You are on page 1of 5

RUMUSAN SEMAKAN PORTFOLIO PRAKTIKUM 2 UNIT P DAN

PRAKTIKUM 1 UNIT Q
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 dan PISMP Ambilan Jun 2015 telah berjaya menamatkan Praktikum
yang berlangsung selama 12 minggu bermula dari 3 Julai hingga 29 September 2017. Sepanjang
tempoh tersebut, pelbagai panduan dan peringatan diberikan berkenaan penyediaan Portfolio
Praktikum.

Sebanyak 192 set fail (Portfolio Praktikum dan Fail Persediaan Mengajat) telah disemak. Unit Praktikum
mendapati:-
A. Terdapat segelintir pelajar telah mengambil inisiatif dengan:-
A. Membina borang refleksi RPH sendiri.
B. Membina jadual semakan portfolio sendiri.
C. Menampal slip/tiket kelas ganti pada helaian kertas sebagai lampiran.
D. Menggunakan warna yang berbeza pada cetakan RPH untuk mengasingkan RPH Bidang
Teras dengan RPH Elektif Teras.
E. Membuat penandaan dan meletakkan salinan borang PR1 pada RPH yang diselia oleh
pensyarah / guru pembimbing.

Unit Praktikum menyambut baik usaha pelajar-pelajar yang telah mengambil inisiatif ini. Ia
dilihat sebagai kemahiran pengurusan fail yang bijak.

B. Disenaraikan kelemahan / kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:-
1. Penggunaan jenis fail yang tidak sama. Sekiranya pelajar ingin menggunakan fail biru,
pastikan kesemua fail berjenis fail biru. Begitulah halnya dengan fail putih.
2. Tidak memadam terlebih dahulu tulisan berwarna merah dalam Dokumen Praktikum
2017.
3. Nama yang ditulis pada kulit portfolio (biru) tidak jelas dan sukar dibaca. Ada juga yang
tidak melengkapkan maklumat pada muka hadapan portfolio terutamanya yang
menggunakan portfolio biru.
4. Terdapat tandatangan palsu pada dokumen yang dihantar.
5. Menggunakan pembahagi yang terlampau atau pembahagi yang tidak diperlukan.
Tindakan ini hanya akan mengakibatkan ketebalan portfolio/fail.
6. Meletakkan dokumen di tempat yang salah, tidak sepatutnya atau tidak diperlukan.
Dengan erti kata lain, tidak menyusun portfolio dan fail dengan baik.
7. Memasukkan dokumen yang tidak diperlukan atau yang tidak diminta ke dalam
portfolio atau fail persediaan mengajar. Hanya memberatkan fail.
8. Terdapat beberapa penyediaan dokumen/bahagian yang menggunakan bahasa ibunda
dan tidak diterjemah kepada Bahasa Melayu.
9. Untuk Peta Lokasi, janganlah guna print screen daripada telefon pintar. Ia menunjukkan
pelajar itu seolah-olah tidak tahu menggunakan komputer dan teknologinya.
10. Meletakkan buku takwim sekolah sepenuhnya. Sepatutnya hanya letak salinan pada
bulan yang terlibat dengan praktikum sahaja.
11. Meletakkan buku peraturan bersaiz poket pada bahagian Peraturan-Peraturan Sekolah.
Sepatutnya pelajar perlu mengeluarkan maklumat yang terdapat dalam buku tersebut.
12. Nama pada ruangan tandatangan pensyarah penyelia atau guru pembimbing, tidak
ditulis nama dan juga tarikh tandatangan. Sekiranya pensyarah atau guru tidak
menulisnya, maka menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengisi atau
melengkapkannya.
13. Borang PR1 salinan pelajar perlu disimpan di dalam Portfolio Praktikum. Salinan boleh
diletakkan di dalam Fail Persediaan Mengajar.
14. Pelajar masih menyimpan salinan Borang PR1 guru pembimbing (berwarna biru) yang
sepatutnya diserahkan kepada pensyarah penyelia / Unit Praktikum.
15. Tidak mencetak borang PR1 dari MyPOROMS untuk diletakkan dalam Portfolio
Praktikum.
16. Tidak membina rekod prestasi murid atau rekod kehadiran murid. Hanya buat salinan
daripada rekod asal. Pelajar sepatutnya memindahkan maklumat tersebut kepada jadual
(format) yang disediakan.
17. Nama guru penasihat tidak dimasukkan pada borang Rancangan Aktiviti Kokurikulum.
18. Laporan Aktiviti Kokurikulum tidak diulas oleh guru pembimbing.
19. Tidak mencetak cetakan jurnal yang sepatutnya dari MyPOROMS.
20. Pensyarah tidak memberikan komen pada jurnal mingguan pelajar.
21. Meminda maklumat cetakan MyPOROMS. Ia adalah salah satu tindakan yang tidak wajar
sekiranya tidak mendapat kebenaran Unit Praktikum.
22. Catatan Kemajuan Tindakan Susulan – perlulah bertulis seperti jadual yang disediakan
dan bukannya secara terpisah, melainkan atas permintaan pensyarah penyelia.
23. Catatan Kemajuan Tindakan Susulan – tidak disediakan dengan baik dengan ulasan dua,
tiga patah perkataan saja.
24. Maklumat Inovasi PdP – hanya menggunakan Power Point sebagai inovasi pdp.
Sepatutnya ada penerangan mengenai penggunaan slaid tersebut.
25. Maklumat Inovasi PdP – tidak perlu letak lembaran latihan murid.
26. Maklumat Inovasi PdP – tidak perlu sama dengan pasangan praktikum
(duplikasi/peniruan/imitasi yang salah).
27. Tidak melampirkan DSKP dalam Fail Persediaan Mengajar.
28. Menulis refleksi RPH terlalu ringkas dan tidak mengikut spesifikasi penulisan refleksi
yang mana perlu menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan.
29. Tidak perlu mengasingkan RPH Major/Bidang Teras dengan Elektif/Elektif Teras dengan
fail yang berbeza kerana ia mengenepikan amalan penulisan RPH yang sepatutnya di
sekolah.
30. Pastikan kebersihan pada fail-fail yang dihantar. Tiada kekotoran, tiada bau-bauan yang
tidak sepatutnya, tiada helaian rambut dan atau pun sebarang kekotoran lain.
31. Bilangan penyeliaan pensyarah penyelia atau guru pembimbing tidak mencukupi.
Setelah semakan terhadap MyPOROMS dan Portfolio Praktikum mendapati terdapat
sebahagian daripada pelajar yang tidak mematuhi bilangan penyeliaan mengikut garis
panduan. Pelajar perlu bersedia menanggung risiko kerana peringatan telah pun
diberikan sepanjang tempoh semasa dan selepas praktikum.

