You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua
murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris kecuali murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA
itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid
yang tidak melepasi standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris, supaya diagnosis dapat dijalankan
tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat
dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan
Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan.


Tujuan penghasilan instrument ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak
menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di
Malaysia.

Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi
Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina
berdasarkan kedalaman kandungan.

Program pertama kali yang diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua murid tahun 1
menduduki ujian saringan ini. Definisi Literasi Bahasa Inggeris ialah :

a. Able to communicate with peer and adult appropriately.


b. Able to read and comprehend simple texts and stories.
c. Able to write a range of texts through a variety of media.

2.0 DEFINISI LITERASI (LITERASI BAHASA INGGERIS)


Linus Literasi 2.0 Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi
standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris supaya murid ini diberikan pemulihan mana-mana
konstruk yang tidak di kuasai. Ujian saringan dijalankan 2 kali setahun dan 6 kali selama 3 tahun.
Ujian saringan terdiri daripada :
A. Saringan membaca
B. Saringan menulis
Saringan 1 dan 2 semasa ditahun 1 , saringan 3 dan 4 semasa di tahun 2 dan saringan 5 dan 6
semasa ditahun 3. Mereka wajib menduduki ujian saringan ini dan pencapaian prestasi mereka
akan direkodkan secara online dengan Lembaga Peperiksaan. Saringan pertama pada bulan Mei
dan saringan ke 2 pada bulan September / oktober setiap tahun.

2.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS

Construct 1: Able to identify and distinguish letters of the alphabet.


- The ability to identify and distinguish the shapes of letters. Pupil read the given
letters.
- Pelajar diberikan kad huruf yang dipilih secara rawak A hingga Z oleh guru.
Pelajar menyebut huruf yang tercatat pada kad huruf yang ditunjukkan.

Construct 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet.


- The ability to say aloud the sounds of the phonemes. Pupil says aloud the sound
of the phonemes.
- Guru menunjukkan huruf yang dipilih dan pelajar dikehendaki membunyikan
huruf tersebut dengan bunyi yang betul. Pada tahap ini pelajar tahu atau kenal
huruf dan faham dengan membunyikannya dengan betul. Konstruk 1 dan 2
adalah konstruk asas. Jika gagal pelajar dikelasifikasikan tegar.
Construct 3: Able to blend phonemes into recognisable words.
- Able to blend phonemes into recognizable word. The ability to blend sound of
phonemes into recognisable word. Pupil blends the phonemes and says the
words aloud. Pupil should be alowed to say the whole word aloud without
spelling it.
- Pelajar membunyikan perkataan yang diberi dengan membunyikan dengan kuat.
Perkataan yang diberi menggandungi 2 suku kata. Contohnya :

Construct 4: Able to segment words into phonemes.


- Able to segment words into phonemes. Ability to segment words into phonemes.
Pupil says the words then sounds the given phonemes.
- Guru menunjukkan gambar beserta perkataan yang tertera pada kad yang
dipilih. Pelajar akan melihat gambar yang diberi dan membunyikan perkataan
yang tertulis pada kad tersebut. Contohnya:

Construct 5: Able to understand and use the language at word level.


Able to understand and used the language at word level Teacher describe the picture
given for example ball, eyes and tin. Pupil listens to the teacher, write the correct
words and says them aloud.

Construct 6: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.


- Able to participate in daily conversations using appropriate phrases. Teacher asks
pupil to read and choose the correct responses. Pupil read and write the correct
answers.
Construct 7: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.
- Able to understand and used the language at phase level in linear texts. Teacher
shows the picture and phrases. Teacher may describe the picture briefly. Pupil
read and matches the pictures to the correct phases.

-
Construct 8: Able to understand and use the language at phrase level in non-linear
texts 4.
- Able to understand and use the language at phase level in non - linear texs.
Teacher shows the picture to the pupil and asks.
Construct 9: Able to read and understand sentences.
- Able to read and understand sentences. Teacher may guide the pupil to read the
entire paragraph aloud and prompt when necessary. Not more than 3
mispronounced words in the paragraph can be accepted and full marks should be
awarded. Pupil read the sentences aloud.

Construct 10: Able to understand and use the language at sentence level in non-
linear texts.
- Able to understand and use the language at sentence level in non - linear texts.
Teacher points to the picture and briefly describe them. Pupil listens , read and
matches the picture to the correct sentences.
Construct 11: Able to understand and use the language at paragraph level in linear
texts.
- Able to understand and use the language at sentence level in non - linear texts.
Teacher points to the picture and briefly describe them. Pupil listens, read and
matches the picture to the correct sentences.

Construct 12: Able to construct sentences with guidance.


- Able to understand and used the language at paragraph level in linear texts.
Teacher guide the pupil to read aloud the paragraph aloud, prompting where
necessary.
3.0 FASA PELAKSANAAN
3.1 Dua saringan LINUS, iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk murid-
murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Saringan Khas (LBI) bagi Tahun 4.

