You are on page 1of 7

Sinopsis keseluruhan Novel Darah Titik Di Semantan

Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Semantan. Perjuangan


Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka
merupakan pahlawan-pahlawan yang sering bersama Datuk Bahaman di Semantan.

Di samping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang
Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak penjajah yang sering
menggugat keamanan bumi Semantan.

Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan. Ada kalangan
yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati bangsa sendiri demi kepentingan
peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi semakin sukar.

Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Termasuklah
sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka. Penglibatan sultan menimbulkan
rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan
meninggalkan kesan yang nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.

Sinopsis Bab demi Bab Novel Darah Titik Di Semantan

Bab Sinopsis
Bab 1 (Cemas) Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad
telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar.
Sikapnya suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah
disedari oleh aku. Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap
perubahan sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami perubahan sikap Datuk
Bahaman ialah Rahman kerana pernah bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk
Bahaman.
Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut
hadir ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk
Bahaman telah memberi amanat penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga
meminta penduduk bersedia sebelum melawan Inggeris.

1
Setelah selesai mereka berkumpul di masjid aku, Samad, Rahman, dan Awang
Muhamad telah sepakat untuk membuat kubu di pangkal Merbau Berdarah di tebing
Lubuk Sengarat. Semasa mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari
dalam ketakutan. Mak Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan
meminta supaya disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di
masjid.
Bab 2 (Lubuk Terua Aku menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina
Tergugat) kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan
Inggeris itu. Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan Inggeris tetapi mengikut
perancangan. Datuk Bahaman juga memuji tindakan aku dan rakan-rakan membina
kubu di tebing Lubuk Sengarat kerana cukup sesuai.
Bab 3 (Mencari Dua minggu selepas Inggeris membina rumah pasung, aku dan samad pergi ke kubu
Penyelesaian) mereka di lubuk Sengarat hanya Rahman tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut
ayahnya ke Johor. Pelbagai andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor.
Datuk Bahaman pergi ke Johor mengikut jalan sungai yang lebih selamat.
Ketiadaan Rahman, aku dan rakan-rakan telah menukarkan cara berkawal. Mereka
telah bersetuju untuk meronda secara bersama-sama untuk mengelakkan daripada
ditangkap. Mereka juga meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.
Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris.
Mereka berniat untuk menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat
tersebut kerana memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.
Bab 4 (Budi Seperti biasa aku, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka
Kepadatan) telah pergi ke mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu
runcing dan belajar bersilat dengan Abang Lajis.
Aku diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak dikenali pergi hilir.
Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri Lajis yang
diganggu oleh pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang
diupah oleh Tuan Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul dan
meminta tali barut Inggeris itu pulang kepangkuan Inggeris. Beliau juga mengingatkan
kepada pemuda tersebut bahawa dia masih berkuasa di Semantan.
Bab 5 (Inggeris Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres
Mencabar Lagi) sering datang ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada

2
Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah
membuat perancangan untuk membuat bengkel membuat senapang dan segala bahan
telah diatur dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan
untuk mengawasi gerak-geri Inggeris.
Bab 6 (Kedatangan Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib.
Mat Kilau) Semasa berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh
ayahandanya untuk menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan
orang-orang besar di Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.
Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman tidak
memberi kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan dipaksa membuat
membuat pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat
untuk membuat pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman telah
ditarik balik. Keadaan ini telah membuatkan Datuk Bahaman semakin rasa tercabar.
Bab 7 (Retak Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai
Menanti Belah) Semantan telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab
persoalan akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh Inggeris
kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa rotan.
Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh telah mengetuai usaha
pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya
dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris
memburunya nanti.
Bab 8 (Darah Titik Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak
di Semantan) buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber
kewangan untuk membayar besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.
Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan
Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk dijual tanpa surat
kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk
Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long Abas
Berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk Bahaman untuk
memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian tersebut Datuk Panglima
Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi semakin bersemangat
untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa menyokong Datuk

3
Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia untuk
menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua.
Bab 9 (Ada Ubi Ada Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan orang-orangnya untuk
Batas) menghadapi pihak Inggeris yang akan menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah
merentangi sungai Semantan di Lubuk Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu
jari bagi menhalang kemaraan Inggeris.
Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh
mengumpul kekuatan untuk mengepung balai polis serta mata-mata sikh di rumah
pasung. Perintah Datuk Bahaman lagi agar merampas senjata seperti senapang kopak,
peluru atau ubat bedil yang boleh digunakan untuk menentang mata-mata Sikh yang lain.
Secara tidak langsung Datuk Bahaman telah mengistiharkan perang terhadap Inggeris.
Lajis datang ke kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough
dengan lima puluh orang mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai Semantan.
Lajis turut menyatakan dia melihat Desborough turut membawa mayat Ismail menuju ke
kubu untuk menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk menyerang Datuk
Bahaman. Apabila perahu Desborough dan perahu yang lain tiba di kawasan rantai
Datuk Bahaman telah merentap rantai itu sehingga perahu Desborough dan perahu lain
terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan mengarahkan
orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga mereka
memperolehi kemenangan.
Bab 10 (Inggeris Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau mengarahkan Tuk Muda
Mesti Dikalahkan) Bidin dan Imam Perang Weh memimpin enam puluh orang menyerang Bentung dengan
mengepung pusat kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke Temerloh bersama
Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat Ismail. Mayat Ismail akan
dikebumikan di Semantan.
Selain itu, Datuk Bahaman mahukan pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan
semangat para pahlawan dan mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan
kepada Tuk Selampit, batin orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka
pandai menyumpit.
Mereka juga bergerak ke hilir sungai Semantan melalui Batu Hampar dan Pasir Rawa.
Datuk Bahaman dan Mat Lela memimpin pasukannya mengepung rumah pasung dan
membunuh mata-mata Sikh yang berada di situ. Setelah selesai , mereka berehat di

