You are on page 1of 16

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk melihat perhubungan antara iklim sekolah dengan komitmen

organisasi di kalangan guru. Bab ini akan membincangkan aspek-aspek penyelidikan yang akan

dilakukan seperti rekabantuk kajian, persempelan, instrument yang digunakan, kajian rintis, dan

prosedur yang dijalanakn dalam kajian serta analisis kajian. Melalui metodologi kajian ini,

penyelidik telah mengumpulkan data yang bersesuaian dengan persoalan kajian penyelidikan.

3.2 Rekabentuk Kajian

Desebabkan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perhubungan antara iklim sekolah

dengan komitmen organisas, maka bagi memastikan data yang diperolehi adalah sitematik, reka

bentuk kajian yang sesuai perlu dipilih oleh pengkaji. Kajian ini mempunyai dua variable iaitu

variable tidak bersandar dan variable bersandar. Variable tidak bersandar kajian ini ialah iklim

sekolah manakala, variable bersandar pula ialah komitmen organisasi. Faktor demografi ini

terdiri daripada umur, penglaman mengajar dan statusperkahwinan.

Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif kuantitatif kerana kaedah ini dapat

memudahkan penyelidik membuat pengumpulan data statistik, selain itu data dapat dikutip

secara meluas dan menggunakan responden yang lebih ramai.

Kaedah tinjauan (survey) digunakan untuk memperolehi data daripada responden.

Kaedah tinjauan menerangkan kajian secara menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,

1
kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sample yang besar, maklumat dipungut secara terus

daripada responden dalam masa yang singkat dan dapat membuat kenyataan umum berkenaan

sesuatu populasi kajian (Chua Yan Piaw,2006) .

Penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan pandangan guru tentang iklim sekolah serta

komitmen organisasi guru terhadap sekolah. Oleh itu, dalam kajian ini sesuai dikumpul memalui

soal selidik. Mohd. Majid Konting (2004), menyatakan soal selidik sesuai untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasan dan sebagainya. Gay dan

Airasian (2006) juga menyatakan Kaedah Penyelidikan kuantitatif dan pengumpulan maklumat

daripada pemilihan sample dalan kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi

yang dikenal pasti.

Penggunaan soal selidik secara tidak langsung juga dapat mengurangkan tekanan kepada

responden. Syed Arabi Idid (1992) menyatakan responden mempunyai masa yang secukupnya

dan tidak perlu memberi jawapan dengan segera serta mempunyai masa untuk menilai soalan

sebelum menjawab.

Iklim Sekolah
Komitmen Organisasi

(Variable Tidak Bersandar) (Variable Bersandar)

Demografi
Umur
Pengalaman mengajar
Status perkhawinan

(Variable Bebas)

Rajah 3.2.1 Kerangka kajian

2
3.3 Populasi dan Persempelan

Untuk melaksanakan kajian ini, seramai 250 orang guru terlibat. Guru yang terlibat

adalah daripada guru-guru sekolah rendah yang berkhidmat di bawah Daerah SeberangPerai

Tengah, Pulau Pinang. Sekolah-sekolah zon ini dipilih sebagai populasi kerana penyelidikan

seperti ini belum pernah dijalankan di kawasan ini.

Borg, Gal dan Gall (1975) mencadangkan saiz sample yang besar diperlukan apabila

terdapat banyak variable dalam satu kajian, kedua perbezaan atau perhubungan yang kecil

diramal wujud antara variable-variable dan ketiga skala pengukuran ialah selang dan nisbah,

keempat sample kajian dibahagikan kepada beberapa sub-sample, kelima ciri-ciri variable dalam

sampel adalah heterogenus dan alat pengukur variable bersandar mempunyai keboleh percayaan

yang rendah. Untuk mengelakkan masalah seperti di atas berlaku, maka penyelidik akan

melakukan kajian atas saiz sample yang besar.

