You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DATUK MUSTAFA MANSUR


PRO-CANSELOR

DI SIDANG KEEMPAT, UPACARA KONVOKESYEN KE-55


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PADA HARI ISNIN, 30 OKTOBER 2017, JAM 9.00 PAGI


DI DEWAN TUANKU SYED PUTRA, USM.

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum Warahmatulahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Salam Satu Malaysia,
Salam Kecemerlangan untuk semua.

Naib Canselor USM

Ahli-ahli Lembaga Gabenor USM

Ahli-ahli Senat USM

Para graduan dan ibu bapa yang dihormati sekalian,

1. Terlebih dahulu, TAHNIAH dann SYABAS saya ucapkan


kepada semua graduan di Sidang Keempat, Upacara
Konvokesyen Ke-55, Universiti Sains Malaysia pada hari ini.
Anda semua telah berjaya dengan cemerlang setelah
mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis dalam

1
usaha untuk mencapai impian menggenggam segulung ijazah.
Ijazah tersebut adalah bukti bahawa anda semua telah berjaya
dan bersedia untuk melangkah ke alam seterusnya dalam
mencorakkan masa depan anda yang terbentang luas di
hadapan.

2. Saya yakin, sebagai graduan yang terpelajar, saudara dan


saudari juga tidak lupa akan jasa ibubapa dan keluarga, tenaga
pengajar, pihak pentadbir, rakan-rakan semua yang telah
membantu saudara dan saudari mencapai kejayaan yang begitu
bermakna pada hari ini. Keseluruhan 679 orang graduan pada
hari ini adalah antara tenaga muda yang akan mencorakkan
negara pada masa hadapan. Saya juga difahamkan bahawa
saudara dan saudari di dalam dewan ini amat dekat dengan
bidang kesihatan dan perubatan. Ini adalah antara bidang
penting yang akan mencorakkan masa hadapan negara.

3. Saudara dan saudari, Change is inevitable. It can soothe


you or it can make you uncomfortable. The future, despite being
unknown of it certainty, is always about change, sometimes a
shocking chance. For instance, artificial intelligence and robotic
has now been projected as a better alternative than human in
providing healthcare for the future. The claim is closing on the
ability of advanced computational power, AI and precision robot
to make better diagnosis and perform surgery far more
accurately, with less error made and perhaps cheaper. Despite

2
the scheduled maintenance, robots and advanced technologies
are easier to manage than human-based health professionals
who are expose to whole lot of potential risks. In some series of
futurist discussion since 2009, this sparked a huge interest. In a
recent report by FORBES, the world is celebrating the birth of a
domestic robot called MABU, claimed to be able in helping
patients with chronic diseases in dealing with their daily
challenges and track the health status of their companioning
human patient, which tasks were done by domestic healthcare
professionals. Robots and AI are removing the human
constraints.

4. Atau pada masa hadapan, bolehkah juga manusia kelak


sembuh dengan sendirinya dari segala kecederaan seperti
karakter fiksyen Wolverine dalam siri X-MEN? Bolehkah sains
kelak membawa kepada hayat manusia yang lebih panjang
seperti yang digambarkan di dalam filem Pirates of the
Carribean yang membuatkan orang percaya akan kewujudan
The Fountain of Youth? Pastinya ramai yang ketawa dan sinis
dengan idea ini. Namun, siapa tahu ini mungkin belaku. Malah
USM sendiri kini sedang giat bekerjasama dengan institusi
penyelidikan terkemuka di Jepun, RIKEN dalam bidang ageing
science, dengan hasrat untuk mencari penyelesaian kepada
isu-isu yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan penuaan. Tidak kurang juga saintis dunia yang giat

3
menjalankan penyelidikan terhadap Turritopsis nutricula, sejenis
obor-obor yang memegang kunci kepada keabadian khabarnya.

5. Pastinya, semua orang mempunyai pendapat masing-


masing. Saya yakin saudara dan saudari juga mempunyai
pendapat yang tersendiri. Persoalannya, jika semua ini menjadi
realiti, apakah pula peranan para profesional kesihatan dan
perubatan di kemudian hari? Apa yang hendak diubati, jika tiada
lagi yang perlu diubati. This thought is perhaps a little radical, but
you will just never know.

6. Apa yang ingin saya katakan ialah, untuk menyambut masa


hadapan, kita harus bersedia untu berubah. Pastinya ada
beberapa perkara yang kini kita miliki akan hilang dan menjadi
tidak lagi relevan. Namun begitu, saya juga yakin bahawa akan
muncul perkara-perkara baru yang akan membuka ruang dan
peluang baru untuk kita terokai bersama. Usahlah kita taksub
dengan apa yang kita ada pada hari ini. Nothing, will last forever.
Bersedialah untuk berubah kepada yang lebih baik dan
mengadaptasi sesuatu yang baru.

7. Saya yakin, saudara dan saudari yang lahir dari sebuah


Universiti APEX telah dilatih untuk bersedia dengan perubahan.
Malah dari sembilan teras APEX yang dipegang di USM, dua
darinya berkisar kepada Masa Hadapan dan Perubahan. This
also reminded me of the Vice-Chancellors motion that we have

4
to Learn, Un-Learn, Re-Learn and Co-Learn in order to Co-
Create. In short, this is a call for us to be ready for change. When
change happens, always remember the core values in our lives.
This will help to guide you in navigating your life towards
embracing change. I am sure, as a graduate from USM, you
have been exposed to a series of positive values during your life
as a student before.

8. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada saudara dan


saudari. Saya juga ucapkan tahniah kepada seluruh ibu bapa
dan keluarga yang ada pada hari ini yang sanggup menanti dan
mengembara ke bumi USM untuk menyaksikan kejayaan pada
graduan pada hari ini. Raikanlah kejayaan ini dengan penuh
kegembiraan dan ucapkanlah terima kasih kepada keluarga
saudara dan saudari. Temuilah pensyarah-pensyarah yang
pernah mengajar saudara dan saudari, dan ucapkanlah terima
kasih kepada mereka juga kerana kita berpegang teguh kepada
nilai dan budaya berbudi pekerti.

Sekian, wabillahhittaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like