You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KECEMERLANGAN BOLA SEPAK


2014-2015

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN


73400 GEMAS
NEGERI SEMBILAN

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SEK. KEB. KEM SYED SIRAJUDDIN

1
KERTAS KERJA PROGRAM
KECEMERLANGAN BOLA SEPAK 2014-2015
SK KEM SYED SIRAJUDDIN

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dihasilkan dengan tujuan untuk memperincikan keperluan tugasan
pengurusan, sumber tenaga dan kewangan bagi mengurus dan merealisasikan program
Kecemerlangan Bola Sepak dalam tempoh dua tahun, Sekolah Kebangsaan Kem Syed
Sirajuddin.

2.0 PENGENALAN

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2006 dan berpindah ke lokasi yang ada sekarang
pada tahun 2008. Semenjak sekolah ini beroperasi, bilangan pelajarnya semakin
bertambah seiring dengan pertambahan bilangan anggota tentera yang bertugas di Kem
Syed Sirajuddin. Berdasarkan enrolmen terkini (13 November 2013), bilangan pelajar
lelaki berjumlah 299 orang dan bilangan pelajar perempuan adalah seramai 299 orang
juga yang kesemuanya berjumlah 598 orang.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan


adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan
mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil
satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa
aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara
murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang
berbeza.

3.0 LATAR BELAKANG PASUKAN BOLA SEPAK

3.1 Bermula dari sekolah ini menyertai pertandingan bola sepak di peringkat MSSDT
(peringkat daerah Tampin) sehingga ke tahun ini, belum ada kejayaan yang boleh
dibanggakan.
3.2 Penyertaan pasukan ini kebanyakannya hanya tersekat di peringkat kumpulan
sahaja. Hanya sekali (2011) pasukan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan
tetapi tersekat di peringkat suku akhir.

2
3.3 Berdasarkan kepada tenaga jurulatih pula, sekolah ini tidak kekurangan guru
yang berkemahiran dalam permainan bola sepak. Cuma dari segi teknik melatih
dan membentuk pasukan, guru-guru ini perlu diberi bimbingan yang sepatutnya.
3.4 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan
terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal
insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing
tinggi.

4.0 MATLAMAT PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA SEPAK

4.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat meningkatkan kemahiran dan teknik
permainan bola sepak untuk pertandingan.
4.2 Melalui sistem latihan yang sistematik, satu pasukan bola sepak dapat
diwujudkan dan seterusnya mencapai sasaran johan daerah Tampin dalam
tempoh dua tahun.
4.3 Murid dapat menjalani aktiviti latihan dalam suasana yang menyeronokkan di
samping meningkatkan keyakinan diri terhadap potensi diri bahawa mereka
boleh berjaya.
4.4 Menambah keyakinan jurulatih-jurulatih yang terlibat semasa mengendalikan
sesi latihan melalui peralatan yang ada dan lengkap.
4.5 Matlamat yang paling utama melalui program ini, pasukan yang dibentuk akan
mencapai Johan dalam pertandingan di peringkat MSSDT pada 2015 dan
seterusnya sebilangan pemain dapat mewakili daerah Tampin ke peringkat
MSSMNS.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA SEPAK

5.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan pasukan bola sepak sekolah dan


pelaksanaan aktiviti latihan yang mempunyai unsur keseronokan.
5.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan
murid.
5.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui perlawanan persahabatan.
5.4 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

3
6.0 MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : KECEMERLANGAN BOLA SEPAK 2014-2015

PENGELOLA PROGRAM : UNIT KOKURIKULUM SK. KEM SYED SIRAJUDIN

KUMPULAN SASARAN : 30 ORANG MURID LELAKI TAHUN 5 DAN 6 (2014)

PENGELOLAAN : PASUKAN KEJURULATIHAN BOLA SEPAK SK. KEM SYED

SIRAJUDDN

TEMPOH PROGRAM : NOVEMBER 2013 HINGGA NOVEMBER 2014

JANGKAMASA : 1 TAHUN

TEMPAT PROGRAM : SK KEM SYED SIRAJUDDIN,

73400 GEMAS,

NEGERI SEMBILAN.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM

Pengerusi : En. Nordin bin Sulaiman (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : En. Jasmin bin Hussain (GPK KOKU)

