You are on page 1of 9

KERTAS KERJA CADANGAN

KONSERT KESENIAN ISLAM


MASJID BANDAR BARU
RINCHING,SEMENYIH,SELANGOR

KERTAS KERJA INI DISEDIAKAN DAN DIANJURKAN OLEH:

KOMUNITI BY HEART CLAN


1.MUQADIMMAH

Cabaran umat Islami khususnya anak-anak muda pada era kini sangat mencabar khususnya dalam
mengaplikasikan segala ilmu yang ditimba di universiti untuk pedoman manusiawi di luar sana. Para
lepasan mahasiswa dari mana mana institusi pendidikan islamiah amat diharapkan mampu menggarap
dan mencetuskan revolusi pemikiran yang kreatif dalam persaingan karier global, politik dan
sebagainya.Justeru mereka sangat diproiritikan baik daripada segi akhlak, pemikiran dan sudah pastinya
dinilai dari sudut pergaulan antara jantina.Dalam pada itu perhubungan antara ar-rijal dan an-nisa
pastinya telah lama diperdebatkan khususnya mereka yang terlibat secara rasmi dalam soal
percintaan.Banyak isu dan polemik yang ditimbulkan dan diperdebatkan samada secara aqli dan
naqli.Juga telah dihujahkan secara zahir dalam program-program dan perbualan secara tidak
rasmi.Namun yang pasti tidak ada jawapan atau nas sahih yang memutuskan soal cinta secara naratorinya.

Cinta selalu dedifinisikan sebagai suatu analisa perasaan yang akhirnya kecundang pada kelalaian dan
keruntuhan. Jikalau dikaji turasan ideologi ini, kita banyak menemukan betapa pentingnya konsep
mahabbah sesama manusia hinggakan di dalam Al Quran kitabul Karim ada menyokong tentang
kehidupan yang berpasangan menjadi paksi hidup di atas bumi Allah. Secara kronikalis idea ini
menyatakan transkripsi hebat dan megah bagi usaha usaha untuk menerangkan marhalah fikiran tentang
cinta .Cinta bukanlah diktator sosialisma tetapi cinta adalah suatu medium paling asas bagi setiap jasad
untuk mendekatkan diri kepada Allah. Diasimilasikan kepada suatu gerbang baru mengikut kondisi
mahasiswa dan graduan, cinta menjadi aplikasi pelajaran yang efisyen sebagai suatu method untuk
menguatkan ummah dan kredibiliti pembelajaran.

Atas dasar tanggungjawab sebagai komuniti muslim, By Heart Clan atau BHC Brotherz mengambil
insiatif untuk membawa warga insaniah semua untuk menerobos dan merungkai persoalan cinta ini
melalui pelaksanaan Konserto Islami : Hijrah Satu Cinta . Persembahan yang bakal dibarisi artis-artis
berkonsepkan ketuhanan ini turut diiringi oleh pemuzik latar professional dan kumpulan-kumpulan nasyid
underground yang membawakan dimensi hiburan islami yang berbeza. Konsert kali ini menerusi tema
kembara satu cinta akan menggabungkan elemen tiga cinta iaitu cinta sesama manusia,cinta kemanusiaan
dan cinta kepada Allah akan membawakan suatu anjakan paradigma terhadap isu cinta yang sering
ditafsir dengan pelbagai tanggapan samaada negatif mahupun positif.

Dengan itu, adalah diharap usaha ini akan memberikan suatu impak yang besar dalam pemikiran insan
agar dapat memahami cinta yang dituntut oleh agama.Demi Allah, Tuhan Maha Pemberi Cinta, diharap
agar pengurusan Masjid Bandar Baru Rinching Semenyih menyokong usaha murni ini agar kebaikkan
dan keredhaanNya dapat sama kita syukuri.Semoga Allah bersama dengan orang-orang yang berusaha
kearah kebaikan.Sesungguhnya di akhirat kelak Allah tidak akan menilai apa yang kita perolehi tetapi
Allah akan menilai usaha kita untuk kebaikan manusia sejagat. Wallahu alam.

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 2


2.OBJEKTIF

Wadah cinta sesama manusia yang diindoktrinasikan ke dalam konserto mengajak seluruh
ummah untuk memprioritikan tentang halal haram perhubungan antara jantina.

Isu cinta kemanusiaan menuntut setiap hati dan jasad agar sentiasa peka dengan isu global
Palestin, Gaza serta krisis Islamiah dunia dan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka
bumi ini.

Manakala prospek cinta ketuhanan membawa kepada konklusi iaitu setiap cinta yang
diamanahkan kepada manusia asasnya adalah kerana Allah. Hanya amalan yang dinawaitukan
kerana Allah sahaja akan membawa kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Menyediakan hiburan alternatif kepada masyarakat sekitar Masjid Bandar Baru Rinching
Selangor selari dengan tuntutan fitrah manusia dan Syariah Islamiah.

