The 5th International Conference On Research In Islamic
Education & Arabic Language 2018 (ICRIALE 2018)
MEMBANGUN MODAL INSAN GURU PENDIDIKAN
ISLAM BERKUALITI BERDASARKAN TEORI MALAKAH IBN KHALDUN
Mohamad Zarkhuan Bin Zainol
Azmil bin Hashim Mohamad Marzuqi bin Abdul Rahim
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia;
Abstrak: Kertas kerja yang menggunakan pendekatan
konseptual ini bertujan untuk mengetengahkan teori Malakah Ibn Khaldun dalam membangunkan modal insan guru Pendidikan Islam berkualiti. Malakah yang dimaksudkan Ibn Khaldun adalah kebiasaan yang sudah berakar umbi dan sebati dalam diri seseorang. Terdapat lima Malakah yang diketengahkan dalam menilai modal insan guru Pendidikan Islam yang berkualiti iaitu Malakah Lisaniyyah yang berkaitan dengan kefasihan bahasa dan komunikasi, Malakah Sina’iyyah yang berkaitan dengan profesionalisme, Malakah Ilmiyyah yang berkaitan dengan keilmuan dan pemikiran, Malakah al-Ta’ah yang berkaitan kepatuhan melakukan ibadah dan Malakah Imaniyyah yang berkaitan dengan keimanan. Artikel ini cuba mengupas aspek-aspek Malakah tersebut melalui analisis kandungan terhadap kitab Muqaddimah Ibn Khaldun untuk dipraktikkan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Malaysia.
Kata kunci:
Guru Pendidikan Islam; Ibn Khaldun; Malakah; Kualiti; Modal