You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN

Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin di

mana ia merupakan rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat adalah

tiang seri yang bermaksud tiang utama pengukuh agama Islam. Apabila seseorang umat Islam

mendirikan sembahyang, maka dia menunjukkan rasa kehambaan dan sebagai khalifah di bumi Allah

SWT. Pendidikan solat ini bermula pada zaman kanak-kanak pada usia tujuh tahun dan akan dipukul

pada usia 10 tahun apabila seseorang beragama Islam tidak mengerjakan kewajipan rukun islam

yang kedua. Kewajipan solat tersebut boleh didapati melalui banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-

Hadith :

Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah

dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka

mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

(Al-Bayyinah 98:5)

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 1


Kami memilih tajuk Solat dari kaca mata sains kerana solat mempunyai banyak kebaikan

terhadap rohani dan fizikal seseorang manusia. Untuk melihat solat dari kacamata sains, kajian

saintifik telah dilakukan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawa solat sememangnya memberi

manfaat untuk rohani dan fizikal kepada sesiapa yang mengerjakannya. Kami mengupas beberapa

pandangan daripada saintis Ng Siew Chok melalui perubahan kimia serta berlakunya ketenangan

semasa berada dalam keadaan tomakninah. Selain itu, menurut Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan

Abbas, solat dapat merawat sakit pinggang serta dapat membaiki postur tubuh badan.

Kajian daripada Dr Fatimah Ibrahim pula, posisi ketika solat adalah penting untuk medapat

kebaikan yang sepatutnya. Kami juga menerangkan kedudukan utama dalam solat sepertia qiam,

rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal dan duduk tahiyyat akhir.

Kami telah mendapatkan sumber tentang solat daripada laman sesawang serta pendapat

individu dalam solat tentang apa yang mereka telah dapati ketika dalam solat menurut sains dan

teknologi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah membantu menjayakan kertas

kerja ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 2


2.0 PERNYATAAN MASALAH

Sebanyak 80 peratus umat Islam di Malaysia telah meninggalkan solat lima waktu setiap hari.

Ini adalah hasil kajian daripada seorang pakar motivasi yang dikenali ramai di Malaysia iaitu Dato

Dr. Hj. Fadzilah Kamsah (daripada Utusan Malaysia 2008, 23 Jun). Peratusan ini diperoleh daripada

tinjauan beliau menerusi program- program ceramah dan motivasi yang telah dijalankan seluruh

negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut beliau, golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat majoriti adalah golongan

para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para

peniaga.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardhu yang

sempurna lima waktu. Amat menyedihkan, golongan pelajar sekolah mengerjakan lima watu

hanyalah 15 peratus. Majoriti menyibukkan diri dengan hal kerja sekolah , melepak serta sengajakan

solat itu sendiri diabaikan kerana mereka meremehkan tentang wajibnya solat terhadap seseorang

dengan mengganggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan pada umum.

Masalah ini melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadah.

Antara faktor ringkas yang dapat diulaskan berdasarkan pandangan individu sendiri adalah

disebabkan malas, lemah, dan bosan dalam melakukan kewajipan rukun islam kedua. Punca sebenar

yang menyebabkan berlakunya sedemikian adalah kerana mereka tidak ada rasa tanggungjawab

terhadap agama dan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka juga tidak diberi pendedahan tentang

kewajipan solat dan juga kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi ketika dalam melakukan solat.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 3


3.0 Dalil Al Quran/Sunnah

Sujud:

Al Quran: Firman ALLAH: As-Sajadah Ayat 15:

"Daripada Ibnu Umar R.A, katanya: Adalah Rasullullah SAW membaca ia(ayat sejadah) sedangkan

kami berada disisinya, lalu Baginda sujud dan kami pun turut sujud bersamanya, maka bersesak-

sesaklah kami sehingga tidak mendapat tempat bagi meletakkan dahi untuk sujud".

(Hadis Riwayat Bukhari).

Keadaan tangan ketika sujud adalah seperti berikut:

i. Tangan Hendaklah Direnggang Dari Tubuh Badan

Hal ini disebutkan didalam hadith (maksudnya): Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua

belah tangan nya dari sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda.

(HR al-Bukhari & Muslim).

ii. Siku Diangkat iaitu Tidak Menyentuh Lantai

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 4


Nabi SAW mengangkat siku dari tanah sebagaimana hadith (bermaksud): apabila sujud, letaklah

kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu

(HR Muslim, Ahmad)

iii. Dahi Dan Muka Berada Diantara Kedua-Dua Tangan

Maksud Hadith: Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud maka baginda meletakkaan wajahnya di

antara kedua dua tangannya.

iv. Jari-jari Dirapatkan

Sebuah hadith menyebutkan (maksudnya); Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk Nabi membuka

(merenggangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya. (HR al Baihaqi dan

Darqutni).