Mengaplikasikan Biah Solehah dalam Konserto Islami sekaligus memetakan wardat wardat
konsultasi Islamiah di dalam urbanisasi modenillium.

3.TEMA KONSERT

KONSERTO ISLAMI Hijrah Satu Cinta

4.TARIKH CADANGAN

Bergantung kepada pihak pengurusan Masjid

5.MASA

Bermula pada jam 8.30 Malam sehingga jam 11.30 Malam.

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 3


6.TEMPAT

Perkarangan Masjid Bandar Baru Rinching,Semenyih,Selangor.

7.KONSEP & PENGISIAN KONSERT

Konserto Islami : Hijrah Satu Cinta kali ini kali ini mengambil tema sempena kalendar hijrah
1432.Konserto yang berkonsepkan dakwah urban kali ini mengajak seluruh penonton untuk memahami
erti cinta disebalik kekalutan masyarakat dunia menafsirkan erti cinta sebenar. Dibarisi oleh barisan artis
yang berkonsepkan ketuhanan yang mantap selain persembahan akan turut diiringi oleh pemuzik
professional yang pernah terlibat secara langsung dalam Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara
Lagu TV3 untuk menghidupkan lagi suasana. Konserto Islami : Hijrah Satu Cinta akan diisi dengan
persoalan dan pecahan tentang pengertian cinta. Bermula dengan cinta manusiawi, seterusnya kepada
cinta persaudaraan dan akhir sekali cinta mengikut tuntutan sunatullah. Setiap kesinambungan akan
dimeriahkan dengan slot teater, pentomin, tazkirah dan alunan petikan ayat Al- Quran tentang huraian
cinta yang pastinya akan membuai perasaan penonton. Persembahan multimedia serta kesan bunyi khas
mampu memukau serta memberikan kesan yang mendalam kepada mereka yang menyaksikan konserto
ini .Sememangnya konsert kali ini pastinya dinantikan kerana sememangnya pengarah dan krew konserto
akan berusaha semampu mungkin untuk menghidangkan santapan rohani dan ilmiah dalam bentuk
hiburan insani. Diharap dengan keizinan-Nya manfaat daripada konsert ini akan dirasai oleh setiap yang
hadir.

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 4


SENARAI NAMA PELAKSANA KONSERT

Ketua Pengarah i :

Ketua Pengarah ii :

Ketua Pementasan & Persembahan :

Ketua Keselamatan

Ketua Pengiklanan & Multimedia

Ketua Publisiti

Ketua Teknikal

Ketua Unit Jamuan

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 5


PERINCIAN BAJET UNTUK KONSERT

BAJET SEWAAN SISTEM AUDIO DAN LAMPU

CONSOLE MIXER
1. Yamaha PM5D Digital Audio Mixer
2. 48 ch mono input 1 Unit
(built In effect and equalizer)

DRIVE RACK
1. NX 241 Nexo Controller 2 Unit
2. Ashly EQ Graphic GQX 3102 Stereo 1 Unit
3. DBX Compressor Limiter 1 Unit
SPEAKER REINFORCEMENT
1. Nexo M3
2. Nexo B1-15 6 Cabinets
3. Nexo S2
4. Camco V6 Power Amplifier 2 Racks
MONITOR WEDGES
1. Nexo PS 15 6 Units
2. Crest Audio Power Amplifier 2 Racks
MULTIMEDIA PLAYER
1. Pioneer CMX 3000 Twin CD Player 1 Units
WIRELESS MICHROPHONE
1. Handheld UHF Shure U24D 6 Units
2. Receiver UHF Shure U24D 3 Units
MICROPHONES
1. Shure SM58 8 Units
2. Shure SM57 8 Units
3. Microphone Stand 1 Lot
CABLING
1. Microphone Cable 1 Lots
2. Jumper Cable 1 Lots
3. Max Professional Snake Cable 100m 24ch + 4 return 2 Units
4. 60 Amp 3ph cable 50 meter c/w DB box 1 Unit
5. Aviom Digital Linkage 1 Unit
CONSOLE
1. Avolite Pearl 2000 1 Unit
GENERIC LIGHT
1. Par Can 64 100w VNSP/NSP/MFL (6 way/bar) 24 Cans
2. Lite-Puter DMX Dimmer DX 1220 1 Lot
3. High End Heavy Duty Smoke Machine c/w fan 1 Units
4. Lee Filter 1 Lot
5. Lighting Stand 2 Units
6. Followspot 1.2 k 1 Unit

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 6


AUTOMATED LIGHT
1. SGM Giotto Spot 1200w Automated Profile Moving Head 8 Units
-Intensity, Colour, Frost, Wash, 360 Moving Head
2. Avolites DMX Booster 1 in 6 out 1 Unit
CABLING
1. Lighting Cable Connector (Socapex) 1 Lot
2. Belden DMX cable signal 1 Lot
3. 400 Amp 3 Phase 100 meter c/w DB box 1 Unit
4. 300 Amp 3 Phase Sub-DB box 1 Unit
5. 200 Amp 3 Phase power jumper cable 3 Set
JUMLAH KESELURUHAN : RM 25,000.00