Persempelan rawak mudah digunakan, menggunakan jenis persempelan ini, setiap

individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih tanpa sebarang unsur berat

sebelah (Sekaran, 2005). Selain itu, sempel rawak mudah bebas daripada sampling bias. Bagi

menentukan saiz sampel, penyelidik menggunakan rumusan yang digunakan oleh bahagian

penyelidikan National Education Association seperti yang dilaporkan oleh Krejcie dan Morgan

(1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970) tatacara untuk menentukan persempelan yang betul

adalah seperti berikut:

Jadual 3.3.1: Jadual penentuan saiz sampel Krejcie &Morgan (1970)

3
Rumusan yang digunakan adalah seperti berikut:

Di mana:
n= jumlah sapel
N= jumlah populasi
=nilai Chi-square pada 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang diperlukan 0.05 (3.841),
d= darjah ketetapan kerana kesalahan pengambilan sampel yang dapatditoleransi 5%(0.05)
p= nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 bagi memberisaiz sampel yang maksimum)

4
3.4 Instrumen kajian

Soal selidik telah dijadiakn instrument kajian untuk mengumpul maklumat dalam kajian

ini. Kajian rintis dijalankan sebelum menggunakan soal selidik ini. Instrumen kajian ini dibahagi

kepada tiga bahagian.Bahagian A adalah untuk mengukur maklumat berkaitan dengan faktor

demografi guru yang mempunyai lima item. Bahagian B berkaitan dengan variable bebas (IV)

iaitu iklim sekolah yang mempunyai 27 item dan menggunakan soal selidik Hoy, Smith dan

Sabo (2003) daripada kajian Nazimah (2014). Soal selidik ini mempunyai empat dimensi iaitu

kepimpinan sejawata yang mempunyai 7 item, tingkahlaku professional guru yang mengadungi 7

item, tekanan pencapaian yang mempunyai 8 item dan kelemahan institusi yang mempunyai 5

item. Item-item ini disenaraikan dalam bentuk skala Likert lima mata iaitu:

Jadual 3.4.1: Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B

Skala Mata
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Akhirnya, bahagian C pula menguandungi item-item yang berkaitan dengan

pembolehubah bersandar (DV) iaitu komitmen organisasi guru. Soal selidik ini diambil daripada

kajian Nor Shahida (2014) yang telah mengadaptasi daripada kajian Gladys A. Peachey (2002)

yang bertajuk The Effect of Leader Empowering Behaviors on Staff murses Workplace,

Organizational Commitment and absenteeism. Dalam bahagian C terdapat 18 item iaitu 6 item

tentang komitmen Afektif, 6 item mengenai Komitmen Penerusan dan 6 item lagi berkaitan

dengan komitmen Normatif. Item-item ini juga disusun dalam bentuk skala lima. Responden

5
hanya perlu membulatkan pernyataan yang diberi itu berada pata tahap berapa. Skala ini disusun

seperti berikut:

Jadual 3.4.2: Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B

Skala Mata
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jadual 3.4.3: Rumusan pengagihan bahagian dan item dalam soal selidik

Skala Jumlah Item


Item
Bahagian A Soalan Demografi 5 A1-A5

Bahagian B Indeks Iklim Sekolah


Kepimpinan 7 B01,B03,B05,B10,B13,B20,B27
sejawatan
Tingkahlaku 9 B08,B14,B18,B21,B23,B25,B28,B29,B30
professional
guru
Tekanan 8 B07,B11,B15,B16,B17,B19,B22,B24
Pencapaian
Kelemahan 6 B02,B04,B06,B09,B12,B26
Institusi

Bahagian C Komitmen Organisasi


Komitmen 6 C1-C6
Afektif
Komitmen 6 C7-C12
Penerusan
Komitmen 6 C13-C18
Normatif

6
3.5 Kajian Rintis

Menurut Gay dan Airasian (2003), kesahan merujuk kepadasejauh manakah sesuatu alat

ukur, mengukur apayang sepatutnya diukur, manakala kebolehpercayaan pula merujukkepada

sejauh manakah sesuatu alat ukur, mengukur apa yang diukur secara konsisten.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, Kajian rintis akan dijalankan unuk mengetahui dan

mengemaskini instrument selain daripada menentukan keesahan dan kebolehpercayaan borang

soal selidik sebagai instrumen yang digunakan. Soal selidik tersebut akan disemak oleh pakar

dalam bidang pntadbir pendidikan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains

Malaysia dahulu untuk mendapatkan kesahan kandungan. Mereka akan memberi tunjuk ajar

dalam membaiki kelemahan soalselidik supaya item-item yang digunakan tidak mengelirukan

pentafsiranresponden. Kesahan instrument kajian ini dilakukan bagi memastikan soal selidik

yang digunakan dapat memenuhi kehendak kajian. Soal selidik juga disemak oleh pakar bahasa

daripada sekolah penyelidik untuk memastikan struktur bahasa yang digunakan tepat dan senang

difahami.