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN SARINGAN 1 SARINGAN 2


LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI
TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3
AKTIVITI
SARINGAN MEMBACA 1 31 Mac 2016 1 30 Ogos 2016
SARINGAN MENULIS 3 15 April 2016 18 30 September 2016
MEMASUKKAN DATA SARINGAN 17 29 April 2016 2 14 Oktober 2016

3.2 Pelaksanaan Saringan Murid Tahun 4.

Matlamat: Sokongan dan intervensi diteruskan bagi murid yang masih belum menguasai
literasi Bahasa Inggeris pada peringkat Tahun 4. Kumpulan sasaran adalah 10% murid yang
tidak menguasai Saringan LINUS2.0, 2015. Saringan murid dijangka akan dilaksanakan pada
bulan Jun dan bulan November.

Catatan
Tanda
Bil Huraian Tindakan Yang Perlu Diambil *Tarikh /
(/)
Guru
SEBELUM:
1
Mengenal pasti murid yang akan mengikuti
pemulihan Bahasa Inggeris di Tahun 4 (2016)
melalui laporan analisa data saringan LINUS2.0
Literasi Bahasa Inggeris Tahun 3, 2015.
Pembahagian murid mengikut tahap
penguasaan yang sama dalam bilik darjah bagi
menjalankan pemulihan dan intervensi literasi
Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. *
Bahan Bantu Mengajar murid menggunakan
modul LINUS2.0
(Book 1, Book 2 dan Book 3)
Pemantapan Kemahiran Pedagogi Guru
Pemulihan Bahasa Inggeris guru BI Tahun 4
Bimbingan & Pementoran berterusan
JPN/PPD membimbing guru BI Tahun 4
(Peranan FasiLINUS Bahasa Inggeris)
Melaksanakan pengajaran pemulihan Bahasa
Inggeris bagi murid yang masih belum
menguasai literasi Bahasa Inggeris.

SEMASA:
Menjalankan saringan murid mengikut jadual
pelaksanaan saringan literasi Bahasa Inggeris
Tahun 2016.
Memastikan pentadbiran saringan mengikut
2 tatacara dan kaedah pelaksanaan yang
ditetapkan dalam manual am pentadbiran
instrumen literasi.
Melengkapkan Borang Pelaporan Penguasaan
Individu (BPPI) dengan nama murid, kelas dan
tahun taksiran dijalankan.

SELEPAS:
Pengisian data saringan murid Tahun 4 di dalam
Portal NKRA.
Cetakan 2 salinan pencapaian saringan murid
3 dalam portal dan disahkan oleh Guru Besar.
Satu salinan dihantar ke PPD (Unit LINUS) dan
satu salinan untuk disimpan dalam fail LINUS
sekolah.
Selepas Saringan Pertama, murid yang
menguasai kesemua konstruk dianggap telah
menguasai asas literasi Bahasa Inggeris dan
murid ini akan meneruskan pembelajaran di
kelas arus perdana.
Murid-murid yang tidak menguasai mana-mana
12 konstruk akan meneruskan pembelajaran
menggunakan modul literasi Bahasa Inggeris
(Senarai nama murid yang tidak menguasai
saringan dikemaskini).
Membentangkan pencapaian saringan dan
program intervensi murid Tahun 4 dalam
mesyuarat peringkat sekolah.
Melaksanakan program sokongan dan
intervensi pemulihan Bahasa Inggeris murid
mengikut perancangan di peringkat sekolah.

4.0 PENTADBIRAN
4.1 Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris mengandungi 12 konstruk.
4.2 Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.
4.3 Instrumen Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak
melebihi 3 orang murid).
4.4 Instrumen Saringan Literasi menulis pula ditadbir secara kelas.
4.5 Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir mana - mana
konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan Literasi Membaca sahaja.
4.6 Guru haruslah duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran Saringan Literasi
Membaca dilaksanakan.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Kedua-dua Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris, iaitu Instrumen Saringan Literasi
Membaca dan Instrumen Saringan Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen
saringan beserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam
bentuk CD. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
6.0 TINDAKAN SUSULAN SELEPAS SARINGAN
Selepas Saringan 1, murid yang menguasai kesemua 12 konstruk dianggap telah menguasai asas
Literasi Bahasa Inggeris. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid-
murid yang tidak menguasai mana-mana 12 konstruk akan meneruskan pembelajaran
menggunakan modul Literasi Bahasa Inggeris.

Saringan 1 (Baseline)
Menguasai kesemua 12 konstruk Arus Perdana
Tidak menguasai mana-mana 12 konstruk Program LINUS2.0 (LBI)
7.0 PROSES PEMANTAUAN
Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, yang diketuai oleh Bahagian Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti, akan menjalankan pemantauan pelaksanaan proses saringan dan
Program LINUS2.0 (LBI) di sekolah dari semasa ke semasa.