Kajian Dr Fatimah Ibrahim mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu sujud bukan sahaja

menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan

terurut. Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah

(arterioskerosis). Hal ini akan membantu melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota

badan.

Selain itu, beliau menyatakan rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat

berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit

yang boleh menyerang paru-paru.

Rukuk

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 5


Nabi SAW bersabda (maksudnya):

.kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan itu, dan kemudian

bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).

(HR al- Bukhari)

Meluruskan Tulang Belakang Ketika Rukuk

Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu, kemudian

renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakang mu mantap di

tempatnya.

(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).

Tahiyat akhir

(maksudnya): Sehinggalah tatkala Nabi SAW berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim

(memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk

diatas sebelah kirinya bersimpuh.

(HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).

Duduk antara dua sujud dan Tahiyat Awal

Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): Apabila Nabi duduk diantara dua

rakaat, maka Baginda duduk diatas kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 6


Duduk Tahiyat Akhir

Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi SAW berada

pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan

kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya bersimpuh.

(HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 7


4.0 Pendapat Tokoh

Daripada kajian Fatimah Ibrahim iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan

dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM beliau telah mendapati, untuk menzahirkan

suatu nilai komposisi badan yang lebih baik, solat yang diwajibkan didalam Al-Quran, tabiat-tabiat

lazim wajib yang telah diamalkan dan disunatkan oleh Rasullullah SAW melalui amal dan

perbuatannya dan diriwayatkan di dalam hadith-hadith yang disebut didalam penulisannya dan

kajiannya perlu dicontohi dan dipraktikkan untuk mengetahui akan kebaikannya kepada kesihatan

fizikal dan mental kita sebagai umat Islam.

Pandangan daripada Ng Siew Chok (Department of Biomedical engineering) pula, beliau

mendapati perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan

ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit

kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak

daripada aktiviti elektrik.Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi

oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,

katanya.

Akhir sekali, pandangan daripada Profesor Dr Wan Abu Bakar (Department of biomedical

Engineering) berkata bahawa aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan

dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Katanya, hasil kajian

mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai

senaman ringan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana

solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang

memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, katanya.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 8


5.0 Cadangan Penyelesaian Masalah (Idea/Ilmu)

Di sini kita dapat melihat tentang bagaimana solat ini memberi manfaat kepada kita untuk dekatkan

dengan Allah SWT serta menghambakan diri terhadap Allah di mana berdasarkan kajian daripada

tokoh-tokoh yang dikenali ramai iaitu telah menerbitkan banyak buku ilmiah tentang kebaikan

serta telah mensyorkan teknologi sains untuk menunjukkan solat itu memberi kebaikan kepada

fizikal serta rohani pada tubuh badan.

Untuk bahagian ini, kami telah mencari pandangan para ilmuan tentang kebaikan solat

terhadap tubuh badan. Kami telah menjumpai beberapa kajian tentang kebaikan solat terhadap tubuh

badan. Kajian ini telah dilakukan oleh orang-orang yang pakar dalam bidang ini iaitu Fatimah

Ibrahim, Wan Abu Bakar, Ng Siew Cheok daripada Universiti Malaya.

Kajian ini telah dilakukan atas cadangan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, hal berkaitan

ibadah orang Islam amat luas dan wajar dikaji secara mendalam untuk memahami kelebihannya. Jika

kita faham akan ibadah yang kita laksanakan dan tahu kebaikannya tentu keyakinan kita bertambah.

Katanya lagi, jika kita buat sesuatu yang kita tidak faham, boleh menyebablan perasaan malas

menguasai diri, amalan mesti diikuti ilmu pengetahuan barulah datang iman yang kukuh.

Dr Fatimah Ibrahim (Komposisi tubuh)

Idea atau ilmu yang telah dilakukan oleh Fatimah Ibrahim ialah pentafsiran terhadap ayat Al-

Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Penafsiran ini dikenali dengan nama tafsir bi al-Mathur.

Solat haruslah disertakan dengan bacaan doa dan beberapa buah surah yang diambil daripada

Al-Quran. Doa dan ayat-ayat Al-Quran mestilah dibaca oleh sang pelaku ketika berada dalam posisi

badan tertentu serta melakukan gerakan-gerakan di antara postur. Postur atau gerakan utama dalam

solat adalah berdiri (qiyam), membongkok (rukuk) sujud, dan duduk (tahiyat). Manakala postur

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 9


melutut juga berlaku seketika dalam gerakan solat di antara dua daripada postur utama iaitu daripada

postur duduk sehinggapostur berdiri.