Selepas itu, sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di

bawah daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Mereka ini dipilili dalam populasi yang

sama tetapi tidak digunakan dalam kajian ini selanjutnya. Soal selidik ditaburkan selama 15

minit dan tujuan kajian rintis adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesesuaian item

soal selidik. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk membuat anggaran masa yang

diperlukan bagi mengendalikan ujian ini ke atas subejk kajian yang sebenar.

Johanson dan Brooks (2010), anggaran bilangan 24 hingga 36 orang responden dianggap

sebagai berpatutan untuk menjalanakan kajian rintis dalam bidang pendidikan. Borang soal

7
selidik yang telah lengkap diisi oleh guru-guru tersebut telah dianalisis dengan menggunakan

SPSS Ver 20.0 untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach (cx). Sekaran (2005) menjelaskan

Alpha Cronbach merupakan pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan begaimana sesuainya

hubungan item-item sebagai satu set soalan. Semakin hamper nilai alpha kepada angka

1,semakin tinggi kebolehpercayaan dalaman. Nilai alpha kurang daripada 0.6 dianggap lemah.

Menurut Lim dan Chee dalam Noraini (2010) cronbach alpha sesuai digunakan untuk

instrument berskala pelbagai seperti skala Likert. Oleh itu, pengkaji memilih cronbach alpha

memandangkan item-item dalam instrument kajian ini berbentuk skala Likert. Lim dan Chee

dalam Noraini juga bersetuju bahawa nilai ideks alpha 0.70 dianggap sebagai nialai yang baik

untuk item yang melebihi daripada 10, dan indeks alpha 0.50 dianggap baik unutk item yang

kurang daripada 10.Manakala menurut Mohamad Najib Abdul Gaffar(2003), sekiranya nilai

Alpha Cronbach melebihi 0.8 membawa makna tahap kesahan atau kebolehpercayaan item diuji

adalah tinggi.

3.6 Prosedur Kajian

Setelah kajian rintis dijalankan terhadap soal selidik, maka soal selidik itu sudah sedia

digunapakai dalam kajia yang sebenar. Untuk menjalankan kajain ini beberapa prosedur adalah

perlu dilalui.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

i) Fasa pertama, mendapatkan Surat Kebenaran Penyelidikan dari Pusat Pengajia Ilmu

Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

ii) Mengemukakan permohonan menjalankan kajian di atas talian melalaui

http://eras.moe.gov.my Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

8
(BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran daripada

Bahagian Kementerian Pendidikan. Permohonan tersebut juga perlu sertakan kertas

cadangan dan instrumen kajian yang lengkap.

iii) Mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perhubungan Jabatan Pelajaran Negeri

Pulau Pinang.

iv) Mendapatkan kebenaran daripada Bahagian PPDSPT

v) Mendapatkan kebenaran Guru Besar sekolah kajian.

vi) Membuat lawata sosial ke sekolah

vii) Menjalanakan kajian sebenar di sekolah-sekolah yang terletak di bawah Seberang

Perai Tengah.

viii) Mengedarkan soal selidik kepada responden.

ix) Fasa kedua,Proses pengumpulan data.

x) Fasa terakhir ialah menganalisis data setelah soal selidik dikutip.

