You are on page 1of 8

SENARAI SEMAK KANDUNGAN TESIS

PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Bil Perkara Status Muka Catatan


(Y/T) surat
Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah kajian secara
1 keseluruhan

Membincangkan beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang disokong


2 oleh rujukan

Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian


3
Menjuruskan kepada satu sub-idea dari beberapa sub-idea masalah kajian di
atas yang disokong oleh 2-3 rujukan yang menjadi landmark kepada topic
4
kajian.

**Bergantung pada bidang, fakulti dan preference penyelia, ada yang menggunakan Pendahuluan diikuti dengan
Pengenalan dan Latarbelakang kajian.

1.2 Pernyataan masalah

Status Muka
Bil Perkara Catatan
(Y/T) surat
Mengenalkan latarbelakang topic secara umum dan mengenalkan topik kajian
1
dengan huraian ringkas
Membuktikan kewujudan masalah kajian (dengan data/jadual jika ada)
2 berdasarkan rujukan-rujukan yang sah samada buku, jurnal, artikel,
prosiding, laporan-laporan dan sumber-sumber lain
Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha penyelesaian yang telah
3 diambil dari aspek program / aktiviti / dasar / cadangan / resolusi dll yang
telah dijalankan
Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas (tajuk-tajuk) yang
berkaitan/hampiir sama dalam bidang kajian yang dikaji dengan
mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan kajian
4 meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji dalam kajian-
kajian tersebut (membanding beza aspek-aspek seperti konsep,
elemen-elemen, pembolehubah, dan metodologi kajian seperti
sampel, instrumen dan prosedur)
Berdasarkan maklumat dalam 3 dan 4, mengenengahkan jurang (gap) yang
wujud antara penyelesaian yang telah dibuat dan penyelesaian yang belum
5 diambil tindakan. Perbincangan perlu merujuk kepada aspek-aspek kajian
yang berkaitan dengan masalah kajian yang telah dijalankan dan belum
dijalankan
Berdasarkan jurang (gap) di atas, jadikan rasional/keperluan
6
menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih
Menyatakan framework atau arah tuju kajian dalam bentuk hasilan/dapatan
7 yang hendak dicapai dan manafaatnya kepada pihak-pihak tertentu

*rujuk Creswell (2005) dan Schumacher (2000)

1
1.3 Tujuan kajian

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menghuraikan secara am arah tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian
dengan menggunakan tajuk kajian sebagai asas dimana setiap konstruk dan
konsep-konsep yang mendokonginya (pembolehubah-pembolehubah dalam
objektif kajian) dihuraikan secara ringkas maksudnya.

1.4 Objektif kajian

Status Muka
Bil Perkara Catatan
(Y/T) surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk survei, pastikan setiap ayat objektif
kajian mempunyai unsur jenis dan nilai hubungan yang hendak dikenalpasti,
pembolehubah--pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar) yang hendak
diukur dan sampel yang akan digunakan.

Formula: Hubungan +V1.V2.V3.+ Sampel


Hubungan= tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, factor-faktor, kesan interaksi
Contoh:
hubungkaitan/korelasi antara pembolehubah yang hendak dikaji
(Correlation r)
pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi square, multiple
regression)
perbezaan antara pembolehubah (t-test, Anova, Ancova, Mancova,
Factorial Design)
tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif-mean, peratus,
kekerapan etc)

Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk experimental, pastikan ada


pengukuran pencapaian bagi kumpulan kawalan dan experimental, kemudian baru
mengenalpasti pencapaian tersebut dengan faktor-faktor lain (pembolehubah).

Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk penilaian dan kajian keperluan


(Gap Study), pastikan objektifnya ditulis mengikut langkah dalam model penilaian
tersebut, barulah digabungkan dengan cara menulis objektif kajian untuk
rekabentuk survei.

Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk pembangunan


modul/program/software dll, pastikan objektifnya mengikut langkah dalam
model pembangunan rekabentuk instruksi (ID), dan model pembelajaran tertentu,
model permainan dll. Kemudian digabungjalinkan dengan objektif kajian rekabentuk
survei atau experimental yang dipiih untuk menilai produk pembangunan.

