You are on page 1of 1

CARA MENGATASI MASALAH OBESITI

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada
masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang ia bukan sahaja dapat mengatasi maslaah
obesity malah ia dapat bantu mengahasilkan aktivi agar kita dapat melakukan
aktiviti-aktiviti berfaedah. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat,
lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang
demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam
pemilihan agar kita mendapat nutrisi yang secukupya. Sejak kecil, kita dididik agar
mengelakkan diri daripada makan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti
makan yang banyak lemak dan gula malah kita seeloknya membiasakan diri engan
makanan yang membawa pelbagai khasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga
waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan
slogan “makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” bagi memastikan rakyat
mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana, kita bukan sahaja sihat malah
kehidupan akan menjadi lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya
sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.

Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara


konsisten. Antara senaman yang boleh silakukan adalah berjoging, berbasikal, aerobik,
bersukan, berenang dan sebagainya. Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan
senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit, tiga kali seminggu. Aktiviti
senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya
menjadikan kesibukan bekerja atau jadual yang penuh sebagai alasan untuk tidak
bersenam. Selain itu, ketika melakukan senaman, jantung akan bekerja lebih cekap
ketika bersenam daripada berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah
pengerasan arteri serta memecahkan lemak yang terkumpul. Tambahan pula, kini
banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Sebagai
contoh, alatan senaman seperti “treadmill” membolehkan kita berlari di dalam kawasan
yang tertutup. Jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu
kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah
kegemukan. Perkara ini bertetapan dengan peribahasa seperti menyelam sambil minum
air kerana dengan bersenam bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.

You might also like