You are on page 1of 1

Buah Pisang:

Jenis / Warna Kulit / Warna Isi

Rasa/ Harga/Kegunaan /lain-lain

Pendahuluan : Buah pisang merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang lazim


kita dapati di mana-mana tempat.

Idea 1 :isi tersurat + isi tersirat (warna kulit/isi + hijau /kuning)

Kulitnya semasa muda berwarna hijau tetapi akan bertukar kepada warna kuning
apabila masak ranum manakala warna isi buah pisang berwarna putih.

Idea 2 :isi tersurat + isi tersirat (rasanya + kelat dan tawar /manis dan enak)

Ketika buah pisang masih muda rasanya kelat lagi tawar akan tetapi apabila buahnya
matang dan masak ranum akan bertukar menjadi manis dan enak rasanya.

Idea 3 :isi tersurat + isi tersirat (harga + berpatutan ,semua orang mampu
membelinya)

Harga buah pisang murah berbanding dengan buah-buahan import dan semua orang
mampu membelinya.

Idea 4 :isi tersurat + isi tersirat( kegunanan + pembasuh mulut + serat yang
membantu penghadaman kita serta dapat mencegah masalah sembelit)

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan secara mentah malahan boleh dijadikan
kuih-muih.Buah pisang dijadikan pembasuh mulut kerana mempunyai serat yang
membantu penghadaman kita serta dapat mencegah masalah sembelit.

Penutup: kita sepatutnya mengamalkan amalan pemakanan sehari sebiji pisang demi
kesihatan kita.

You might also like