You are on page 1of 6

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

LAPORAN LAWATAN
TAJUK:LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA
TARIKH:26 OGOS 2014
NAMA:NATASHA BINTI HAMJAH
NO MATRIK:17DHK14F1107
NAMA PENSYARAH:EN.MOHD KAZAR BIN RAZALI
NAMA SUBJEK:PENGAJIANN MALAYSIA (DUB 1012)
Pada tarikh 26 ogos 2014,pada pagi tersebut,pada jam 6:30
pagi kami diminta berkumpul di depan lobi anjung persona,dan bertolak
pada jam 7:00 pagi, seramai 38 orang yang mengikuti lawatan sambil
belajar di muzium Negara,ianya terdiri daripada rakan sekelas dan
pensyarah kami iaitu Encik Mohd Kazar Bin Razali sebagai guru pengiring,
kami sampai pada jam 10:00 pagi dan diminta beratur untuk
mendapatkan tiket masuk ke muzium.ini adalah pertama kali saya
menjejak kaki di muzium ini,terasa amat bertuah kerana diberi kesempatan
sebegini,di sini la terletaknya khazanah dan bukti zaman terdahulu yang
wujud di Malaysia pada ketika dahulu yang tidak sempat saya
alami.Kemudian kami memasuki muzium dengan iringan pensyarah
pengajian Malaysia kami, kami disambut oleh dua orang staf muzium iaitu
Encik Badrol Hisyam b. Abdul Rahman dan juga Puan Fadhliatun Bt Azmi
yang manis orangnya.
Seterusnya, kami diberikan sedikit sebanyak penerangan
tentang muzium tersebut.Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri iaitu Galeri
A (sejarah awal) yang menerangkan tentang cara hidup masyarakat awal
menerusi setiap artifak yang dipamerkan,alatan yang digunakan pada
zaman logam,neolitik,paleolitik, Galeri B (kerajaan awal tanah melayu)
lebih kepada melaka ,Galeri C (penjajahan tanah melayu) sejarah
kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan portugis ke atas Melaka
pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman kesultanan melayu
Melaka sehingga pendudukan jepun dan Galeri D (Malaysia kini) sejarah
gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh kebangsaan dari
pelbagai kaum,bermula daripada campur tangan inggeris sehingga
mencapai kemerdekaan pada 1957 dan turut memaparkan pencapaian
Negara selepas kemerdekaan hingga kini.
selain itu,kami dibawa melawat sekitar muzium dan diberi
penerangan tentang sejarah awal tamadun,sistem
pemerintahan ,perkembangan sosial,serta pembentukan Malaysia,ini
adalah foto yang diambil oleh saya di muzium tersebut,

rempah ratus dan hasil hutan

rantai diperbuat dari cengkerang


cop mohor kerajaan melayu

jenis matawang

batu nisan sultan mansur shah


bendul pintu

kapal perahu diraja

batu ibnu sardan


seramik dari kapal turiang

Maklumat yang disampai oleh mereka adalah sangat


berguna walaupun lebih kurang dua jam,tetapi banyak perkara
yang baharu bagi saya,untuk menimba ilmu.

Pada jam 12:00 tengahari,kami dilepaskan untuk makan


tengah hari yang disediakan oleh AJK makanan yang bertempat
di cafeteria muzium Negara,setelah selesai makan kami diberikan
masa selama setengah jam oleh En.kazar untuk melawat
kawasan sekitar muzium untuk mengumpul maklumat yang lebih
terperinci lagi .
Pada jam 2:00 petang kami berkumpul di tempat yang
telah ditetapkan dan bertolak,di dalam perjalanan kami singgah di
hentian rehat SG,Buloh pada pukul 2:30 petang untuk
menunaikan solat fardhu dan makan.kami bergerak pulang pada
jam 3:00 petang dan tiba di politeknik pada jam 5:00 petang.
lawatan yang dijalankan ini adalah sangat berguna,ini
kerana banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi daripada
lawatan ini,lawatan ini juga dapat menarik minat pelajar dalam
mempelajari pengajian Malaysia dengan lebih mendalam dan
bersungguh sungguh,Dan ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada pihak muzium kerana telah memberi kami kesempatan
untuk mengunjungi muzium ini.
Ini adalah foto-foto yang dapat saya sediakan

You might also like