Pergerakan solat yang sempurna melibatkan pergerakan yang sama untuk beberapa rakaat

(kitaran). Satu rakaat dalam solat terdiri daripada beberapa postur seperti berdiri, rukuk,sujud, dan

duduk diantara dua sujud. Akhir sekali ialah postur duduk tahiyat awal dan akhir.

Berikut ialah petikan menghuraikan tentang setiap postur utama dalam solat yang telah disarankan

oleh Islam:

a) Qiyam

Qiam adalah kedudukan berdiri tegak dengan tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri di

bahagian atas perut berhampiran pusat.

Perbuatan meletakkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling

sempurna bagi kedua dua tangan. Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi

siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat

penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan daripada munculnya

penyakit seperti kekakuan sendi.

b) Rukuk

Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir (mengangkat tangan sehingga teliga atau

bahu) sambil membaca Allahuakbar diikuti dengan menundukkan badan sebanyak 90% darjah,

manakala kedua belah tangan memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus.

Mata pula tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki.

Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih tinggi atau rendah daripada paras

bahu. Pada masa yang sama, tulang belakang perlu lurus dan rata. Tangan juga perlu dijarakkan dan

diletakkan di lutut. Di bawah adalah petikan hadis yang berkaitan dengan posisi ini:

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 10


Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu, kemudian

renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakang mu mantap di di

tempatnya. (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher, dan

tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang

mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot. Gerakan rukuk yang diajar oleh

Nabi SAW, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.

c) Sujud

Kedudukan sujud adalah apabila tujuh anggota badan menyentuh lantai iaitu dahi, kedua

belah tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua belah kaki di mana kesemua jarinya di

lengkukkan.

Kajian beliau mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu sujud bukan sahaja menjadikan

otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurut.

Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arterioskerosis).

Hal ini akan membantu melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan.

Selain itu, beliau menyatakan rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat

berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit

yang boleh menyerang paru-paru.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 11


d) Duduk Antara Dua Sujud Dan Tahiyat Awal

Duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan

menjadi alas (firash). Tapak kaki ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki mengadap kearah

kiblat (duduk bersimpuh).

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada diatas peha dan Nabi SAW juga

meletakkan sikunya diatas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.

Kajian beliau mendapati pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar

dimana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini

juga dapat menghidarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha.

e) Duduk Tahiyat Akhir

Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas lantai, kaki kiri dimasukkan

kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat).

Dr Fatimah mengatakan ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan

diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan

pengaliran darah kembali ke jantung.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 12


Ng Siew Chok (Isyarat Otak)

Menurut Ng Siew Chok pula, perubahan kimia berlaku apabila otak sedang aktif. Melalui

kajian beliau, didapati kedaan otak menjadi aktif apabila melakukan solat dnegan posisi yang

sempurna. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya

apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan

selepas bangun tidur.

Kata beliau, ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud

sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan

itu adalah tamakninah, katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang

menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Seterusnya, Ng Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu

perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu

mempersiapkan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam

aktiviti harian.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas (Aktiviti Otot)

Kajian yang dilakukan oleh Dr Wan Abu Bakar adalah terhadap aktiviti otot. Menurut beliau,

aktiviti otot memberitahu manusia supaya sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot

menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat

yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan

sistem otot dan fizikal tubuh.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 13


6.0 BATASAN

Terdapat beberapa batasan dalam mengembangkan idea tentang kebaikan solat dari segi sains

ini dan diantaranya adalah halangan idea ini untuk sampai kepada remaja yang kurang didikan agama

daripada keluarga mereka. Bagi keluarga yang tidak ambil berat tentang solat, idea tentang kebaikan

solat mungkin terhalang. Selain itu, idea ini mungkin terbatas kepada remaja yang tidak ada media

social dan jarang mendengar kuliah tentang agama.

Seterusnya, sebagai manusia yang normal, pastinya akan melalui proses baligh. Di peringkat

ini, kita seharusnya sudah mencapai tahap mumayyiz iaitu dapat membezakan yang hak dan batil.

Pada zaman sekarang, anak-anak muda seringkali mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Contohnya apabila melihat kawan sebaya tidak menunaikan solat dan tiada orang dewasa yang

menegur akan perbuatan itu jadi mereka tidak berasa dan tidak nampak akan kepentingan solat di

situ menyebabkan mereka turut tidak solat.