Unit Praktikum memandang 31 perkara di atas adalah sesuatu yang serius. Mohon kepada
pelajar yang terlibat dengan 31 perkara tersebut, untuk membetulkan/membaiki semula
Portfolio Praktikum atau Fail Persediaan Mengajar.

C. Kesimpulannya:-

BILANGAN PELAJAR
PERKARA
UNIT P UNIT Q

Penyediaan Portfolio Praktikum Terbaik. 2 6

Borang Maklumat Salah Laku Pelajar yang bakal 29 67


dikeluarkan. (Ditangguhkan) (Ditangguhkan)
Seorang pelajar Unit
Pemalsuan tandatangan pensyarah penyelia/pentadbir
Tiada Q4 dan seorang
sekolah/guru pembimbing.
pelajar Unit Q8
Hanya menghantar Portfolio Praktikum tanpa Fail
1 1
Persediaan mengajar.
Sehubungan dengan itu, para pelajar dibenarkan untuk mengambil semula Portfolio Praktikum
bermula pada hari ini sehingga 5 Januari 2018. Pengambilan portfolio adalah secara individu tetapi
dibenarkan untuk mewakilkan pasangan praktikum atau rakan sekelas untuk mengambil portfolio dan
fail.

Kepada pelajar-pelajar berikut, tahniah diucapkan kerana tersenarai dalam kategori Penyediaan
Portfolio Praktikum dan Fail Persediaan Mengajar Terbaik:-
1. 961203-29-5092
2. 960703-01-6454
3. 960928-04-5192
4. 940721-02-6244
5. 950929-08-5584
6. 960125-08-6222
7. 950527-02-5220
8. 950315-08-5256

Kepada pelajar yang terlibat dengan pemalsuan tandatangan pensyarah penyelia/pentadbir


sekolah/guru pembimbing, anda diminta menyerah diri atau menghubungi Pegawai Pengurusan
Praktikum untuk urusan selanjutnya. Sekiranya gagal, anda perlu menanggung risiko atas pengajian
anda di IPG Kampus Ipoh.

Kepada pelajar (950323-01-6154 dan 960202-13-5770) yang hanya menghantar Portfolio Praktikum
tanpa Fail Persediaan mengajar, anda diminta untuk menghantar Fail Persediaan Mengajar bersama-
sama surat tunjuk sebab kepada Pegawai Pengurusan Praktikum selewat-lewatnya pada 2 Januari
2018. Kegagalan anda adalah tanggungan risiko sendiri.

Kepada pelajar yang bakal mendapat Borang Maklumat Salah Laku Pelajar, anda diberikan 2 pilihan:-

1. Membetulkan kesalahan – Ambil semula fail Portfolio Praktikum. Betulkan semua kesalahan
seperti yang dinyatakan. Hantar semula. Sekiranya pegawai pemeriksa berpuas hati, saman
anda tidak akan dikeluarkan.

Pelajar diberikan tempoh dari tarikh sehingga 12 Januari 2018 untuk pilihan ini.

ATAU

2. Menerima saman – Pelajar akan diberikan Borang Maklumat Salah Laku Pelajar. Tulis surat
tunjuk sebab seperti yang diminta dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tetapi harus diingat,
bagi pilihan ini rekod kesalahan pelajar tetap akan dicatatkan dalam rekod prestasi pelajar yang
mana rekod ini akan dirujuk oleh pihak tertentu bagi tujuan perjawatan pada masa akan
datang.

Pelajar diberi tempoh sehingga sehingga 5 Januari 2018 untuk pilihan ini.

Perlulah diingatkan, isu Borang Maklumat Salah Laku Pelajar bukan untuk melemahkan semangat
pelajar. Tetapi sebagai ingatan kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi kerana perlu
diingat, penempatan bagi pelajar IPG bukan lagi satu keistimewaan tetapi satu perebutan. Hanya
mereka yang cekal saja yang boleh mendapat tempat. Yang lemah, akan terus ketinggalan.

Akhir sekali, apa pun juga kesalahan yang kita lakukan itu adalah tidak penting. Perkara yang paling
penting ialah bagaimanakah caranya untuk kita memperbaiki kesalahan tersebut dan tekad kita untuk
tidak mengulanginya.

Disediakan oleh:
PEGAWAI PENGURUSAN PRAKTIKUM
IPG Kampus Ipoh

You might also like