Bagi penyelidikan kaedah gabungan, pastikan objektif kajiannya bermula dengan


samada kaedah kuantitatif atau kualitatif dulu yang dipilih penyelidik. Biasanya, jika
hendak membina instrumen tertentu, kaedah kualitatif dipilih dahulu untuk
membina dimensi-dimensi dalam konstruk yang kemudiannya dibangunkan
instrumen untuk menjalankan kajian kuantitatif.

Bagi penyelidikan Tindakan, pastikan objektif kajian ditulis mengikut langkah-


langkah dalam model kajian tindakan dan digabungkan dengan objektif kajian
rekabentuk survei/rekabentuk kualitatif/ujian pencapaian tertentu.

2 Bagi penyelidikan kualitatif semua rekabentuk (kajian ethnografi, kajian


grounded theory dan naratif), pastikan ayat objektif kajian menggambarkan
penerokaan kearah memahami

a. bagaimana sesuatu konstruk itu dikonsepsikan/diterjemahkan, atau


b. bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu dilakukan, atau
c. Bagaimana (konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategi-

2
strategi) yang terkandung dalam sesuatu konstruk itu
berinteraksi/berkait.
d. apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll) yang akan
diketengahkan hasilan daripada dapatan-dapatan di atas.

3 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang


mendokongi konstruk dalam tajuk kajian.
4 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang
mendokongi konstruk dalam tajuk kajian juga selari dengan komponen-
komponen yang digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual
kajian/kerangka teoritikal kajian)

Sila lihat lampiran contoh bentuk menulis objektif kajian bagi setiap rekabentuk kajian.

1.5 Persoalan kajian

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya dan jika perlu
dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian yang lebih terperinci/kecil
mengikut jumlah pemboheubah dan hubungan antara pembolehubah yang hendak
dicari.

1.5.1 Hipotesis kajian

Hypothesis adalah apa yang dijangkakan akan berlaku

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menunjukkan pernyataannya berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian
yang telah disenaraikan sebelum itu.
2 Memastikan pernyataannya dalah ayat hipotesis nol.
3 Ada objektif kajian yang tidak perlukan hypothesis, hanya persoalan kajian.
Contohnya, objektif kajian kualitatif dan objektif kajian kuantitatif yang tidak
melibatkan statistik parametrik/inference

1.6 Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubungkaitan antara komponen-
komponen dalam satu model/kerangka teori adalah betul.

2 Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam model/kerangka teori yang


digambarkan dan hubungannya antara satu sama lain dengan berdasarkan
bagaimana pembina/penyaran kerangka teori/model membangunkannya.

3 Bagi kerangka konseptual kajian (satu model atau gabungan 2-3 model
kemudian diadaptasi), jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan yang dirujuk sebagai
jambatan atau bridge yang digunakan sebagai asas menggabungkannya dan
jelaskan bagaimana kerangka ini sesuai sebagai dasar untuk menerangkan
hubungan antara konstruk/pembolehubah dan akan membantu menjawab
persoalan-persoalan kajian.

4 Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk secara mendalam
oleh penyaran dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah disenaraikan
5 Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan rasional
kepada pemilihan kerangka konseptual/teoritikal kajian dalam konteks
kesesuaiannya menjawab persoalan kajian

6 Pastikan ada KESELARIAN DAN KESELARASAN (setiap komponen dalam

3
kerangka konseptual/teoritikal kajian dan anak panahnya) dengan (setiap
konstruk/pembolehubah dan hubungannya diantaranya) dengan (setiap
faktor/isu yang dibincangkan dalam pernyataan masalah kajian)

**Perkataan kerangka kajian salah digunakan dalam konteks ini (bab 1) tetapi hanya sesuai digunakan dalam bab 3
kerana ia bermaksud carta aliran prosedur kajian.

