You are on page 1of 1

5.

3 JURNAL RUMUSAN ARTIKAL (How do school staff build strong Relations with
community)

Jurnal “How do school staff build strong relations with community” menyatakan
tentang mesej bagaimana kakitangan sekolah membina hubungan baik kepada
semua yang berkepentingan . Bagi tujuan mencapai hasrat untuk membina
hubungan yang baik kepada semua yang berkepentingan ialah dengan amalan
akauntabiliti sekolah yang mampu mencapai standard akademik tinggi. Akauntabiliti
merupakan agenda yang sangat penting serta perlu diusahakan secara aktif dalam
kalangan pemimpin pendidikan selurughnegara bertujuan menjana kualiti prestasi di
sekolah. Hasrat untuk mencapai standard akademik tinggi pemimpin, asasnya ialah
pemimpin mendapatkan kekuatan daripada sokongan staf dan juga komuniti. Oleh
yang demikian akan memastikan matlamat dan harapan akan dapat dikongsikan
dengan semua pihak.

Penulisan yang terkandung dalam jurnal menyatakan bahawa isu ibu bapa yang
gagal mengubah persepsi anak-anak yang melibatkan strategi pihak sekolah seperti
menyediakan kos atau perbelanjaan besar untuk membangunkan persekitaran dan
membina hubungan baik dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan ibubapa tidak
disediakan dengan panduan atau asas pengukuran sejauh mana tahap kefahaman
anak-anak berkaitan dengan tugasan yang diberikan guru. Sebagai pemimpin
sekolah, jika inginkan penglibatan ibubapa untuk mendidik anak-anak tanpa
mengharapkan sepenuhnya daripada guru atau pihak sekolah makapenggunaan
alat-alat dan strategi pengajaran perlulah diketahui serta didedahkan kepada
ibubapa.
Proses penyambungan adalah merupakan salah satu proses yang perlu dikongsi
bersama antara ibubapa. Ianya bertujuan untuk memastikan anak-anak menerima
dan mengikuti proses pembelajaran yang berterusan. Usaha serta langkah
kakitangan sekolah perlu memulakan membina hubungan saling mempercayai
antara kakitangan sekolah dengan keluarga atau ibubapa agar dapat bekerja
sebagai satu pasukan dengan hasrat untuk memenuhi keperluan pelajar. Tidak
dinafikan bahawa terdapat segelintir ibubapa kurang berpendidikan dan tidak
mengetahui tentang keadaan semasa di sekolah. Isu ini tidak menjadi
penghalang,program yang dirancang membanti ibubapa dan pihak sekolah dapat
berkongsi maklumat dan pengetahuan. Kesimpulanya bahawa masa yang lama
diperlukan untuk mewujudkan hubungan harmoni antara sekolah dengan
ibubapa.Dengan adanya hubungan yang diantara kakitangan sekolah dengan
ibubapa akan memberikan impak yang baik kepada kualiti prestasi sekolah.

Rakan perbincangan:

1. FO NEE KHEN

You might also like