You are on page 1of 9

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERTAS KERJA
LATIHAN KEBAKARAN
dan LATIHAN MENGOSONGKAN
BANGUNAN 2010
TARIKH :
13 dan 14 OGOS 2010 (JUMAAT-SABTU)

ANJURAN
BIRO KOLEJ KEDIAMAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN
PELAJAR
dan
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
1. Pendahuluan
Matlamat program ini iaitu;
a) Mendedahkan kepada pelajar pengalaman langsung menghadapi
bahaya kebakaran.
b) Melatih pelajar kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di asrama
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan
kebakaran.

2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada bakal guru
kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik
dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba
dan agensi keselamatan yang lain.
d) Pelatih berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh
disiplin.

3. Tentatif Pelaksanaan.
Tarikh : 13 dan 14 OGOS 2010,
(jumaat dan sabtu)
Tempat Latihan : Kompleks Asrama IPG Kampus Tun Hussein
Onn, Batu Pahat Johor
Tempat Demonstrasi : Dataran Meletak Kereta Pelawat/Pelajar
Tempat Seminar : Dewan Seri Budiman

4. Pengelolaan,
BIRO KEDIAMAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR dan
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

5. Bayaran Penyertaan
Tiada
6. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

En. Rousliluddin Bin Ambia


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

En. Sapuan Bin Nawar @ Munawar


Ketua Warden Unit Kediaman

En Rauf Bin Ibrahim


Penasihat J/Kuasa JPP

Mohd Faiz Bin Mohd Baharan


Yang di-Pertua JPP

Mohamad Sufiyan Bin Samsudin


Ketua Program

Siti Fairuz Falijah Binti Mohd Noor


Penolong Ketua Program

Wan Aqmal Amir bin Wan Abdul Rahim


Setiausaha

Muhamad Syafiq bin Mokhtar Yazid


Bendahari
7. Jawatankuasa Kerja

Urusetia Mohamad Sufiyan Bin


i. Menguruskan surat jemputan untuk: Samsudin (Ketua)
- Pengarah dan Timbalan Pengarah Siti Fairuz Falijah Binti Mohd
- Ketua-ketua Jabatan dan pensyarah Noor
ii. Menguruskan surat edaran untuk para pelajar Mohd Shafiq bin Zulkiflee
iii. Menguruskan jemputan untuk pihak Bomba
dan Penyelamat Malaysia dengan tujuan:
- Menetapkan tarikh dan program
Latihan Kebakaran
- Demonstrasi
- Ceramah/Pameran
iv. Memastikan program berjalan lancar.

JK Peralatan Muhammad Zawahir Bin


- Menyediakan dan menguruskan keperluan Mohd Rusli (Ketua)
alatan untuk latihan kebakaran Mohamad Amier Izuwan bin
- Membantu pasukan Bomba dan Penyelamat Kholil
menyediakan peralatan Syaiful Adlie bin Abd
- Menyediakan peralatan untuk acara seminar Rahman
kesan kebakaran.

Pendaftaran dan Minuman Pelajar Mohd Shahrol Aizat bin Abd


- Menyediakan senarai pelajar yang lengkap Latif (Ketua)
- Mendaftarkan pelajar Ketua-ketua aras
- Mengedarkan air minuman kepada setiap
pelajar yang mendaftar.

Kawalan Keselamatan dan Plan Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah


- Memastikan keselamatan peserta
- Membantu pasukan Bomba dan Penyelamat
dalam melaksanakan program
- Menyediakan plan kecemasan

JK Persiapan Tempat Riyan Promprasit a/l Seet


- Menyediakan tempat untuk latihan kebakaran (ketua)
- Menyediakan tempat yang sesuai untuk acara Semua ketua dan penolong
seminar kesan kebakaran. ketua blok

Juruacara Abdul Munir


- menjadi juruacara sepanjang program Nurul Najwa
berlansung.
8. Kewangan
Bil Perkara Kos RM
1 Jamuan makan untuk tetamu Peruntukan RM 150.00
jemputan dan VIP IPGM Kampus
(30 orang x RM 5.00) IPTHO
2 Peralatan Peruntukan RM 36.00
- Minyak petrol 10 liter = RM IPGM Kampus
18.00 IPTHO
- Minyak diesel 10 liter = RM
18.00
3 Cenderamata kepada pasukan
(diambil
bomba
daripada stor
1. Banner
IPG KTHO)
2.
JUMLAH RM 186.00

9. Pengangkutan
Tiada

10. Penutup
Jawatankuasa Latihan Kebakaran kolej Kediaman IPGM Kampus Tun
Hussein Onn memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjayakannya
dan berharap dengan adanya program ini akan dapat memberikan
sumber inspirasi kepada peserta untuk menjadi guru yang kreatif dan
proaktif.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. …………………………………
(Mohamad Sufiyan Bin Samsudin) (Mohd Faiz Bin Mohd Baharan)
Biro Kolej Kediaman, Yang Dipertua,
Jawankuasa Perwakilan Pelajar. Jawankuasa Perwakilan Pelajar

Disemak oleh: Disokong oleh:

……………………………….. …………………………………
(En. Sapuan Bin Nawar @ Munawar) ( )

Dilluluskan / Tidak Diluluskan

………………………………………
( Tuan Hj. A. Aziz bin Abu Bakar )
Pengarah
IPGM Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
Tentatif Program

19 ogos 2010 (KHAMIS)

LATIHAN KEBAKARAN

MASA Butir-Butir Aktiviti


11.30 – 11.35 malam Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
Semua penghuni Kolej Kediaman wajib
meninggalkan bilik dan menuju ke tempat
berkumpul seperti yang terdapat dalam plan
kecemasan
11.35 – 12.00 malam Pendaftaran pelajar. Pelajar diminta bergerak ke
tapak latihan kebakaran
12.00 – 1.00 pagi Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak
Bomba dan Penyelamat Malaysia
1.00 – 1.20 pagi Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak
bomba.
1.30 pagi Para pelajar bersurai.
Pengarah, para pensyarah serta tetamu dijemput
ke majlis jamuan.
Jawatankuasa Program Latihan Kebakaran
Kolej Kediaman IPG Kampus Tun Hussein Onn
Km 7.75, Jalan Kluang
83009 Batu Pahat, Johor

Tuan Pengarah
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Km 7.75 , Jalan Kluang
83009 Batu Pahat, Johor 30 JULAI 2010

Melalui dan Salinan:


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn

Tuan,
Kebenaran Mengadakan Program Latihan Kebakaran dan Latihan
Mengosongkan Bangunan

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, program tersebut telah dirancang bagi memenuhi


keperluan keselamatan dan latihan menyelamat dalam kalangan penghuni Kolej
Kediaman IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan kerjasama pihak Bomba dan
Penyelamat Malaysia. Program tersebut akan diadakan pada 13 dan 14 Ogos
2010.

3. Pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan amat dihargai dan


didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Tentatif program turut dilampir
untuk rujukan tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………
(MOHAMAD SUFIYAN BIN SAMSUDIN)
Ketua Program

You might also like