You are on page 1of 37

SOALAN LATIH TUBI PENGGAL 1

Antara soalan yang boleh dijadikan latihan. Isunya boleh diberi perhatian
walaupun kualiti soalan agak kurang.
Bhg. C

1. Budaya inovasi menjadi keutamaan kepada pihak pentadbir negara untuk


memacu pembangunan negara ke arah lebih maju dan berdaya saing.
Jelaskan kepentingan pemupukan budaya inovasi kepada pembangunan
negara.

2. Pertahanan negara penting untuk menjamin kedaulatan negara terus kekal.


Bincangkan ancaman yang menggugat pertahanan negara.

3. Perpaduan kaum menjadi tunjang utama pembangunan negara Malaysia


namun perpaduan menghadapi cabaran untuk terus dipelihara. Bincangkan.

4. Sektor pertanian memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara.


Pelbagai strategi dilakukan oleh kerajaan untuk menjana keupayaan sektor
pertanian. Bincangkan.

5. Jurang digital merupakan masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasa


penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan masyarakat
di negara ini. Huraikan.

6. Kerajaan telah menggalakkan sektor pendidikan swasta bersama-sama


merealisasikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau.
Jelaskan potensi yang ada pada Malaysia untuk mencapai hasrat tersebut.

7. Program pembasmian kemiskinan kini lebih ditumpukan di bandar berikutan


peningkatan peratus kemiskinan di kawasan bandar. Huraikan

8. Malaysia merupakan antara negara paling banyak memberikan subsidi


kepada rakyatnya. Namun penghapusan subsidi terhadap rakyat membawa
pelbagai kesan. Bincangkan.
9. Industri pelancongan kesihatan negara giat dipromosikan menerusi
pelbagai inisiatif. Huraikan prospek industri ini dan langkah-langkah untuk
mencapainya.

10. Gaya hidup mewah merupakan salah satu sebab golongan muda kini boleh
diisytiharkan muflis. Bincangkan.

11. Kepesatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di negara ini


jelas dilihat melalui kadar penembusan penggunaan internet jalur lebar yang
kian meningkat. Bincangkan.

12. Belia berpengetahuan tinggi merupakan aset penting bagi pembangunan


sesebuah negara. Jelaskan.

Soalan Esei Penggal 2 Latihan atau


ramalan ?
Pengajian Am Penggal 2 ( 900/2 ) Soalan Bahagian C ( Esei ) Skop : Agama dan
Kepercayaan
1. Amalan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Ideologi Negara
bertujuan untuk mewujudkan bangsa dan negara yang berdaulat berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan. Justeru, kerajaan mengambil pelbagai
pendekatan dan langkah untuk memelihara keharmonian antara agama.
Bincangkan.
Skop : Ekonomi
1. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia.
Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk
mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan.
( P2/STPM 2013 )
2. Perdagangan dalam talian memainkan peranan penting dalam
memajukan bidang ekonomi negara, namun demikian kita terpaksa bersedia
untuk menerima pelbagai implikasi negatif yang timbul. Bincangkan.
3. Kerajaan telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi ( MEB ) untuk
memacu Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020. Untuk mencapai aspirasi ini, negara perlulah mempunyai ciri-ciri
ekonomi yang selari dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Bincangkan.
4. Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara. Pada masa yang sama, sektor ekonomi ini turut
menghadapi pelbagai rintangan. Ulaskan.
5. Inflasi merupakan fenomena ekonomi yang sering menghimpit
kesejahteraan hidup rakyat. Justeru, rakyat dan kerajaan terpaksa mengambil
pelbagai tindakan untuk menghadapinya. Bincangkan.
6. Kerajaan melakukan pelbagai cara untuk membasmi kemiskinan dan
mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan serta kekayaan negara
walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Ulaskan.
Skop : Politik
1. Hak-hak asasi rakyat telah diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Tidak semua peruntukan hak asasi di peringkat global sesuai
untuk diiktiraf oleh rakyat negara ini. Bincangkan.
2. Kerajaan senantiasa berusaha untuk meningkatkan tahap dan
kemampanan kualiti hidup rakyat. Bincangkan.
Skop : Sosial dan Budaya dan Pendidikan
1. Cabaran Ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan
hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya
penyayang. ( UP2/STPM 2013 )
2. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara
ini semakin meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala
tersebut. Ulaskan. ( UP2/STPM 2013 )
3. Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Oleh
itu, Malaysia perlu melaksanakan transformasi terhadap keseluruhan sistem
pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Bincangkan.
4. Budaya kebangsaan perlu dikekalkan kerana ia merupakan identiti
negara. Justeru kita tidak boleh membiarkan budaya kebangsaan terhakis
oleh pengaruh globalisasi. Ulaskan.
5. Mewujudkan komuniti yang selamat merupakan tanggungjawab
kerajaan dan rakyat. Bincangkan.
6. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, budaya inovasi, dan memupuk
Minda Kelas Pertama penting dalam usaha membawa negara ke arah
kemajuan. Jelaskan.
7. Pembangunan sosioekonomi secara inklusif tidak mengabaikan kaum
wanita kerana menyedari kepentingan sumbangan mereka. Justeru banyak
inisiatif diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan golongan wanita terus
menjadi penyumbang utama kepada sosioekonomi negara. Jelaskan.
8. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan
usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta.
Bincangkan.
Skop : Ekologi
1. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara
mampan supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan
generasi akan datang. Bincangkan.
2. Malaysia bertuah memiliki sumber biodiversiti namun menghadapi
pelbagai cabaran dalam usaha memelihara dan memanfaatkan sumber
tersebut. Bincangkan.
3. Pemanasan global. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesannya
terhadap negara.
Skop : Prasarana
1. Sebuah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan infrastruktur
bertaraf dunia untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti
hidup rakyat. Bincangkan.
Skop : Sains dan Teknologi
1. Mengurus sumber dan bekalan air amat penting dalam proses
penyediaan kemudahan awam kepada rakyat walaupun menghadapi pelbagai
rintangan. Ulaskan.
2. Tenaga boleh diperbaharui berpotensi untuk dimajukan di Malaysia,
walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan. Bincangkan.
3. Malaysia memajukan teknologi hijau kerana menyedari pelbagai
manfaatnya kepada negara. Ulaskan.
Skop : Integrasi dan Perpaduan
1. Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai
cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia
yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi dan pelbagai
dasar lain. Huraikan. ( P2/STPM 2013 )
About these ads

You might also like