Penyelidik akan menyerahkan borang soal selidik melalui dua cara, iaitu melalui pos atau

menyerah sendiri ke sekolah yang berkenaan. Tempoh masa yang diberikan untuk responden

melengkapkan borang soal selidik ialah lima hari. Selepas habis tempoh yang diberikan,

penyelidik akan mengutip balik soal selidik. Manakala, bagi soal selidik yang dihantar

melalui pos, soal selidik tersebut akan disertakan dengan sampul surat beralamat oenyelidik

dan setem.Responden diberi tempoh tujuk hari untuk menjawab dan menghantar kembali

soal selidik kepada penyelidik. Responden yang gagal menyerahkan soal selidik dalam

tempoh yang ditetapkan akan dihubungi dan tambahan tempoh selama lima hari akan

diberikan. Data yang dikumpul akan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package

Social Science(SPSS) Versi 20.0.

9
Fasa Pertama: Mendapatkankebenaran daripada:

Sebelum mengutip Penyelidikan dari Pusat Pengajia Ilmu


data Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
BPPDP, KPM.
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
PPD SPT
Guru Besar sekolah kajian.

Lawatan sosial

Menyatakan tujuan dan objektif kajian

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasa Kedua Mengutip data:


Soal Selidik

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasa ketiga Menganalisis data:


kuantitatif

Rajah 3.6.1 menunjukkan prosedur mengutip data yang diadaptasi daripada

Creswell & Plano Clark (2007)

10
3.7 Analisis Kajian

Pemprosesan penganalisaan data dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan

maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi.Penyelidik mula menganalisis data kajian

selepas mengutip semula soal selidik daripada responden.

Sebanyak 250 soal selidik diedarkan kepada guru-guru dianalisis. Soal selidik dianalisis

menggunakan kaedah kuantitatif melalui perisisan komputer. Data dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package Social Science (SPPSS) Versi 20. Penyelidik akan menggunakan

statistic deskriptif dan inferensi dalam menyusun dan mempersembahkan data agar mudah

difahami serta dapat menjawab persoalan kajian. Statistik deskriptif melinatkan skor min,

kekerapan, sisihan piawai dan peratusan, manakala statistic infrensi yang digunakan dalam

kajian ini ialah Ujian t, ujian korelasi pearson dan ANOVA sehala.

Jadual 3.7.1 Jadual Penganalisaan data

Soalan Kajian Hipotesis Kajian Teknik analisis


data
1. Apakah tahap iklim sekolah? Stasistik
Deskriptif (Min)

2. Apakah tahap komitmen Stasistik


organisasi di kalangan guru? Deskriptif (Min)

3. Adakah terdapat hubugan yang Ho1 Tidak terdapat perhubungan


signifikan antara iklim sekolah yang singnifikan antara iklim Korelasi Pearson
dengan komitmen organisasi sekolah dengan komitmen
organisasi.

4. Adakah terdapat perbezaan antara Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang Ujian ANOVA
komitmen guru mengikut umur? signifikan antara komitmen guru sehala
mengikut umur.

11
5. Adakah terdapat perbezaan antara Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang Ujian-t
komitmen guru mengikut atatus signifikan antara komitmen guru
perkahwinan? mengikut status perkahwinan.

6. Adakah terdapat perbezaan antara Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang Ujian ANOVA
komitmen guru mengikut signifikan antara komitmen guru sehala
pengalaman mengajar? mengikut penalaman mengajar

7. Demografi responden Statistik


deskriptif
Kekerapan,
peratusan, skor
min dan sisihan
piawai.

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji telah menggunakan Statistik deskriptif bagi

mendapatkan min bagi menjawab soalan kajian 1 dan 2. Noraini (2010) menyatakan Min sesuai

digunakan bagi mengukur tahap variable. Oleh itu, statistik deskriptif ini sesuai digunakan untuk

mengukur tahap Iklim Sekolah dengan Komitmen Organisasi di kalangan guru.

Bagi soalan kajian 3, pengkaji menggunakan Ujian Korelasi Pearson untuk melihat

perhubugan antara variable tidak bersandar (Iklim Sekolah) dan variable bersandar (Komitmen

Organisasi). Selain itu, Noraini (juga menyatakan Ujian-t sesuai dijalankan ke atas perbazaan

jantina. Maka Ujian- t adalah sesuai digunakan untuk mengukur komitmen guru ) mengikut

status perkahwinan.