1.7 Kepentingan kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menunjukkan bagaimana kepentingannya akan menyumbang kepada kajian
dalam bidang yang sama dari aspek:
a. Pembolehubah-pembolehubah baru yang akan dikaji atau gabungan
lama dengan baru.
b. Metodologi kajian lain digunakan.
c. Sampel kajian lain digunakan.
d. Hasilan baru yang disasarkan
e. Perspektif/sudut/fokus baru/lain yang digunakan.

1.8 Batasan kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menyatakan had kajian dari aspek metodologi kajian seperti sampel yang
dipilih, instrumen yang dilaksanakan dan prosedur kajian yang dijalankan.
2 Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari aspek
ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian (sampel yang dipilih).
3 Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian daripada
bidang yang lebih besar

1.9 Definisi Operasional/Definisi Istilah

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan konstruk/konsep/pembolehubah yang
terkandung dalam objektif kajian diberikan definisi yang operasional (yang boleh
diukur nilainya dalam bentuk skala tertentu) serta berdasarkan rujukan-rujukan
yang sah.

2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep utama/konstruk yang


terkandung dalam objektif kajian diberikan maknanya berdasarkan konsepsi-
konsepsi yang disarankan dalam kajian kepustakaan yang dipilih oleh penyelidik

3 Pastikan definisi yang diberi hanya yang dipakai oleh penyelidik untuk seluruh
tesis dan tidak perlu menyatakan definisi-definisi lain yang juga ada. (Straight
forward)

Bab 2 Tinjauan Kepustakaan

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang akan
dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan keseluruhan.

2 Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat latarbelakang


yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks perbincangan seterusnya.
(Contohnya, tentang sesuatu institusi, sistem dll).

4
3 Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep dalam tajuk
kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

4 Membincangkan topik berkaitan huraian komponen konstruk/konsep dalam


tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

5 Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah dalam semua


objektif kajian yang telah disenaraikan dengan berdasarkan rujukan-rujukan
yang sah. Pastikan setiap konsep dan elemen yang membina maksud
konstruk/pembolehubah telah digali sehingga tepu dari sebanyak mungkin
rujukan.

6 Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka konseptual yang


digunakan dalam bab 1.

7 Membincangkan model-model yang ada selain yang diketengahkan dalam bab


1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan mengapa model yang
dipilih dalam bab 1 paling sesuai.

8 Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian


dan pernyataan masalah dengan Kritis (Contoh, membuat sntesis dan memberi
hujah)
9 Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ilmu yang menjadi asas
kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan sebelumnya

Bab 3 Metodologi kajian

3.1 Pendahuluan

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab ini.

3.2 Rekabentuk kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Membincangkan rekabentuk kajian kuantitatif, kualitatif atau kajian gabungan
(Mixed Method) yang dipilih iaitu:
a)maksud rekabentuk dengan merujuk pelbagai sumber rujukan.
b)bagaimana dan mengapa ia sesuai untuk menjawab objektif /
persoalan/hypothesis kajian

2 Memberikan rasional kepada pemilihan rekabentuk dalam konteks

3.3 Responden/sampel kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Membincangkan rasional pemilihan sampel/responden yang terlibat dalam
memberikan data kepada penyelidik
2 Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara rawak,
sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedurnya
3 Bagi penyelidikan Kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang diambilkira untuk
menentukan saiz sample seperti dari aspek statistical power analysis, subgroup
analysis, attrition, reliability of measures dan jenis penyelidikan (correlational-
min-30, causal/comparative and experimental-min-15, survey-min-100 (major
group) or 20-50 (subgroup) **rujuk Gall and Gall 2003, Cohen, Cochran dan
Krejcie dan Morgan.
Bagi rekabentuk experimental pula, jelaskan kaedah pemilihan kumpulan
kawalan dan experimental supaya sampel homogenous dan meminimumkan

5
bias.
Bagi penyelidikan kualitatif pula, terangkan bagaimana setiap responden dipilih
supaya ada homogeneity disitu. Kebiasaannya, jumlah responden adalah 4-8
untuk kajian kes dan lebih dari 30 untuk kajian grounded theory.

