You are on page 1of 2

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu sama
ada manusia, haiwan, benda, tempat, jarak dan sebagainya.

Kata adjektif boleh disertai dengan kata penguat seperti amat. sangat. paling dan
sebagainya.

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


Jenis kata Contoh Ayat Contoh
adjektif
Warna Merah, ungu, biru, kuning, 1. Puan Alina emulakan perjalanan
hijau, putih, hitam apabila lampu isyarat bertukar
kepada warna hijau.
2. Kulitnya yang putih itu menjadi
kemerah-merahan apabila berjemur
di bawah cahaya matahari.
Ukuran Besar, kecil, tinggi, rendah, 1. Aiman lebih pendek daripada
panjang, pendek, tebal, nipis adiknya.
2. Buku yang nipis sudah habis dibaca
oleh adik.
Bentuk Bulat, lurus, kempis, segi 1. Puan Aminah menghidangkan
empat, bengkok pelbagai jenis kuih di atas meja
bulat.
2. Belon yang dipegang oleh Ali
kempis kerana terdapat lubang kecil
pada belon itu.
Jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris 1. Rumah Sarah sangat jauh dari
sekolah.
2. Kucing itu nyaris dilanggar kereta.
Waktu Pagi, petang, malam, lama, 1. Kamil selalu datang awal ke kelas
lewat, awal, baru, segera tuisyen.
2. Yap Wan Xin segera pulang ke
rumah kerana takut dimarahi oleh
ibunya,
Perasaan Sedih, ketawa, gembira, 1. Lynn Goh berasa gembira apabila
benci, rindu, marah, sayang, mndapat surat tawaran untuk
malu melanjutkan pelajaran ke mendapat
gading dalam bidnag yang
diminatinya.
2. Amira malu apabila ditegur oleh
seorang jejaka di perhentian bas tadi.
Cara Mahir, lambat, fasih, cepat, 1. Ayah memandu dengan cermas
cermat, deras, pantas, apabila melalui jalan yang bengkang
perlahan bengkok itu.
2. Adi Putra berlari dengan pantas
untuk memenangi acara lumba lari
100 meter.
Pancaidera Manis, masin, masam, pahit, 1. BUah manga yang baru dipetiknya
pedas, licin, kesat, harum itu masam kerana masih muda.
2. Bau bunga ros sangat harum.
sifat Indah, cantik, rajin, bijak, 1. Pemandangan di tepi pantai pada
becak waktu senja sangat cantik.
2. Tanha itu becak kerana hujan turun
sejak semalam.

*Kata adjektif yang berawalan ter- mestilah disertai denga kata hubung yang untuk bertugas
sebagai subjek/
Contoh: Lukisan itu tercantik. (x)
Lukisan itu yang tercantik. ()
Apabila menggunakan kata adjektif yang berawalan ter-, kata penguat tidak diperlukan lagi.
Contoh: Pelari itulah yang paling terpantas. (x)
Pelari itulah yang terpantas. ()

You might also like