You are on page 1of 1

Rumah limas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah
bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus
ke atas seperti piramid.
Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan.
Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika
musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal
serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap
tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan
udara masuk ke dalam rumah.
Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar
yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.
Selain itu rumah limas di Muar biasanya biasanya memiliki struktur tambahan iaitu
penambahan seperti pagar di bahagian bawah rumah yang dikenali sebagai "kolong" yang
berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali
sebagai rumah baju kurung.
Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat
melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

You might also like