4 Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel/responden dalam konteks


memberikan input/data yang perlu.

3.4 Lokasi kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menerangkan tentang tempat data dikutip (ada kaitan dengan teknik random
sampling dalam rekabentuk tinjauan iaitu beberapa lokasi dipilih sebagai contoh;
selain itu mengapa kawasan yang dipiih relevan dengan permasalahan kajian)
2 Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks menepati objektif
kajian

3.5 Instrumen kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N Surat
1 Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data
2 Jika membangunkan instrumen sendiri:
Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina bagi konstruk-
konstruk yang hendak diukur (content validity) serta senarai rujukan bagi setiap
item yang dibina.
Terangkan proses-proses kesahan dan kebolehpercayaan yang digunakan
seperti face validty, construct validity, items reliability, factor analysis atau test
retest prosedures, dsbnya. Sebelum itu, pastikan anda menyenaraikan rujukan-
rujukan yang digunakan kerana memilih item-item bagi setiap konstruk
(Kesahan dan kebolehpercayaan)

3 Setelah langkah di atas diambil, terangkan proses kajian rintis untuk


memurnikan instrumen dengan melaporkan reliability coefficientnya. (Kesahan
dan kebolehpercayaan)
4 Menerangkan pembaikan item-item instrumen yang dibuat berdasarkan
maklumbalas dari kajian rintis di atas. (Kesahan dan kebolehpercayaan)

5 Jika mengadaptasi instrumen yang sedia ada, jelaskan sumbernya, telah


mendapatkan kebenaran, nyatakan mengapa dan bagaimana adaptasi
dilakukan. Sebagai contoh, jelaskan bagaimana konstruk dan item-item yang
terkandung didalamnya sesuai dengan konstruk-konstruk dalam kajian anda
sendiri. Sebagai contoh, definisi operasionalnya betul dab bias budaya telah
dibersihkan.

6 Jika anda menterjemahkan dalam bahasa lain, terangkan bagaimana anda


mendapatkan pakar bahasa mengesahkan ketepatan terjemahannya.
(Kesahan dan kebolehpercayaan )

7 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan protokol kajian iaitu soalan berstruktur


temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group discussion FGD yang dibina
berdasarkan objektif kajian, rekabentuk kajian, kajian literatur dan model kajian
yang dikemukakan.
Terangkan prosedur kajian rintis yang dijalankan menggunakan protokol yang
baru dibina dan bagaimana penambahbaikan dilakukan.
8 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan elemen yang hendak dibuat pemerhatian
selari dengan item-item dalam soalan berstruktur di atas.
9 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan dianalisis dijelaskan
mengapa ia sesuai untuk ditriangulasikan maklumatnya serta sebutkan
nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis
10 Kesahan dan kebolehpercayaan dibincangkan dengan jelas untuk
mengelakkan kekeliruan. Sebagai contoh, 1) prosedur triangulasi, 2) prosedur

6
semakan peserta, 3) prosedur audit trail/jejak audit, 4) prosedur cohen cappa.

3.6 Tatacara/prosedur pemerolehan data

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N Surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, menerangkan tentang prosedur atau langkah
mengutip data (survei) atau intervensi (experimental) yang dilakukan dari
aspek:
Masa
Pelaksanaan kepada sampel
Tempat/lokasi:

**Bincangkan, kesan hawthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan


perakam video dalam tempat kajian jika relevan (bagi kajian experimental)

2 Bagi penyelidikan kualitatif , jika gunakan kaedah pemerhatian dan temubual


nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian dan temubual,
waktu dan bilangan jumlah jam pemerhatian dan temubual, lokasi dan
bagaimana menjalankannya. Jelaskan bagaimana dokumen akan didapati dari
sumber mana dan kerelevanannya

3.7 Tatacara penganalisisan data

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan skala bagi setiap pembolehubah
yang hendak diukur betul.

