You are on page 1of 4

PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN

Pendahuluan boleh dipisahkan dalam bentuk ayat seperti berikut:

Ayat Pertama : Isu/Tema

Ayat Kedua: Huraian (sebab)

Ayat Ketiga: Contoh

Ayat Keempat: Kesan

Ayat Kelima: Kehendak Soalan

Kepentingan Barangan Buatan Malaysia

Contoh Perenggan Pendahuluan 1:

Dalam meneliti arus pascakemerdekaan ini, kemunculan produk buatan Malaysia yang ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan memberikan kebanggaan dalam diri rakyat Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana kemunculan produk-produk tempatan ini menggambarkan kreativiti dan
kesungguhan rakyat tempatan untuk menghasilkan produk yang dapat digunakan oleh bangsanya
sendiri. Sebagai contoh, barangan tempatan seperti kereta jenama Proton dan Perodua.
Kemunculan produk buatan Malaysia ini juga membuka mata banyak pihak bahawa barangan
Malaysia mampu bersaing dengan jenama terkenal di persada antarabangsa. Oleh itu, kita perlulah
menyedari kepentingan barangan buatan Malaysia.

Contoh Perenggan Pendahuluan 2:

Hujan emas di negara orang, hujan batu di nagara sendiri, ungkapan tersebut telah menunjukkan
segelintir rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap kebolehan rakyat Malaysia
menghasilkan produk-produk berkualiti. Mereka lebih gemar menghabiskan ribuan ringgit untuk
membeli barangan buatan luar negara yang diyakini dari segi kualitinya. Sebagai contoh, kebanyakan
daripada mereka berminat menggunakan telefon pintar berjenama dari luar negara seperti
samsung, apple dan oppo Masalah ini perlu ditangani dengan cepat sebelum kudis menjadi tokok
sekali gus memberi impak kepada perkembangan ekonomi negara kita. Justeru itu, rakyat Malaysia
perlulah menyedari kepentingan barangan buatan Malaysia.

Contoh Perenggan Pendahuluan 3:

Malaysia merupakan salah satu negara Asia Tenggara yang semakin berkembang pesat dalam bidang
ekonomi terutamanya pengeluaran barangan buatan Malaysia. Pihak kerajaan memerah idea untuk
meletakkan jenama Malaysia di atas agar dapat mengubah pandangan rakyat yang mengatakan
bahawa barangan buatan Malaysia tidak setanding dengan cita rasa mereka. Perkara ini tidak
sewajarnya berlaku kerana kita sebagai rakyat Malaysia harus menyokong tindakan ini. Kesannya,
perkara ini dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan baik kerana mendapat galakan daripada
rakyat. Lantaran ini, barangan buatan Malaysia haruslah diperkenalkan kepada negara-negara lain
agar membeli dan menyokong produk Malaysia.

Amalan Gaya Hidup Sihat

Ribuan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup yang sihat sejak kecil lagi. Ribuan rakyat
Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan perokok tegar kerana kekurangan
kesedaran kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan mereka. Misalnya,
sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan makan secara berlebihan dan
menggemari makanan yang mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Hal ini telah
mengakibatkan kebanyakan daripada mereka mempunyai kadar kolesterol dan lemak yang tinggi
dalam darah serta tubuh mereka. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam
kehidupan mereka.

Ayat 1:

Ayat 2:

Ayat 3:

Ayat 4:
Ayat 5:

LATIHAN

Peranan Remaja Mengisi Kemerdekaan Negara

Ayat 1: Isu

Ayat 2:

Ayat 3:

Ayat 4:
Ayat 5:

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan
peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu, iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan
Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada rakyat Tanah Melayu. Sebelum
itu, Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa asing kerana kuasa asing ingin memonopoli ekonomi
Tanah Melayu. Misalnya, perlombongan bijih timah yang dapat memberi keuntungan dan kekayaan
kepada kuasa British. Penjajahan British telah mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi telah
diwujudkan di Tanah Melayu. Bagi mengelakkan penjajahan kuasa asing di dalam negara kita, rakyat
Malaysia terutamanya golongan remaja berperanan untuk mengisi kemerdekaan negara kita.

You might also like