You are on page 1of 2

Konsep bilik darjah adalah berubah-ubah mengikut perkembangan idea

pendidikan dari masa ke semasa. Konsep bilik darjah pada masa kini biasanya
ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Pada dasarnya,
sebuah bilik darjah perlu dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti kerusi-meja yang
disusun mengikut kehendak aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat
bantu mengajar termasuk dua puluh hingga lima puluh orang pelajar dalam lingkungan
umur yang lebih kurang sama dan dibawah jagaan seorang guru. (Hoy dan Miskell,
1982) mengatakan bahawa iklim merupakan kualiti dari lingkungan (kelas) yang terus
menerus dialami oleh guru-guru dan mempengaruhi tingkah laku dan berdasarkan
persepsi kolektif tingkah laku mereka. Iklim pembelajaran dalam bilik darjah adalah
salah satu perkara yang penting bagi memastikan mood murid-murid lebih ceria untuk
terus belajar.

Di dalam sistem pendidikan terbuka, murid diberi peluang untuk menentukan kepada
dan merancang aktivit pembelajaran sendiri. Sistem sosial merupakan sesuatu sistem
interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Bilik darjah merupakan satu sistem
sosial yang mana interaksi dan aktiviti antara guru dengan murid-muridnya. Iklim
pembelajaran yang baik adalah iklim pembelajaran yang baik dan menggalakkan murid
bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Ini boleh
membentuk murid menjadi lebih berdedikasi, berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih
ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreatif serta lebih tinggi motivasinya. Keadaan
ini akan memberi citarasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid.

Oleh itu, guru perlu mereka strategi cara mewujudkan iklim bilik darjah yang
kondusif. Iklim pembelajaran dapat mempengaruhi murid ke arah membina prestasi
yang baik. Untuk menjadikan pembelajaran itu berada dalam iklim pembelajaran yang
baik, guru pula memainkan peranan yang sangat penting untuk membina strategi.
Antaranya ialah, mewujudkan satu proses yang mana di dalam kelas terdapat ahli
jawatankuasa keceriaan dengan mencipta atau sentiasa menjaga keadaan kelas dengan
baik. Perkara yang perlu dititik beratkan pengurusan dari aspek susun atur dan hiasan.
Usaha ini adalah kerjasama guru dan digandingkan bersama murid untuk mewujudkan
persekitaran dan suasana yang baik sebelum memulakan proses pembelajaran.
Selain itu, guru boleh bekerjasama bersama murid dengan mewujudkan satu
sudut untuk merancang kecerdasan. Contohnya, sudut bercerita dan pentas tarian di
dalam kelas di bahagian belakang mahupun depan. Strategi ini boleh merangsang minat
murid untuk terus berminat berada di dalam kelas dan meneruskan pembelajaran.
Strategi lain seperti membuat aktiviti yang merangsang pemikiran murid semasa
pembelajaran adalah strategi yang sangat berkesan untuk memberi pemahaman sesuatu
tajuk. Strategi ini dapat menimbulkan perasaan suka dan gembira murid kerana dengan
aktiviti menyeronokkan, ianya memberi kesan terapi dan sekaligus membantu
pencapaian objektif murid lebih bermakna.

Strategi lain untuk mencipta iklim pembelajaran yang baik adalah dengan
mewujudkan aktiviti kerja dalam kumpulan. Akitivti ini dapat mewujudkan rasa
tanggungjawab murid terhadap melaksanakan sesuatu tugasan dengan bekerjasama
dengn pihak yang lain. Strategi seperti ini secara tidak langsung dapat memupuk
semangat setia kawan, kerjasama, bantu membantu dan ini merupakan pendekatan
yang baik dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang baik.

Abdul Razak, Ahmad Zabidi. "Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran." Jurnal Pendidikan 31, 2016. Accessed 18 Dec. 2017.

Soon Sang, Mok. Pedagogi 1 Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Selangor, Kumpulan
Budiman Sdn Bhd, 1996, pp. 63-81.

You might also like