8.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN INSTRUMEN SARINGAN


Antara aspek penting yang diketengahkan dalam proses perekaan bentuk saringan ialah:

8.1 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu releven dan cakupan. Pereka bentuk
instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)
dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum, spesifikasi dan mempunyai kesesuaian ujian dari segi kumpulan sasaran, aras
kesukaran, konteks dan situasi.

8.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.
Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan
piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketetapan
instrumen saringan.

8.3 Kebolehlaksanaan
Instrumen Saringan Literasi lisan, membaca dan menulis ini telah mengambil kira semua
aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

8.4 Penjaminan Kualiti


Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan
sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga
menepati kualiti yang dihasratkan.

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU


9.1 Pentaksir hendaklah melengkapkan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
dengan nama murid, kelas dan tahun taksiran dijalankan.
9.2 Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.
9.3 Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab jumlah item
minimum yang ditetapkan dalam Saringan Literasi Membaca dan Saringan Literasi
Menulis.
9.4 Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan
mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti yang diterakan dalam
Manual Pentadbiran Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Manual Pentadbiran
Instrumen Saringan Literasi Menulis.

PROGRAM PEMULIHAN
1.0 PENGENALAN
Penguasaan Bahasa Melayu yang baik membantu murid-murid pemulihan ini mengikuti
matapelajaran yang lain dengan tetapi tidak bagi matapelajaran matematik dan sains. Murid-
murid pemulihan perlu juga didedahkan kepada Bahasa Inggeris .

2.0 PERMASAALAHAN
Sistem fonologi Bahasa Inggeris adalah jauh berbeza dengan bahasa melayu. Sebutan abjad
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah berbeza. Di samping itu, sistem ejaan di dalam
perkataan bahasa Inggeris tidak boleh dibatangkan. Sekiranya tiada pendedahan kepada bahasa
Inggeris kebarangkalian, murid-murid pemulihan membunyikan perkataan Bahasa Inggeris
mengikut ejaan Bahasa Melayu adalah tinggi.

Justeru, murid -murid yang masih belum menguasai Bahasa Inggeris pada tahap yang sepatutnya
atau jauh ketinggalan dari rakan sebaya perlu mengikuti kelas pemulihan Bahasa Inggeris.
Persoalannya adakah murid-murid ini sedang mengikuti program pemulihan Bahasa Inggeris
yang selari dengan Program Pemulihan yang sedang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Memang diketahui umum, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid juga
kurang memberangsangkan terutamanya murid-murid di luar bandar atau pinggir bandar.
Namun demikian, tiada inisiatif yang bersifat kebangsaan untuk menangani masalah ini.
Senario yang ada kini ialah murid-murid pemulihan sekolah rendah akan di bawa keluar dari
kelas semasa mata pelajaran bahasa Melayu dan matematik bagi mengikuti kelas pemulihan
dan mereka akan mengikuti mata pelajaran yang lain seperti biasa mengikut jadual waktu yang
telah ditetapkan.

Murid-murid pemulihan ini akan mengikuti matapelajaran Bahasa Inggeris seperti biasa meski
pun mereka perlu dipulih dari aspek penguasaan Bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka akan jauh
ketinggalan atau tercicir berbanding rakan-rakan yang lain. Masalah ini berlarutan hingga ke
peringkat sekolah menengah di mana mereka sudah menguasai kemahiran bahasa Melayu
dengan baik tetapi penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat mengecewakan kerana tiada
intervensi awal di peringkat sekolah rendah.

3.0 PROGRAM PEMULIHAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN


Program pemulihan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah perlu juga diberi keutamaan
dan sewajarnya diintegrasi dalam program yang sedia ada bagi membantu murid meningkat
potensi mereka untuk belajar dan mendapat manfaat dari sistem pendidikan. Pada masa kini,
guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris perlu memasukkan rancangan pengajaran
LINUS. Mereka perlu mengubahsuai RPH mereka dan menyediakan bahan lain untuk murid
LINUS BI.

4.0 CADANGAN PENYELESAIAN


Sewajarnya, murid-murid yang mengikuti program pemulihan yang sedia ada juga perlu
dipulihkan dari aspek penguasaan bahasa inggeris mereka bagi memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris mereka. Malang sekali tiada kelas pemulihan Bahasa Inggeris yang dilaksanakan
secara terancang dan intensif seperti kelas pemulihan bahasa Melayu.

Malang sekali masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid sering dibincangkan tapi
tiada mekanisma yang padu serta mantap bagi menangani masalah ini. Sudah tiba masanya
kelas pemulihan bahasa Inggeris diwujudkan bagi memastikan kelestarian agenda pendidikan
yang bertaraf dunia berlangsung seperti yang dihasratkan.

Rujukan
1. Manual Pentadbiran Instrumen LIterasi menulis Tahun 2 (2015), Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2. Zahanim Ahmad (2010), perlaksanaan literasi dan numerasi di sekolah rendah. Kolej
university islam antarabangsa Selangor.
3. Puan Rubiah binti Ramli (2008), Peserta KSPK pemulihan, Institut Pendidikan Bahasa Malayu.

You might also like