You are on page 1of 3

ABSTRAK

Kajian ini menentukan hubungan antara sikap penerimaan, tahap sokongan rakan sejawat, tahap
sokongan pentadbir sekolah, tahap kepuasan dan beban tugas Guru Data Maklumat (GDM)
terhadap pengurusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Kajian tinjauan secara
kuantitatif telah dilaksanakan melibatkan 104 orang GDM dari daerah Gombak, Selangor. Statistik
deskriptif dan inferensi korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan
menunjukkan tahap penerimaan GDM terhadap SPS adalah sederhana. Terdapat hubungan yang
signifikan positif antara faktor sikap penerimaan, tahap sokongan rakan sejawat, tahap sokongan
pentadbir sekolah, tahap kepuasan dalam pengurusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS). Beban tugas juga mempengaruhi kepuasan GDM dalam menggunakan sistem ini.
Bagaimanapun, perbezaan signifikan min hanya wujud antara sikap penerimaan, tahap sokongan
rakan sejawat, tahap sokongan pentadbir sekolah, tahap kepuasan GDM. Perbezaan signifikan min
kepuasan GDM hanya wujud dalam kekerapan beban tugas GDM dalam pelaksanaan SPS. Sikap
penerimaan, tahap sokongan rakan sejawat, tahap sokongan pentadbir sekolah dan tahap kepuasan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan GDM terhadap pengurusan dan
pelaksanaan SPS.

This study aimed to study the relationship between acceptance attitude, support level of colleagues,
school administrators support level, satisfaction level and task load of Data Information Teacher
(GDM) on management and implementation of School Management System (SPS). Quantitative
surveys were conducted involving 104 GDM members from the district of Gombak, Selangor.
Descriptive statistics and Pearson correlation inference are used to analyze data. The findings show
that the acceptance level of GDM against SPS is simple. There was a significant positive
relationship between acceptance attitude, peer support, support level of school administrators,
satisfaction level in management and implementation of School Management System (SPS). Task
load also affects GDM satisfaction in using this system. However, significant mean differences
exist only between acceptance, peer support, support level of school administrators, GDM
satisfaction level. The significant difference in mean GDM satisfaction exists only in the frequency
of GDM task load in the implementation of SPS. The attitude of acceptance, the level of support
of colleagues, the level of school administrators' support and the level of satisfaction plays an
important role in determining GDM satisfaction on the management and implementation of SPS
in schools.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan Budaya Kerjasama Untuk Menyokong Pembangunan
Pendidikan dan Pembelajaran Kajian oleh Jackson, Burrus, Basset, dan Roberts (2010) juga
menekankan tentang kepentingan dan cara untuk membentuk kerjasama. Kajian tersebut
mencadangkan pembelajaran secara berkumpulan untuk mewujudkan budaya kerjasama antara
guru-guru. Richardson (2009), juga menyatakan pembelajaran berkumpulan merujuk kepada
proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan rakan sejawat guru yang bersama-sama
memberi tumpuan kepada isu-isu penting di sekolah dalam mengenal pasti keperluan pelajar.

Sokongan organisasi (Perceived Organizational Support) adalah kepercayaan seseorang dari segi
sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada organisasinya (Eisenberger et
al., 1986). Justeru sokongan organisasi dalam kajian ini membawa maksud, kepercayaan seseorang
guru dari segi sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan iaitu
pengetuanya.
Sokongan Organisasi (Perceived Organizational Support) Perlakuan kepemimpinan supportif dan
kemampuan mewujudkan suasana organisasi yang facilitative boleh dirangkumkan di bawah satu
variabel yang dinamakan Sokongan Organisasi (Perceived Organizational Support, POS).
Menurut Eisenberger, Huntington, Hutchison, dan Sowa (1986: 504) sokongan organisasi adalah
berkaitan dengan individu yang berusaha untuk membentuk kepercayaan bahawa organisasi
menghargai dan prihatin terhadap sumbangan yang diberikan oleh subordinat. Secara spesifiknya,
setiap individu guru akan menilai perlakuan atau layanan yang ditunjukan oleh majikannya iaitu
pengetuanya kepada mereka dan mentafsir motif am yang mendasari sesuatu tindakan atau layanan
yang diterima itu. Malah mengikut Eisenberger et al., (1986) terdapat juga pengurus yang
menggunakan kesedaran POS berdasarkan kesudian subordinat 7 dengan membekalkan mereka
dengan peluang-peluang tambahan atau peralatan yang diperlukan untuk menyudahkan sesuatu
tugasan seperti peluang menghadiri latihan untuk meningkatkan professional mereka (Eisenberger,
Cummings, Armeli, & Lynch, 2004). Subordinat yang mempunyai tahap POS yang tinggi secara
teorinya dikatakan akan mempunyai perasaan yang positif dari segi sikap dan perlakuan terhadap
layanan yang diterima daripada organisasi dan implikasinya akan menguntungkan pihak organisasi
tersebut (Eisenberger et al., 1986). Kajian kajian yang menyokong perspektif pertukaran sosial ini
telah membuktikan bahawa POS mempunyai kesan yang positif terhadap kehadiran untuk bekerja
dan peningkatan prestasi kerja (Fasolo & Davis-LaMastro, 2000), keinginan untuk membantu
teman sekerja (Shore & Wayne, 2003), keinginan untuk terlibat dalam memberi cadangan untuk
penambahbaikan organisasi, dan komitmen afektif organisasi (Eisenberger et al., 1986). Manakala
George, Reed, Ballard, Colin dan Fielding (2003) pula mendapati POS bertindak sebagai
moderator terhadap hubungan antara komitmen dengan gelagat warga organisasi (Organizational
Citizenship Behavior).

You might also like