BAJET DEKORASI PENTAS,PUBLISITI & PROMO KONSERT

BACKDROP
1. Hiasan pentas utama Pusat Konvensyen KUIS RM 10,000.00
PUBLISITI
1. Banner (20) 20 x
Poster (100) RM 100.00 =RM 2000
Bunting (50)
100 x
Flyers (1000) RM 2.00
Tag (100) =RM200.00

50 x
RM 50.00
( Kawasan dalam & luar kampus,Sekolah & IPT sekitar.) =RM2500.00

1000 x
RM 1.50
=RM1500.00

100 x
RM 1.50
= RM 150.00
2. Iklan radio & temubual LIVE PROMO FROM KONTI Iklan setiap hari
(nasyid.fm , ikim.fm) (2 minggu sebelum
konsert, temubual secara
live untuk promo konsert
bersama artis terlibat
disamping dapat
mempromosikan KUIS)
=RM 3000.00
3. Iklan suratkhabar Iklan 2 minggu sebelum
(kosmo,metro,harakah,sinar) Konsert
=RM 2500.00
4. Minyak & Tol (untuk promosi ke IPTA/IPTS terdekat) RM 200.00
5. Jemputan media untuk hadir membuat liputan Konsert. RM 1000.00
-karangkraf (Meliputi Kos buat

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 7


-melodi panggilan
-gua.com jemputan,minyak,tol
-murai dll.)
-astro
-munsyeed
-B9 (nasyeed cafe)
-By Heart Clanz
-Nasyeed.Com

JUMLAH KESELURUHAN :RM 23050.00

BAJET SANTAPAN

JUMAAT & SABTU (Sebelum & Ketika Hari Konsert)


1. Air Mineral 1 Kotak (24 Botol Kecil)
=
RM 9.00 X 7 Kotak =
RM 63.00
2. Makan Tengah hari Krew Konsert 10 0rang +
Krew Pementasan 20 =
30 Orang x RM 6.00 =
RM 180.00
3. Jamuan V.I.P 20 Krew + 32 Artis + 8
Pemuzik Latar + 7 V.I.P
+ 5 Media Jemputan =
80 Orang x RM 16.00 =
RM 1280

JUMLAH KESELURUHAN : RM 1523.00

BAJET KAMERA

RAKAMAN UNTUK TAYANGAN SLIDE


1. Kamera MACP (3 Kamera Video khas untuk Konsert) 3 X RM 1000.00
= RM 3000.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 3000.00

JUMLAH TOTAL BAJET UNTUK KONSERT : RM 52,573.00

P/S : Bajet ini merupakan bajet lengkap untuk sebuah konsert,tetapi pihak komuniti BHC masih bersedia
melaksanakan konsert berdasarkan bajet subjektif pihak penganjur.

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 8


8. PENUTUP

Memetik Sabda baginda Rasulullah S.A.W yang berbunyi ;

Allah S.W.T akan mengutuskan malaikat-malaikat untuk menaungi sayapnya ke atas orang-
orang yang selagi mana berada di dalam majlis ilmu sambil membesarkan Asma Allah dengan
kalimah-kalimah mulia

Diharapkan program seumpama ini mampu untuk dijadikan sebagai platform dawah bagi mengajak
umat Islam seluruhnya agar kembali menghayati ajaran Islamiah yang sebenarnya. Krew Konserto
mengharapkan agar penonton dapat memahami apa sebenarnya skop cinta yang sebenar. Berlandaskan
syarak dan mengambil kira arus modenisasi, cinta adalah titik mula kepada segala pemfokusan . Di alam
siber kini, jika cinta terbias pada anasir luar, hal ini akan membuatkan perit dan jerih dalam perjuangan
apatah siswa siswi kini bijak mengaturcara rencana gerakan dakwah millennium.Bila cinta dapat
dilaraskan dengan method hiburan Islamiah, Insyaallah, kita boleh membedakan betapa pentingnya
konserto Islami kali ini. Dengan mengambil kira proses tuaian budi dan kerjasama pengurusan dan
operasi, konsert ini bakal memberi impak dan gempak semesta sketsa pementasan anugerah siswa siswi
bakal melalui jalan jalan utuh untuk terus mewarisi keunggulan dakwah Islamiah sekaligus menjadi
agen promosi yang hebat untuk Masjid Bandar Baru Rinching. Semoga usaha ini menempa keredhaan
Allah dan kita sebagai khalifah bertanggungjawab untuk menjana stimulasi dakwah agar terus
berkembang sejajar dengan jalur jalur hiburan Islamiah kini.

KONSERTO ISLAMI : Hijrah Satu Cinta | 9

You might also like