You are on page 1of 3

Laporan Lawatan ke Muzium Negara.

Untuk menyiapkan kerja kursus Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan
Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Muzium Negara. Lawatan ini diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac
2016 pada jam 6:30 pagi yang terdiri daripada seramai 40 orang ahli persatuan dan dua
orang guru penasihat untuk mengikuti lawatan sambil belajar di muzium Negara.

Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada sejarah awal
Malaysia, menyediakan peluang bagi pelajar untuk mendapat pengalaman dan
pengajaran di luar bilik kuliah serta menimba pengetahuan selaras dengan konsep
lawatan sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya


menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan
beliau, barulah rombongan kami bertolak dari sekolah pada jam 7:00 pagi.

Kami tiba di Muzium Negara tepat pukul 11.00 pagi. Seterusnya, kami diminta
beratur untuk mendapatkan tiket masuk ke muzium. Ini adalah pertama kali saya
menjejak kaki di muzium ini, saya terasa amat bertuah kerana diberi kesempatan
sebegini. Muzium Negara mempunyai khazanah dan bukti zaman terdahulu yang wujud
di Malaysia pada ketika dahulu yang tidak sempat saya alami. Kemudian, kami memasuki
muzium dengan iringan guru penasihat, rombongan kami disambut oleh dua orang
pegawai muzium iaitu Encik Badrol Hisyam b. Abdul. Beliau memberi penerangan
tentang sejarah penubuhan Muzium Negara dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi
taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati.

Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri iaitu Galeri A (sejarah awal) yang
menerangkan tentang cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang
dipamerkan,alatan yang digunakan pada zaman logam,neolitik,paleolitik, Galeri B
(kerajaan awal tanah melayu) lebih kepada melaka ,Galeri C (penjajahan tanah melayu)
sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan portugis ke atas Melaka pada
tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman kesultanan melayu Melaka sehingga
pendudukan jepun dan Galeri D (Malaysia kini) sejarah gerakan awal nasionalisme yang
dipelopori oleh tokoh kebangsaan dari pelbagai kaum,bermula daripada campur tangan
inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957 dan turut memaparkan pencapaian
Negara selepas kemerdekaan hingga kini.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Kami
dibawa melawat sekitar muzium dan diberi penerangan tentang sejarah awal tamadun,
sistem pemerintahan, perkembangan sosial, serta pembentukan Malaysia. Pelbagai
pameran sejarah yang dapat kami lihat seperti cara hidup masyarakat setempat, senjata
tradisional, corak pemerintahan dan sebagainya. Kami juga melihat Batu Bersurat yang
dijumpai di Hulu Terengganu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang merasa
sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, yang diukir
dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut pegawai
yang bertugas, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu.
Tambahan pula, kami juga berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil
yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai
ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih
mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya.

Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami
juga mendapat penerangan ringkas dan padat daripada Encik Badrol Hisyam Bin Abdul
Rahman yang merupakan seorang petugas muzium itu untuk memantapkan lagi
pemahaman kami. Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada
masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar.

Sebelum pulang, kami diberi pelepasan pada jam 1 petang untuk melawat sekitar
tempat tersebut selama setengah jam dan kami tidak melepaskan peluang mengambil
gambar untuk dijadikan kenangan. Pada pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan
ringan, kami menamatkan lawatan dan mula bertolak dari Muzium Negara untuk balik ke
sekolah. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara
faedah-faedahnya ialah kami dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui
perbualan, perbincangan, dan penulisan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat membantu pelajar memproses maklumat secara
kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh
ilmu dan maklumat. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami
tentang betapa pentingnya lawatan sambal belajar untuk menambah ilmu pengetahuan
dan menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dengan sumpurna. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini
dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami,
namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini
menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh, 15 April 2016

(CHAN SHIH KEE)


Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.

http://keepcalmandlovepm.blogspot.my/2014/08/laporan-lawatan-ke-muzium-
negara.html
http://ohsemhistory.blogspot.my/2014/08/lawatan-ke-muzium-negara_31.html

You might also like