You are on page 1of 4

5.

3 Perlaksanaan Program Kreatif Robotik ( Program Sandaran)

Program Kreatif Robotik telah dilancarkan secara rasminya pada 19 September


2016, jam 8.00 semasa perhimpunan Hari Isnin. Majlis pelancaran dirasmikan
oleh Yang dipertua PIBG SEMADAH iaitu Dato Omar bin Othman. Pada
perhimpunan ini diumumkan guru penasihat Kelab Robotik iaitu En. Rosaidi bin
Osman dan En. Muhd Ashraf bin Daud.

Pelaksanaan Program Kreatif Robotik dijalankan sebanyak 3 (tiga) kali


bengkel. Bengkel ini dijalankan dengan kerjasama agensi luar iaitu Sasbadi
Holdings Berhad dan jurulatih yang ditugaskan ialah En. Adam bin Awang
Yussof. Bengkel pertama dijalankan pada Hari Rabu, 21 September 2016 jam
3.00 petang hingga 5.30 petang, di bilik komputer 1 SEMADAH. dan
pengetahuan asas tentang robotik, fasa kedua asas merekabentuk robotik dan
fasa ketiga adalah pengaturcaraan (programing ) ke atas robotik.

Antara pengisian dalam Bengkel pertama ialah Taklimat daripada PK


Kokurikulum mengenai saranan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
memastikan semua pelajar mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan dapat mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dalam pendidikan
terutama dalam pendidikan Abad ke-21. Pengisian bengkel pertama adalah
mengenai pengenalan robotik, mengenal bahagian-bahagian robotik dan juga
ditunjukkan video Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2016 yang
dijalankan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Bengkel kedua telah diadakan pada 28 September 2016 ( Rabu), jam


3.00 hingga 5.30 petang, di Makmal Komputer 1. Pengisian bengkel siri 2
adalah praktikal merekabentuk robotik mengikut panduan yang diberikan.
Pelajar juga diberi kebebasan untuk mencuba merekabentuk robot mengikut
kreativiti pelajar sendiri. Bengkel siri 2 juga ditunjukkan cara cara untuk
mendapatkan pelbagai rekabentuk robot dari sumber lain seperti internet,
youtube dan sebagainya.

1
Gambar 8 : Encik Adam bersama ahli Kelab Robotik

Bengkel ketiga telah diadakan pada 5 Oktober 2016 di Makmal


Komputer 1 SEMADAH, jam 3.00 ptg hingga 5.30 petang. Dalam bengkel ini,
peserta didedahkan dengan modul kemahiran pengaturcaraan (programing)
robot. Berbagai kemahiran pengaturcaraan telah diajar oleh jurulatih dan
pelajar telah menguasai dengan baik. Latihan kemahiran pengaturcaraan
(programing) menggunakan komputer dan dimuatnaik kepada brick EV3 yang
bertindak sebagai CPU dan menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan.
Kemahiran juga diajar untuk menggunakan motor dan berbagai jenis sensor.

2
Gambar 9 : Kumpulan 2 - Proses Penilaian programing sedang dijalankan.

Pada 12 Oktober 2016 ( Rabu) jam 2.00 petang, pelajar menjalankan


latihan amali merekabentuk robot dan pengaturcaraan (programing). Pada 19
Oktober 2016 jam 2.30 petang di makmal komputer, pelajar robotik seramai 20
orang telah dibuat penilaian dalam pengoperasian robot. Pelajar dibahagikan
kepada lima kumpulan ( empat orang satu kumpulan) dan setiap kumpulan
akan merekabentuk robot dan mengaturcara serta menggerakkan robot
menggunakan motor dan sensor sebagaimana yang telah dipelajari. Penilaian
dilakukan menggunakan borang penilaian yang ditetapkan mengikut kriteria
yang dicadangkan oleh jurulatih iaitu En. Adam bin Mohd Yussof. Kesemua
kumpulan telah berjaya melakukan tugasan mengoperasikan dengan baik.
Oleh itu, Program Kreatif Robotik telah berjaya dijalankan dengan jayanya.

3
4

You might also like