Di samping itu, penyelidik juga melihat perbezaan antara umu, pengalaman kerja dengan

komitmen organisasi, dengan itu, penyelidik memilih analisis ANOVA satu hala. Norizan etal.

Dalam Noraini (2010) menyatakan ANOVA satu hala sesuai digunakan untuk melihat perbezaan

min pembolehubahn bersandar kuantitatif antara tiga atau lebih kumpulan.

12
Walaupun demografi tidak tergolong sebagai persoalan kajian, tetapi pengkaji juga perlu

menjalankan Ujian ANOVA, Statistik deskriptif, Kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan

piawai untuk mendapatkan data yang diperlukan. Kesemua kaedah ini digunakan bertujuan untuk

menjawab objektif ujian hipotesis yang dibentuk dlam peyelidikan ini. Manakala aras singnifikan

yang ditetapkan pada aras keertian p < 0.05. Aras kesignifikan ini biasanya digunakan oleh

kebanyakan penyelidik dalam membuat keputusan statistik (Sekaran, 1992)

Konstruk

iklim sekolah komitmen organisasi

Populasi

Pilot Test
Kebolehpercayaan Kesahan

Kajian sebenar

Data Kuantiti

Analisis Quantitatif

Dapatan Quantitatif

Rumusan

Rajah 3.7.1 kerangka kajian quantitatif yang akan digunakan

13
3.8 Rumusan

Kesimpulannya, bab ini menerangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, saiz

populasi dan sempel yang terlibat dalam kajian yang akan dijalankan. Selain itu, bab ini juga

menerangkan instrument kajian yang cara mengendalikan kajian. Hasil kajian ini adalah

berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 250 responden untuk

mengenal pasti amalan iklim sekolah berdasarkan pandangan guru-guru terhadap empat dimensi

iaitu kepimpinan sejawatan, tingkahlaku professional guru, pencapaian tekanan dan kelemahan

institusi. Tahap komitmen organisasi guru juga dianalisis untuk melihat sama ada terdapat kesan

antara amalan iklim sekolah dengan komitmen guru-guru.

14
Bibliografi

Borg, W. R. dan Gall, M.D. (1989) Educational Research; An Introduction 5th, end. New York:

Longman.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur:McGraw-Hill (Malaysia) Sd. Bhd.

Creswell, J. W., Plano Clark, V. L., Gutmann, M. L., & Hanson, W. E. (2003). Advanced mixed methods

research designs. In A. Tashakkori & C. Teddlie (Eds.), Handbook of mixed methods in social and

behavioral research. (2nd Edittion). Thousand Oaks, CA: Sage.

Gay,L.R., Mills, G.E. and Airasian, P. (2006).Educational Research: Competencies for Analysis

and Application (8th Edition).New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Gladys A. Peachey. (2002). The Effect of Leader Empowering Behaviours on Staff Nursses

Workplace Empowerment, Organizational Commitment and Absenteeism. Dissertation : Mc

Master University. http://digitalcommons.Mcmaster.ca/opendissertations/2923/Diakses pada 10

Januari 2014.

Johanson, G.A., & Brooks, G.p.(2010). Initial scale development: sample saize for pilot

studies.Educational and Psychological Measurenebt, 70(3), 394-400.

Mohd Majid Konting. (2004) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Gaffar.(2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai:Penerbit UTM.

Nazimah Bt N. Anver Batcha. (2014). Hubungan Iklim Sekolah dan Komitmen Guru Sekolah

Rendah. USM:S-PM 0307/12 UT009.

15
Nor Shahida Binti Sulaiman. (2014). Hubungan antara Amalam Empowermen Guru Besar

dengan Komitmen Organisasi Guru. USM:S-PM 0284/12 UT010

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc GrawHills.

Norizan Esa stal. (2010). Dalam Noraini Idris (ed).Penyelidikan dalam Pendidikan.Kuala

Lumpur: MC Graw Hills, hlm. 462-486.

Sekaran, Uma. (2005). Research method for business: A skill building approach. (4th Edition).

New York: John Wiley & Sons, Inc.

Syed Arabi Idid (1992), Kaedah PEnyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur.

Dewan BAhasa dan Pustaka.

16

You might also like