Akhir sekali sebilangan umat islam juga alpa akan tentang kebaikan solat di mana kini

mempunyai pelbagai teknologi yang membolehkan manusia lupa akan tentang solat serta mereka

juga hanya memenuhi keinginan harta dan pekerjaan di dunia sahaja tanpa ingat akan wujudnya

Allah SWT. Kebanyakan manusia tidak menyedari bahawa wujudnya teknologi yang boleh

merapatkan diri dengan Allah SWT. Kini, dunia barat telah mengambil perhatian umat islam dengan

adanya gajet yang mereka cipta seperti telefon bimbit yang menyebabkan manusia lupa untuk

mendirikan solat lima waktu. Disebabkan itu, kami telah menghuraikan adanya teknologi-teknologi

yang boleh manfaatkan diri kita kepada Allah SWT iaitu manfaatnya solat.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 14


7.0 KESIMPULAN

Ibadah solat diberi penekanan di dalam agama Islam kerana solat mendatangkan banyak

kebaikan kepada rohani dan jasmani manusia. Kebaikan solat juga telah dibuktikan dengan kajian

saintifik muthakir dan kajian telah menunjukkan bahawa solat membawa banyak kebaikan kepada

jasad manusia termasuk keadaan fizikal dan mental.

Kebaikan dan faedah daripada kajian saintifik solat sains yang telah mampu dihasilkan oleh

wanita Islam yang professional ini patut di terjemahkan kepada bahasa- bahasa antarabangsa seperti

bahasa Inggeris dan diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh semua bangsa di dunia sebagai medan

dakwah Islamiyah.

Kajian saintifik solat sains ini membolehkan membantu menolak pendapat orang bukan Islam

yang menentang Al-Quran dan Islam, dimana pelbagai kajian yang telah dibuat juga melibatkan

orang orang bukan Islam.

Wanita professional Malaysia kini seperti dr Fatimah Ibrahim contohnya mampu melahirkan

kajian-kajian saintifik yang memerlukan akal dan kebijaksanaan dalam mentafsir, memahami dan

menyelidik serta mengeluarkan fakta-fakta kajian bagi memperkukuhkan Islam dan Al-Quran

sebagai ugama yang benar-benar sesuai untuk umat manusia. Mereka juga mendapat sokongan yang

kuat dari masyarakat dalam mengenengahkan pendapat mereka. Ini menunjukkan keadilan dalam

agama Islam terhadap wanita untuk bersuara dan memberi pendapat, pandangan serta sumbangan

tenaga dan pemikiran yang baik.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 15


Oleh itu, penyelesaian yang telah kami selidik daripada tokoh-tokoh dari Jabatan

Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM), dengan adanya teknologi seperti

encaphalogaphy serta terbitan buku ilmiah daripada Dr. Fatimah, Ng Siew Chok dan Abu bakar

dapat menunjukkan bahawasanya solat itu mempunyai banyak kebaikan dalam kesihatan mahupun di

dunia serta untuk kebaikan di akhirat kelak. Di sini kita dapat ambil sesuatu iaitu apabila wujudnya

teknologi berkaitan dengan solat, hamba ataupun wali Allah SWT akan mendapat intipati daripada

teknologi ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hal ini apabila mereka tahu mengenai

kebaikan solat, mereka akan berminat untuk solat dan ini akan dapat mentauhidkan diri mereka

kepada Allah SWT.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 16


8.0 RUJUKAN

http://belajarsembahyang.blogspot.my/2012/07/pengenalan-solat.html

http://nissaonisaa.blogspot.my/2013/03/solat-dari-perspektif-sains-fadhilat.html

http://waktusolat.net/dua2012dns2a.blogspot.com/2016/03/pengenalan.html

https://www.goodreads.com/book/show/6629738-solat

http://mak-andak.blogspot.my/2012/03/solat-kebaikan-dari-perspektif-sains.html

http://warkahsiber.blogspot.my/2011/12/fadzilah-kamsah-80-orang-islam-tak.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara

_Agama&pg=ba_01.htm

http://darulkautsar.net/asas-islam/?page_id=899

http://ummuzulkarnain.blogspot.my/2016/07/sahih-bukhari-kitab-solat-sesi-1-81.html

http://ukhwahfillahstudentptsb.blogspot.my/2015/09/solat-dari-aspek-sains-dan-hadis.html

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 17


LAMPIRAN

Dr.Fatimah Ibrahim

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai

rahsia solat dari segi sains.

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 18


SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 19
SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 20

You might also like