You are on page 1of 3

Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan.

Dunia sains
mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah,
astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas,
meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad
pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.

Nama penuh beliau Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada
bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia
kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing',
adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan.
Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang
asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia
mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.
Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang
pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini
memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara
lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul
Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam
bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal
sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.

Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak henti-hentinya mengais ilmu, termasuk


dalam setiap penjelajahannya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India. Jamil
Ahmed dalam buku Seratus Tokoh Muslim mengungkapkan, antara penjelajahan
paling menarik tokoh ini adalah semasa di wilayah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia
Tengah), serta wilayah India. Penjelajahan itu sebenarnya tidak disengajakan. Alkisah,
setelah beberapa lama menetap di Jurjan, Al-Biruni memutuskan untuk kembali ke
kampung halamannya. Namun tidak disangkanya, tanah kelahirannya dilanda oleh
konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud Al-Gezna, yang
melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan. Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni
dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai 'kumpulan pemikir' yang kemudiannya dibawa
menyertai ekspedisi ketenteraan ke India. Di sana beliau banyak melahirkan karya dan
tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang disampaikannya
dalam perjumpaan. Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini juga
menjadikan kawasan India sebelah timur sebagai kawasan baru untuk menyebarkan
dakwah Islamiah.

Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang


melakukan kajian berkaitan adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan.
Berasaskan kajiannya inilah beberapa karya agungnya lahir. Bukan itu sahaja,
Al-Biruni jugalah orang yang pertama memperkenalkan permainan catur 'ala' India ke
negara-negara Islam, serta menjelaskan permasalahan trigonometri yang lebih
mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind. Kecerdikan Al-Biruni merangsang
dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut menjelaskan tentang
kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang
mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia
sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih
memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan lanet.

Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada


kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan
oleh ilmu astronomi moden. Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai
bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga
mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, ia dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah
Islam yang amat berpengaruh.

Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi,


Al-Kindi, dan Al-Mas'udi (meninggal 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah
dan pakar ilmu perubatan, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina,
sama ada secara langsung mahupun melalui surat menyurat. Keduanya kerap juga
bermuzakarah berkaitan pemikiran falsafah, misalnya tidak bersetuju dengan aliran
pemikiran paripatetik yang dianuti Ibnu Sina dalam banyak aspek.

Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah


pemikiran Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori
fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerak dan tempat. Ini kerana
semua yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta
meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap rahsia alam. Hasil kajian dan
penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah sebagai maha
pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan
kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam.

Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah


penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam
ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan
Yang Maha Pencipta". Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan
pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada
agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah
sebagai pencipta.

Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat
pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan
Muhammad ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik,
ilmu fizik, geografi , dan sejarah. Dia mungkin sosok paling menonjol dan peneraju
zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam."

Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar.
Beliau menulis "Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang
sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus filsuf dan ilmuwan. Ia
pakar dalam kedua bidang tersebut." Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya
menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.

You might also like