You are on page 1of 5

ABSTRAK

Kajian ini adalah dijalankan untuk melihat amalan peraturan keselamatan dan organisasi
bengkel di kalangan murid tahun 4 dan tahun 5semasa berada di dalam bengkel Kemahiran
Hidup.Aspek yang ditekankan di sini ialah sikap yang dipamerkan oleh murid dalam
mengamalkan peraturan keselamatan dan organisasi bengkel semasa bekerja di dalam bengkel
Kemahiran Hidup,amalan peraturan keselamatan yang diamalkan oleh murid semasa dan selepas
mengendalikan alatan tangan,amalan keselamatan diri yang diamalkan oleh murid semasa berada
di dalam bengkel Kemahiran Hidup,pengurusan barang rosakdan hilang serta pertolongan
kecemasan semasa di dalam bengkel Kemahiran Hidup,dan amalan organisasi bengkel.Seramai
71 orang kumpulan sasaran diambil untuk terlibat di dalam kajianini iaitu 33 orang murid di
tahun 5 dan seramai 36 orang murid di tahun 4.Instrumen yang telah digunakan ialah soal-selidik
yang menggunakan skala Likert.Data yang diperolehi dari kumpulan sasaran dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 16.Secara kesuluruhannya amalan peraturan keselamatan dan
organisasi bengkel di kalangan murid tahun 4 dan 5 adalah tinggi.Bagaimanapun masih terdapat
sebilangan murid yang kurang setuju dan tidak setuju kepada peraturan dan keselamatan
organisasi bengkel.Terdapat beberapa cadangan dikemukakan oleh penyelidik sebagai banduan
pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.Hasil dapatan ini diharap dapat menjadi
rujukan kepada semua pihak.
PENDAHULUAN

Pengenalan

Sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-6 dan Ke-7telah disediakan
dengan bilik-bilik dan bengkel-bengkel mengikut keperluan mata pelajaran Kemahiran
HidupKerajaan telah membelanjakan sebanyak RM60.3 juta untuk menyediakan bengkel
Kemahiran Hidup ini,Kerajaan Malaysia (1991).Peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan
ini menunjukkan usaha kerajaan dalam memperbaiki kemudahan bengkel Kemahiran Hidup di
sekolah.Bengkel Kemahiran Hidup merupakan tempat untuk guru menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran(P&P)kepada murid serta melakukan kerja amali dan menjalankan
aktiviti.Maka,bengkel Kemahiran Hidup perlu diuruskan dengan baik dan cekap,ini telah
disokong oleh satu kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum(2005)
yang menyatakan 96.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselanggara dengan kemas
dan tersusun.

Bengkel juga merupakan tempat yang mempunyai risiko bahaya yang tinggi.Bahaya ini
boleh menyebabkan kecederaan,penyakit,gangguan kesihatan,keresahan,kemalangan malahan
kematian.Menurut Colling(1990),kemalangan adalah peristiwa tidak terancang atau
dikawal,yang disebabkan ole factor manusia,factor keadaan atau persekitaraana;ataupun
kombinasi mana-mana factor.Ia akan menggangu proses kerja:mungkin menyebabkan
kecederaan,kesakitan,kematian,kerosakan harta benda ataupun peristiwa lain yang tidak
dikendaki.Malang tidak berbau,melihat dari pepatah melayu ini,maka dapat disimpulkan
bahawa kemalangan di bengkel juaga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
PENDAHULUAN

Pengenalan

Jika disebut mata pelajaran Sains,pastinya makmal sains akan berada di kotak fikiran
manakala padang pula menjadi cukup sinonim bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.Begitu juga dengan Kemahiran Hidup yang digelar sebagai matapelajaran bengkel
kerana ianya sering menjadi tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran tersebut.Bengkel ini adalah salah satu infrastruktur yang dibangunkan sebagai
pelengkap proses pengajaran dan pembelajaran(Open University Malaysia dalam sanyut
2004).Penggunaan bengkel ini juaga amatlah penting apabila memerlukan para murid untuk
menjalankan kerja-kerja amali.

Pelik tetapi benaritulah ungkapan pertama yang terungkap di bibir saya apabila
mengenangkan sikap murid-murid yang kurang berminat untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajarn di bengkel.Keluhan demi keluhansaya dengari apabila saya mula berdiri di muka
pintu bilik darjah untuk mengarahkan mereka untuk beratur di luar bilik darjah dan mula
bergerak ke bengkel.Kadang kala terdengar juga kata-kata yang menunjukkan mereka kurang
gemar atau berminat untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bengkel
sepertimalaslah cikgu pergi bengkelbelajar kat kelas je lah cikgu yang mana benar-benar
membuatkan saya mati akal memikirkan sebabnya.Ini benar-benar mendorong saya mencari
sebab mengapa murid-murid bersikap demikian kerana saya tidak boleh menyalahkan murid-
murid seratus-peratus kerana sikap malas mereka tersebut mungkin ada sebab lain yang
mendorong kejadian ini berlaku.

