You are on page 1of 2

Peranan Ibu Bapa untuk Membentuk Sahsiah yang

Cemerlang dalam Diri Anak


Oleh NORASMA SALLEH
Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari semakin
teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial, seperti vandalisme dan
gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu
yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak.

Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya,
masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal
ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada
masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan
remaja dapat diselesaikan.

Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan memimpin
negara pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara turut musnah. Seyogia ibu
bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu menjadi insan yang mampu memimpin negara
dengan adil dan bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu
bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak.

Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak agar
mereka tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak
seharusnya terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan obligasi mereka. Hal
ini dikatakan demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala sosial mendakwa bahawa
mereka terlibat oleh sebab ibu bapa mereka tidak mengambil peduli mengenai mereka dan tidak
meluangkan masa dengan mereka sebagai akibat sibuk dengan kerja. Perkara tersebut menyebabkan
mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama-sama rakan. Oleh itu, ibu bapa tidak
seharusnya mementingkan harta berbanding dengan anak kerana harta tidak dapat dibawa ke mana-
mana apabila meninggal dunia.

Oleh yang demikian, ibu bapa seyogia meluangkan masa dengan anak agar mereka tidak berasa
terpinggir daripada ibu bapa mereka sendiri yang menyebabkan mereka terjebak dengan perkara yang
negatif. Ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan baiknya kerana anak merupakan aset kepada ibu
bapa di akhirat.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka
melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah sentiasa bertanya
kepada anak mereka tentang tempat yang hendak dituju jika mereka hendak keluar bersama-sama rakan.
Ibu bapa juga seyogia tahu akan kawan anak mereka agar tidak berkawan dengan mereka
yang mampu membawa pengaruh negatif.

Ibu bapa hendaklah mengawasi anak apabila mereka menggunakan alat komunikasi,
seperti telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak anak yang menyalahgunakan
teknologi untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa seharusnya menyediakan payung sebelum hujan agar perkara tersebut tidak berlaku
kepada anak mereka. Ibu bapa seyogia mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai
penggunaan teknologi oleh anak kerana banyak kes yang berlaku melibatkan golongan remaja
perempuan, terutamanya yang ditipu oleh warga asing yang kononnya kacak dan kaya dan
menyebabkan remaja perempuan tersebut sanggup mengambil risiko dengan melarikan diri dari rumah
semata-mata untuk mengikut lelaki warga asing yang tidak dikenali identitinya. Oleh itu, ibu bapa seyogia
mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta memikirkan inisiatif yang berkesan agar perkara
tersebut tidak berlaku kepada anak mereka sendiri.

Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya menjadi entiti mithali kepada anak sejak mereka kecil
lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara yang baik, sudah semestinya
anak turut melakukan perkara yang baik, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh yang
baik kepada anak mereka sejak kecil lagi.

Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, Rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak
dan ibu bapa merupakan profesor pertama bagi mereka. Jelaslah bahawa anak akan mengikuti
tingkah laku ibu bapa ketika mereka masih kecil lagi. Ibu bapa juga hendaklah mengubah tingkah laku jika
mereka hendak mempunyai anak yang berakhlak mulia dan berdisiplin.
ibu bapa memainkan peranan yang paling signifikan dalam membentuk sahsiah anak sejak
mereka kecil lagi. Oleh itu, ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan yang signifikan
dalam kehidupan anak.
Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang mempunyai sahsiah
yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibu bapa seyogia meluangkan masa bersama-sama anak
agar mereka tidak berasa diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga hendaklah mengawal pergerakan anak
agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas
padang pasir agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal
insan terjerumus dalam kancah masalah sosial pada masa ini. Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan
teladan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.
Sharing is Caring

You might also like