You are on page 1of 3

Malam Kebudayaan

Tajuk : Menyertai atau mempersembahkan LIMA persembahan


kebudayaan seperti tarian, dikir barat, nyanyian, iklan, drama
Tempat : Kawasan yang sesuai/ dewan.
Matlamat : Melahirkan insan yang berani, berketrampilan dan mencintai
kebudayaan sendiri
Objektif : Mendidik peserta memahami dan bangga dengan kebudayaan
sendiri
Sumber : Alat tulis, buku tulis
Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai
Mengenalpasti jenis persembahan yang dipersembahkan
Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta
Semasa Aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas
Memastikan peserta dalam keadaan yang terkawal
Peserta membuat LIMA persembahan kebudayaan secara
berkumpulan
Selepas Aktiviti : Jurulatih dan hakim membuat penilaian hasil persembahan
kebudayaan.
Kandungan Aktiviti:

1. Peserta dibahagkan kepada beberapa kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis persembahan kebudayaan seperti
tarian, dikir barat, nyanyian, iklan, drama tetapi setiap kumpulan tidak dibenarkan
membuat persembahan yang sama antara kumpulan dengan satu kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk membuat persediaan persembahan.
4. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan masing-masing.
5. Selepas selesai persembahan satu-satu kumpulan, sesi memberi cadangan, komen,
pendapat dan sebagainya dibuka selama 5 minit tetapi mestilah yang positif dan
membina.
6. Selepas semua kumpulan selesai membuat persembahan, urusetia/jurulatih mestilah
menyediakan panel hakim untuk menilai keputusan yang diberi.

(Nilai murni: Ini bertujuan untuk memupuk peserta memberi keputusan yang adil
walaupun menyebelahi kumpulan mereka.)
Alam Sekitar

Tajuk : Gotong-royong
Tempat : Kawasan yang sesuai/ Kawasan kem
Matlamat : Melahirkan insan yang peka dengan kehidupan ungags.
Objektif : Mendidik peserta menyedari kepentingan menjaga alam sekitar.
Sumber : Plastik sampah,
Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai
Memastikan peralatan dibawa oleh setiap peserta
Semasa Aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas
Memastikan peserta dalam keadaan yang terkawal
Gotong-royong dijalankan dalam keadaan yang sistematik
Selepas Aktiviti : Jurulatih membuat penilaian kepada hasil kerja peserta dan
membuat rumusan
Majlis Penutupan
Tajuk : Majlis Penutupan
Tempat : Kawasan yang sesuai/ dewan
Matlamat : Memeriahkan suasana aktiviti dan menunjukkan penghargaan
Objektif : Mengukuhkan hubungan antara peserta dan menunjukkan
perasaan bersyukur kepada pihak penganjur
Sebelum Aktiviti : Mengenalpasti lokasi yang sesuai
Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Menyambut pihak-pihak yang berkenaan
Semasa Aktiviti : Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas
Memastikan peserta dalam keadaan yang terkawal
Memastikan jumlah peserta
Kandungan Aktiviti:

1. Mengenalpasti bilangan murid berada di dewan.


2. Menyambut VIP dan pihak utama dengan meriah.
3. Menyanyi lagu “Negaraku” dan lagu negeri Johor.
4. Ucapan pihak berkenaan
5. Majlis penyampaian hadiah dijalankan.

You might also like