4
tanjung yang memisahkan sungai Semantan dengan sungai Pahang. Perang akan
meletus bila-bila masa sahaja.
Bab 11 Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk Bahaman dan
(Desborough satu lagi pasukan diketuai oleh Datuk Panglima Raja. Setiap pasukan terdiri daripada 25
Datang Lagi) orang yang muda dan tahan lasak.
Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya meronda di luar kawasan Bandar
Kuala Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit mereka terserempak dengan mata-mata
Sikh dan berlakulah pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk
Panglima Raja mengarahkan pasukannya membuat helah untuk membunuh mata-mata
Sikh. Mereka membuat bubur ubi gadung yang beracun. Apabila pasukan mata-mata
Sikh seramai 40 orang yang diketuai oleh Desborough tiba di kawasan tersebut dan
mereka makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk. Akhirnya mereka
mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat kepanasan.
Setelah lima hari berada di kuala Semantan mereka bertemu semula dengan pasukan
Datuk Bahaman. Mereka mara ke Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka
disambut oleh Imam Perang Weh.
Perjuangan mereka semakin mendapat sambutan. Rahman dan Hassan
mendapatkan nama beratus-ratus pejuang. Tuk Selampit juga datang untuk menyertai
perjuangan mereka menentang Inggeris. Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur
arwah Ismail untuk membuat sedikit tahlil.
Bab 12 (Tipu Helah Tiga minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela menyediakan jadual
Inggeris) bertugas bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan
menembak manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan khemah
dan kubu di Darat Kelubi.
Keesokannya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman. Beliau
memerintahkan Datuk Panglima Raja menyertai seratus orang ke Batu Hampar. Imam
Perang Weh dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di
Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit akan mengawal Lubuk
Senggarat.
Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit
dan besar. Mereka akan menghadapi lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai
oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar
sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.

5
Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama dengan askar Sikh, mereka
akan berundur sahaja. Mereka tidak ingin berbunuhan dengan askar sultan.
Mereka meneruskan perjalanan ke Batu Hampar. Apabila sampai di sana, mereka
membina kubu. Zahid dan Samad diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid
berpura-pura memancing untuk memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah
perahu musuh, mereka segera melaporkan kepada pasukan.
Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam dilemma apabila melihat askar
sultan bercampur dengan mata-mata Sikh. Mereka mengambil keputusan untuk pulang
ke Lubuk Terua. Di situ mereka membina kubu pertahanan.
Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough tiba di Lubuk Terua. Perahu itu tidak
membawa askar sultan. Datuk Bahaman bertindak menebalikkan perahu mereka dengan
menggunakan rantai besi. Tuk Selampit menyumpit diselang-seli dengan hujanan buluh
bambu. Kejayaan mengiringi mereka.
Selang beberapa hari, Mat Kilau datang dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk
Bahaman bahawa Clifford tidak berpuas hati dan akan melancarkan serangan besar-
besaran.
Bab 13 (Sebuah Berita kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula kelam kabut. Datuk
Perjanjian) Bahaman membuat keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat dakwaan
sama ada Rodger datang bersama dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk Bahaman
kembali membawa perkhabaran yang sultan turut serta bersama Rodger dalam serangan
terbaru itu.
Tuk Selampit menawarkan kepakarannya untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh
Datuk Bahaman. Beliau risau akan keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit.
Tindakan Datuk Bahaman menyebabkan Tuk Selampit tidak berpuas hati.
Pada sebelah malam, mereka berpindah ke Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka
akan berkubu untuk pertempuran. Datuk Bahaman menggunakan ilmunya untuk
berjumpa dengan sultan. Beliau menyatakan satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan
akan menembak ke udara semasa pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman
diminta melarikan diri. Ini untuk mengaburi Rodger.

6
Bab 14 (Jatuhnya Hari pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil kedudukan dan
Lubuk Terua) menghalakan senapang ke udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan ke
udara.
Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela telah ditembak oleh askar sultan yang belot.
Begitu juga dengan Awang Muhamad yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi
cemas. Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja datang memberi bantuan. Namun
Awang Muhamad meninggal dunia.
Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja telah berselisih faham. Datuk Panglima
Raja yang marah mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin
mengambil langkah menyerah diri tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang
zuhur, perajurit Semantan mula berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan mula
bersorak di atas kemenangan mereka.
Pada suatu petang, Mat Kilau datang ke Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman.
Beliau membawa satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan
untuk Datuk Bahaman. Datuk Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang
ramai supaya pulang ke kampung masing-masing.
Mat Kilau memberitahu satu perancangan besar untuk melawan Inggeris. Namun,
rancangan itu gagal kerana Inggeris berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya Datuk
Bahaman mengambil keputusan untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu dengan
Tuk Gajah serta Mat Kilau.

SELESAI

You might also like