You are on page 1of 2

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis.

Dalam membenteras masalah


tersebut, polislah yang bertanggjungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat
daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita
ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti
wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa
untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan
tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang
perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti
tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak
dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika
sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan
jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan
undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh


digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang
berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya
termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan
dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan,
dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk
menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah
jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan
tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan
bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk
memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian
dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi
menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa
apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang
membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan
risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas
tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa.
Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka
berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi
cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh
sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat
atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang
ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada
pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi
seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada
pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.
Pegawai Polis : Sama-sama

You might also like