You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI WANGSA

ULU TIRAM, JOHOR


(JBA 1090)

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13

TARIKH : 15 APRIL 2013 (ISNIN)


MASA : 4.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK TAMAN PUTERI WANGSA
PENGERUSI : ENCIK KHAIRI BIN TOHIRAN (YDP PIBG)
KEHADIRAN : 16 ORANG (LAMPIRAN PK 07/2)

1.0 UCAPAN YDP PIBG


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Alfatihah.
1.2 Encik Khairi Bin Tohiran mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru
selaku AJK PIBG sesi 2013.
1.3 Memaklumkan bahawa mesyuarat AJK akan diadakan pada waktu petang dan
malam supaya semua AJK dapat menghadiri mesyuarat AJK.
1.4 Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas kerjasama yang diberikan.
1.5 Tujuan mesyuarat kali pertama ini diadakan ialah:
1.5.1 Mendaftarkan persatuan ini dalam masa 14 hari.
1.5.2 Mengenalpasti nama AJK PIBG yang baharu dan diedarkan maklumatnya.
1.5.3 Melantik lagi tiga orang AJK PIBG berdasarkan pemilihan AJK yang sedia
ada.
1.5.4 Memerlukan idea-idea daripada AJK baharu.
1.5.5 Membincangkan program-program yang lepas mesti diteruskan.
1.6 Mesyuarat kali pertama ini diadakan secara cepat supaya AJK PIBG sesi 2013 lebih
proaktif. Ini kerana peranan PIBG yang sentiasa membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan pencapaian sekolah. Target 5A dalam UPSR pada tahun ini ialah
seramai 40 orang.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Pn. Hjh. Zanatin sebagai wakil Guru Besar memaklumkan bahawa Guru Besar tidak
dapat hadir kerana terlibat dengan kursus di Melaka. Guru Besar mengirimkan salam
takzim untuk semua.
2.2 Memaklumkan bahawa hari Khamis ini ada program Pengarah Turun Padang di
sekolah.
2.3 Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2013.
2.4 Menyatakan bahawa PIBG sebagai penghubung antara ibu bapa dan guru di sekolah.
Kejayaan murid-murid di sekolah juga atas kerjasama PIBG juga.
2.5 Memaklumkan juga bahawa pada Sabtu ini, sekolah akan mengadakan Hari Ko-
Kurikulum dengan kerjasama PIBG. Tujuannya, untuk mengumpul dana BKBK dan
PIBG untuk pembangunan sekolah.
2.6 Menyatakan hasrat sekolah untuk membina astaka dan dewan terbuka.
Mengharapkan pihak PIBG dapat menyediakan pelan dan kos untuk dua projek
tersebut.
2.7 Memaklumkan tentang Program Sarana PIBG masih berjalan seperti biasa.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.5 (2012)


3.1 Tiada masalah dalam minit mesyuarat lepas, maka minit mesyuarat tersebut
menjadi sah serta-merta.

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Encik Aminudin tidak jelas tentang yuran PIBG yang telah dicadangkan dalam
Mesyuarat Agung Ke-13.
Encik Khairi Bin Tohiran menjelaskan kembali yuran PIBG pada tahun ini seperti
berikut:
Murid baharu (berpindah/tahun 1) Murid biasa tahun 2 hingga 6
Yuran PIBG RM20 Yuran PIBG RM20
Yuran perabot RM20
Yuran Keceriaan RM10
Jumlah: RM50 Jumlah: RM20
*** yuran PIBG dikutip per murid
***ibu bapa yang mempunyai 4 orang anak di sekolah, yuran PIBG hanya dikenakan
sehingga anak ketiga sahaja.

5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN


5.1 Pn. Nazia selaku bendahari menyatakan perbelanjaan semasa Mesyarat Agung PIBG
Ke-13 ialah RM3896.10. Kos tersebut melebihi bajet asal iaitu RM3580.00. Jadi, beza
jumlah kos ialah RM316.10.
6.0 PERANCANGAN PROGRAM PIBG SEPANJANG 2013
6.1 En. Khairi mahu meneruskan penubuhan biro-biro seperti sesi lepas. Biro-biro
diagihkan mengikut kecenderungan ibu bapa. Biro-biro ini akan ditentukan
kemudian.
Tindakan: YDP PIBG
7.0 PENAMBAHAN AJK PIBG 2013
7.1 Encik Khairi Bin Tohiran memaklumkan bahawa beliau mahu menambah 3 orang ahli
lagi dalam AJK PIBG.
7.2 Berdasarkan perbincangan ahli mesyuarat, 3 orang AJK yang baharu ialah:
7.2.1 Encik Hamizi Bin Osman
7.2.2 Puan Zarina Binti Che Lah
7.2.3 En. Mohd Shahruddin Bin Mohd Shid

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Encik Rohaizad Bin Ani
Mencadangkan pihak sekolah menyelaraskan waktu balik sekolah ketika peperiksaan
sekolah agama.

Pn. Hjh. Zanatin menerima cadangan dan mencuba menyelesaikan masalah


tersebut.

8.2 Pn. Hjh. Zanatin Binti yasir


Mengutarakan isu penjualan makanan di luar sekolah. Beliau mengharapkan
kerjasama daripada ibu bapa untuk mengusir penjaja di luar sekolah. Ini kerana,
banyak sampah bersepah di luar kawasan sekolah.

Encik Aminudin mencadangkan supaya pihak PIBG menyediakan banner tentang


makanan sihat.

8.3 Encik Khairi Bin Tohiran


Mencadangkan pihak sekolah dan PIBG memohon tong sampah daripada MPJBT.

Encik Aminudin menambah lagi permohonan papan tanda sekolah rendah dan
menengah dimasukkan sekali dalam permohonan tersebut.
PENUTUP
Encik Khairi Bin Tohiran berharap agar segala isu yang dibangkitkan dapat dilaksanakan dengan
baik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ..................................................
(ZAHIDI BIN ZAKARIYA) (KHAIRI BIN TOHIRAN)
Setiausaha PIBG, YDP PIBG,
SK Taman Puteri Wangsa SK Taman Puteri Wangsa
Tarikh: 10 April 2013 Tarikh: 10 April 2013

You might also like