat yang tersirat
maklumat. dengan tepat daripada bahan yang
dibaca.

B5 DB 1 E2
Menghubungkaitkan maklumat tersirat
daripada bahan yang dibaca dengan
pelbagai bahan bacaan lain.

B5 DT1 B5 DT1 E1
Menghasilkan pelbagai penulisan Menghasilkan karya kreatif yang
kreatif dan bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang
lengkap. menarik.

B5 DT1 E2
Menghasilkan karya bukan kreatif yang
lengkap dengan gaya penulisan yang
menarik.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 13


SEPTEMBER 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 B6 B6DL1 B6 DL1 E1
Menilai sesuatu perkara yang Mempertimbangkan pelbagai Menilai pelbagai pendapat yang
Tahu, faham, didengar-dituturkan, dibaca dan pendapat secara rasional. dikemukakan secara rasional.
boleh buat ditulis.
dengan
beradab
mithali.
B6 DB1 B6 DB1 E1
Membaca dan merumuskan Merumuskan maklumat daripada
maklumat dengan alasan yang pelbagai bahan yang dibaca.
dapat diterima.
B6 DB1 E2
Menilai bahan yang dibaca dengan
memberikan alasan yang dapat
diterima.

B6 DT1 B6 DT1 E1
Menyunting dan memurnikan Menyunting kesalahan kata dan ayat
sesebuah karya yang telah dalam sesebuah karya.
dihasilkan.
B6 DT1 E2
Memurnikan sesebuah karya sehingga
boleh dijadikan contoh.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 14


SEPTEMBER 2012

You might also like