Satu soal jawab ringkas dijalankan untuk mengesan punca dan akibat murid-murid tidak
berminat untuk ke bengkel.Pada mulanya saya meminta murid-murid yang tidak berminat
menjalankan sesi pembelajaran di bengkel untuk mengangkat tangan bagi mendapatkan bilangan
yang sahih.Nyata hampir separuh daripada bilangan murid-murid tersebut mengangkat
tangan.Lalu,saya mengemukakan soalan kepada murid-murid yang tidak berminat untuk
mendapatkan makluman sebab-sebab kejadian ini berlaku.Soalan rawak yang ditanyakan
ialah:Kenapa kamu tidak mahu belajar dalam bengkel ini?,Apa yang tidak kena dengan
bengkel ini?Antara hasil jawapan murid-murid yang dinyatakan ialah.panaslah belajar dekat
bengkel cikgu..meja bengkel ini banyak lubang susah kami nak tulisbengkel ini semua putih
je,dinding putih,papan kenyataan pun warna putihnanti amali mesti ada bergaduh berebut alat
cikguSaya seterusnya menerangkan akan kepentingan untuk jalankan pembelajaran di bengkel
lebih-lebih lagi apabila memerlukan kerja berkumpulan kerana meja di bengkel amat sesuai
untuk kerja berkumpulan.Di samping itu,mata pelajaran ini banyak memerlukan kerja amali yang
mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan dan bahan.Jadi di sini saya dapat mengesan
faktor-faktor yang menyebabkan masalah murid-murid tidak berminat untuk beajar di bengkel.
Bagi memastikan apa yang diperkatakan itu benar,saya menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di bengkel di mana sesi amali akan diadakan untuk menghasilkan projek kayu.Bagi
projek ini penggunaan alatan seperti tukul dan ragum kakak tua diperlukan dan nyata bilangan
alatan yang tidak mencukupi untuk semua murid-murid.Sebelum sesi amali ini diadakan saya
sudah sedia memaklumkan kepada murid-murid untuk berkongsi dan menggunakan alatan ini
secara bergilir-gilir.Namun nyata apa yang dikatakan oleh murid-murid itu ialah benar di mana
muncul pergaduhan kecil antara murid-murid disebabkan alatan tersebut.Hal ini telah disoong
oleh Mok(2003) yang menyatakan bahawa salah satu faktor penyebab tingkah laku yang
bermasalah dalam bilik darjah adalah pengendalian pengurusan peralatan dan bahan yang kurang
kondusif.

Nyata penyataan murid-murid itu disokong kuat apabila saya merasakan bahang panas
semasa melakukan tinjauan ke bengkel tersebut.Apa yang lebih mengejutkan saya lagi ialah
bengkel itu sangat gelap dan kelihatan masih lagi gelap dan berbayang apabila lampu
dibuka.Meja-meja didalam bengkel juga dalam keadaan yang berlubang dan tidak
teratur.Permukaan mejanya juga sangat kotor dengan contengan dan gam yang telah
kering.Papan kenyataan dan dinding bengkel hampir tidak dapat dibezakan kerana kelihatan
putih dan tidak ditampal dengan maklumat tambahan untuk murid.Keadaan ini sudah cukup
mengecewakan saya.Saya berasa seolah-olah berada di sebuah bilik yang tidak siap dibina dan
ditinggalkan pada tempoh yang agak lama.Apa yang membimbangkan saya lagi apabila saya
membawa murid-murid ke bengkel ialah akan berebut untuk mendududki meja yang lebih baik
keadaannya,ini kerana meja-meja yang berlubang di bengkel yang menyebabkan menyukarkan
mereka untuk menulis.Hasilnya,murid-murid malas menyalin serta lambat menulis nota yang
diberikan.Hal lain pula adalah melibatkan pencahayaan dan pengudaraan di bengkel.Murid-
murid yang menjalankan sesi pembelajaran pada waktu tengah hari sering mengadu berasa silau
atau panas dan enggan menjalankan pembelajaran di bengkel.Punca masalah dikenalpasti kerana
suasana bengkel yang dicat putih serta papan kenyataan yang ditampal dengan kertas mahjung
berwarna putih dan tingkap juga tidak berlangsir yang mengakibatkan cahaya matahari masuk
terus ke kawasan bengkel.Ini bukan sahaja membuatkan murid-murid berasa tidak selesa malah
boleh membahayakan kesihatan serta penglihatan mereka.

Sehubungan dengan permasalahan yang berlaku ini,saya membuat keputusan untuk


melaksanakan kajian dengan bersungguh-sungguh bagi menjalankan kajian ini.Ini adalah untuk
memperbaiki kelemahn yang ada serta mempertingkatkan pembelajaran serta motivasi anak-anak
didik saya.Sebagai langkah permulaan,satu temu bual untuk mendapatkan kehendak atau
keinginan murid-murid itu sendiri mengenai bengkel yang mereka inginkan telah dijalankan
untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan untuk mengatasi masalah murid-murid tidak
bermotivasi untuk melangsungkan sesi pembelajaraan di bengkel tersebut.
Sepanjang kajian ini dijalankan saya dapat melihat akan keutamaan yang sering kita abaikan
iaitu untuk mendengar suara hati anak-anak kecil yang menjadi tanggungjawab kita untuk
mendididk mereka.Pendapat serta kata-kata mereka umpama kata-kata kosong yang tidak
berfaedah.Namun disebalik kata-kata itu terselit kebenaran yang ingin dikongsikan dan ingin
dititikberatkan oleh kita.Denagn ini,pentingnya kajian tindakan ini iaitu untuk mengeluarkan
guru dari pemikiran serta amalan-amalan yang diamalkan seterusnya meningkatkan mutu serta
kualiti kita sebagai seorang guru.

You might also like