Setiausaha : Pn. Mawaddah binti Mazlan

Bendahari : Pn. Norhasida binti Ujang

Ahli Jawatankuasa : En. Mohd. Fahmie bin Mohd. Fauzi Jurulatih

En. Mohamed Nazrie bin Abd. Hamid Jurulatih

En. Mohd. Rais bin Mohamad Jurulatih

En. Mohd. Nasir bin Ghazali Jurulatih

4
8.0 JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA SEPAK

TAHUN BULAN TEMPOH AKTIVITI JURULATIH / FASILITATOR


2013 Disember 3 hari Pemilihan Peserta Jasmin bin Hussain
Mohd. Fahmie bin Mohd. Fauzi
5 hari Latihan Asas Permainan Bola Semua Jurulatih
Sepak
2014 Januari 1 hari Mesyuarat Jawatankuasa Semua AJK
1 bulan Kid Ball Semua Jurulatih
1 kali seminggu Latihan Kecergasan Ujian Litar Semua Jurulatih
Februari Sehingga Latihan Teknik dan Sistem Semua Jurulatih
pertandingan Permainan Berpasukan
MSSDT
2 hari Perlawanan Persahabatan Semua Jurulatih
Mac 2 hari Pertandingan MSSDT 2014 Semua Jurulatih
April 1 hari Mesyuarat post-mortem Semua Jawatankuasa
3 minggu Latihan Kemahiran Semua Jurulatih
Mei 2 minggu Kid Ball Semua Jurulatih
2 minggu Rehat
Jun 2 minggu Latihan Bebanan Semua Jurulatih
Julai 1 bulan Rehat
Ogos 2 minggu Latihan Bebanan Semua Jurulatih
2 minggu Latihan Kecergasan Semua Jurulatih
September 3 minggu Latihan Taktikal Semua Jurulatih
1 minggu Ujian Kecergasan Semua Jurulatih
Oktober 2 minggu Latihan Taktikal Semua Jurulatih
2 minggu Kid Ball Semua Jurulatih
September 3 minggu Kid Ball Semua Jurulatih
1 minggu Latihan Bebanan Semua Jurulatih
November 1 hari Mesyuarat Jawatankuasa Semua AJK
2 minggu Rehat
Disember 3 minggu Kid Ball Semua Jurulatih
3 hari Pemilihan Peserta Baru Semua Jurulatih
2015 Januari 1 bulan Latihan Teknikal dan Taktikal Semua Jurulatih
Februari 3 kali Perlawanan Persahabatan Semua Jurulatih
1 bulan Latihan Formasi Semua Jurulatih
Mac 2 hari Pertandingan MSSDT 2015 Pertandingan MSSDT
1 hari Mesyuarat post-mortem Semua AJK

5
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Bola Sepak RM55.00 RM55.00 x 30 biji 1650 .00
2 Bip RM100.00 RM100.00 x 2 set 200 .00
3 Marker / kon RM180.00 RM180.00 x 1 set 180 .00
JUMLAH 2030 .00

10.0 PERUNTUKAN

10.1 Sumbangan Yang Berhormat ADUN Kawasan Gemas : RM2030.00

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan sumbangan dari Yang Berhormat ini, dapat memberi
motivasi yang bermanfaat dan berkesan dalam melahirkan pasukan bola sepak SK Kem
Syed Sirajuddin yang lebih mantap dan berjaya.

Disediakan Oleh,

..
(JASMIN BIN HUSSAIN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kem Syed Sirajuddin.

6
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

1.0 TUGAS KEM KOMANDAN


i. Bertanggungjawab sebagai jawatankuasa latihan/bengkel.
ii. Menyelaras dan memantau semua elemen di bawah pimpinannya.
iii. Menyelaras dan memantau secara terus dengan AJK-AJK di bawah pimpinannya.
iv. Bertanggungjawab melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebelum kem
i. Membantu merancang, menyelaras dan menyelia aktiviti program.
ii. Menyediakan jadual tentatif.
iii. Menyelia urusan logistik.
iv. Membantu mengurus:
a. Surat-menyurat, sijil, perlantikan.
b. Menyenaraikan nombor talian kecemasan (Polis,Hospital atau klinik
kesihatan yang berdekatan).
c. Memberi taklimat setiap sesi aktiviti.
d. Melantik ketua peserta lelaki dan perempuan.
e. Menjalankan aktiviti-aktiviti pagi iaitu nyanyian lagu patriotic dan senaman
pagi.
v. Menyediakan carta analisis kehadiran.
vi. Menjadi AJK perhubungan kecemasan.
vii. Menyediakan semua nombor talian bagi tujuan kecemasan.
viii. Mencatat segala keputusan mesyuarat.

Semasa kem
i. Mengadakan Program Suaikenal bagi peserta.
ii. Membantu melaksana dan memantau aktiviti.
iii. Melaporkan segala aktiviti yang telah dijalankan.
iv. Bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap peserta.

You might also like