2 Menerangkan tentang alat statistik apa yang akan dipakai untuk menganalisis
data bagi setiap objektif/soalan kajian dan mengapa alat statistik tersebut
sesuai.
3 Terangkan jadual kunci penentu tahap kekuatan skor berasaskan skala
pengukuran yang digunakan. (sebagai contoh, kalau ujian-rubriknya, skala
likert-jadual kuncinya)

3 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan pendekatan analisis data yang dipakai


dan bagaimana ia akan dilakukan. Cth: Constant comparative method, inductive
analysis dll
4 Bagi data kualitatif, terangkan bagaimana pengkodan dilakukan, kategori,
tema, proposition, paten dan model dihasilkan.
5 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana reliability dan validity
dipastikan 1) triangulasi, 2) semakan peserta, 3) jejak audit, 4) Cohen Kappa.
6 Untuk memudahkan analisis data kualitatif, sediakan jadual kemungkinan kod,
kategori, tema dan propositions dengan memberikan sumber rujukannya.

Bab 4 Dapatan kajian

Perkara Status Muka


Y/N surat
1 Memastikan setiap objektif kajian dilaporkan dapatan datanya sesuai dengan
alat statistik yang digunakan beserta jadual dan konvensi yang ditetapkan
dalam gaya UKM (tanpa memberi apa ulasan/hanya interpretasi data).
2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan setiap kategori dan tema yang
dihasilkan dalam bentuk jadual. Kemudian dicari temanya dan dicarikan
propositionnya untuk membincangkan dapatan kajian.
Jika ada model yang hendak dikonsepsikan, jelaskan huraiannya dengan
gambar dan membandingkannya dengan model yang dikemukakan dalam bab
1 dari aspek persamaan dan perbezaan atau pertambahan komponen.
3 Bagi penyelidikan kualitatif, dapatan dikemukakan beserta triangulasi dengan
dapatan dari kaedah mengutip data yang lain (contohnya, data interview
ditriangulasikan dengan data pemerhatian, dokumen, informan dll).

7
Bab 5 Perbincangan/Rumusan/Kesimpulan

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Memastikan setiap objektif kajian diulas semula dengan membandingkan
dapatan-dapatan kajian yang lepas yang dinyatakan dalam kajian literatur
samada:
Menyokong/menyanggah/melengkap/memperbaharui
(Berjaya mengaitkan kajian yang telah dilakukan (berdasarkan Bab 2) dengan
dapatan kajian yang dibincangkan)
2 Memastikan semua ulasan menjawab masalah kajian yang diketengahkan
dalam bab 1
3 Memastikan semua ulasan adalah kritis dan berlandaskan kerangka
konseptual/teoritikal kajian dan teori-teori yang telah dikemukakan dalam bab 1
dan 2
4 Menonjolkan kelainan hasilan yang ditemui berdasarkan hasilan-hasilan yang
lepas.

5 Bagi penyelidikan kualitatif, pendekatan mengulas yang sama ditulis dengan


pendekatan penyelidikan kuantitatif serta menjelaskan model yang terhasil dari
datanya
6 Berjaya menunjukkan bahawa kajian dapat menyumbang secara signifikan dalam
bidang yang dikaji
7 Memastikan implikasi kajian tidak umum tetapi berdasarkan dapatan kajian
dalam bab 4. Jika ada implikasi polisi boleh dimuatkan.
8 Memastikan cadangan kajian dalam bentuk praktikal yang berdasarkan
dapatan. Cth: Langkah spesifik mengatasi masalah, pendekatan P & P spesifik
yang boleh dilakukan secara realistik.

Rujukan dan lampiran


Bil Perkara Status Muka Catatan
Y/N surat
1 Pastikan rujukan ditulis dengan betul dan tepat mengikut gaya yang ditentukan
oleh universiti. Cth: Gaya UKM, APA dll
2 Pastikan semua rujukan yang digunakan dalam tesis disenaraikan dalam
ruangan ini.
3 Pastikan semua lampiran dilabelkan dengan betul mengikut mukasurat yang
menyatakan sila rujuk lampiran A sebagai contoh.

Ditulis oleh:
Prof Dr Nor Aishah Buang
Fakulti Pendidikan
UKM

You might also like