You are on page 1of 5

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat gangguan emosi ditakrifkan sebagai gangguan emosi

akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai
kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara
gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial, ketidakmampuan untuk belajar yang tidak
dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan
emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima
oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.

Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid.
Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid
ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan
sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di
dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan
disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling
dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof
Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan
negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas
padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar
dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian
dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan
melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah
penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis
kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat
dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu
memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan
menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas
fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati,
murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh
minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga
menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan
bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada
juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi.
Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih
tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan
zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya
juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-
kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya
seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang
diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka,
mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak
disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan
mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba
menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong
dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri
hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini
menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan
tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid


Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh
Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life “No one can liveWithout experiencing
some degree of stress at all.” Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah
Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri,
menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa
berubah (Iohnson, 1997).

Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin
mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak
sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan
negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan
makan berlebihan atau menahan lapar,
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai
kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs,
Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988),
kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan
masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para
pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi
yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja


berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah
mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan
menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan
kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah
menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu
mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .
Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Kesan
yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap
pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di
akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya
pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip
dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada
setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku
agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu
atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu
tersebut berkernungkinan mengalami tekanan.

Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja
dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang
menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan
bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada
diri pelajar.
Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami
gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan
pihak sekolah adalah seperti berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan
interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di
antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan
suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak
merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan
demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara
satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti
kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,
lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan
merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak
akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk
menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai


Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan
interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak
langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah
menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau
memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku
yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah
peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi
kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain.
Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid
yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program
yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku.
Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi
untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan
kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

5. Murid bersifat self-efficacy


Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar
daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana
membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih
kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia
merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-
murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan
personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa
seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang
bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan
masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk
menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibubapa
juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan
emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga
memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak
diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu
diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya
diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka
memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya
dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu
mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi
bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-
langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal
menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan
membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya
dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya.

Sekian.

You might also like