You are on page 1of 1

(LAMPIRAN)

LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN

Saya hanya mendaftar PPR6006 (Kertas Projek) pada semester yang kelima saya. Ini
disebabkan oleh saya pernah silap mendaftar matapelajaran pada semester yang dahulu.

Setelah saya mendaftar PPR 6006, saya mula membuat pemerhatian saya di tempat
bertugas saya untuk mendapat idea untuk memulakan kertas projek saya. Mula-mulanya, saya
berancang untuk membuat penyelidikan terhadap jenis-jenis kepimpinan dalam organisasi sekolah.
Selepas menjalankan temu bual dengan rakan sekerja saya, saya mendapati bahawa saya
kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pentadbiran. Saya mendapati ini
merupakan satu cabaran bagi saya untuk melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan
kepimpinan di sekolah.

Setelah menjalankan pengumpulan data dan juga temu bual dengan rakan sekerja, saya
mengubah arah saya ke isu-isu kerja berpasukan antara guru-guru dalam sekolah. Saya berancang
untuk menjalankan penyelidikan saya dengan tajuk Keberkesanan Kerja Berpasukan dan
Kepuasan Kerja Guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gred A di Kawasan Ipoh. Saya
memilih arah ini adalah kerana saya mendapati sejak kebelakangan ini banyak guru mengadu
tentang keberatan kerja. Bukan itu sahaja, banyak guru berumur 50 ke atas memohon untuk pencen
dengan awal disebabkan kepuasan dalam kerja di sekolah. Saya memilih guru-guru SJK (C) sebagai
sasaran saya disebabkan saya lebih memahami budaya SJK (C) berbanding dengan SK atau SJK
(T) kerana saya mempunyai lebih banyak pengalaman di SJK (C). Perbezaan budaya di sekolah
aliran yang berbeza mungkin akan menyebabkan dapatan kajian saya kurang tepat, sebab itulah
saya khususkan penyelidikan saya kepada SJK (C).

Akan tetapi, saya hanya berjumpa dengan pensyarah penyelia saya, iaitu DR Zahari
Hashim untuk kali pertama pada Disember 2017. Ini disebabkan selepas saya mendaftar PPR 6006,
terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan berlaku di keluarga saya yang perlukan saya untuk
uruskan. Selain itu, proses menjalankan penyelidikan saya juga diganggu kerana saya dalam proses
memohon untuk menjadi Penolong Kanan. Saya berasa saya perlu lebih banyak masa untuk
melengkapkan Kertas Projek saya.

CHONG WAI YIP

M20151000175

You might also like