You are on page 1of 45

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN

EL B38

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOR AZURA BINTI MOHAMAD D20102046541 012-6961501

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR DR. KAMARULZAMAN BIN KAMARUDDIN

TARIKH SERAH: 21 DISEMBER 2011

1
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS BERMAIN ALAT PERKUSI MELALUI


KAEDAH TUNJUK CARA BAGI PELAJAR TAHUN 2 SK KAMPUNG BAHARU
LANJUT

Oleh:
Nor Azura binti Mohamad
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut,
43900 Sepang,
Selangor.

DISEMBER 2011

2
ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN 5

1.0 PENDAHULUAN 6-7

2.0 LANGKAH 1 : MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN


2.1 ABSTRAK 7-8
2.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS 8-9

3.0 LANGKAH 2 : MERANCANG TINDAKAN


3.1 TUJUAN KAJIAN 9 - 11
3.2 OBJEKTIF KAJIAN
3.2.1 Objektif Am 11
3.2.2 Obejktif Khusus 11
3.3 KUMPULAN SASARAN 11
3.4 IMPLIKASI TANPA KAJIAN 11 - 12
3.5 JANGKAAN HASIL DAPATAN KAJIAN 12 - 14
3.6 IMPLIKASI KAJIAN
3.6.1 Implikasi Kepada Murid 14
3.6.2 Implikasi Kepada Guru 14 - 15
3.6.3 Implikasi Kepada Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan 15 - 16
3.7 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN 16 - 18
3.8 PELAKSANAAN KAJIAN
3.8.1 Soal Selidik 18
3.8.2 Temu Bual 18
3.8.3 Pemerhatian 19
3.8.4 Ujian Pra dan Pos(Amali) 19
3.9 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
3.9.1 Analisis Soal Selidik 19 - 21
3.9.2 Analisis Temu Bual 21

3
3.9.3 Analisis Pemerhatian 21
3.9.4 Analisis Ujian Pra dan Pos(Amali) 22 - 24

3.10 INSTRUMEN/BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN KAJIAN


3.10.1 Skor Lagu 24
3.10.2 CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung 24
3.10.3 Kad Imbasan 25
3.10.4 Alat Perkusi 25

4.0 LANGKAH 3 : MENJALANKAN TINDAKAN


4.1 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN 25 - 26
4.2 LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 26 - 27

5.0 LANGKAH 4 : MELAKUKAN REFLEKSI


5.1 REFLEKSI KAJIAN 27 - 29

6.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 29 - 31

7.0 RUMUSAN 31

8.0 RUJUKAN BUKU 32 - 34

9.0 RUJUKAN INTERNET 35

10.0 LAMPIRAN 36 - 44

PENGHARGAAN

4
Bersyukur saya ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan pertolongan dan hidayah-Nya maka
saya dapat menyiapkan kajian ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah kumpulan EL B38 iaitu Profesor Dr. Kamarulzaman bin Kamarudin yang
telah membimbing saya sepanjang berada dalam kursus KPD 3026 ini. Semoga segala
bimbingan, tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan akan mendapat ganjaran daripada Allah
SWT.

Ucapan terima kasih juga saya ingin dedikasikan kepada Tuan Haji Azizan bin Azhar, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut kerana dengan izin beliau yang
memberikan peluang dan ruang buat saya untuk menjalankan kajian tindakan kepada pelajar
Tahun 2 Jujur. Beliau juga sentiasa memberi sokongan, bantuan dan kerjasama kepada saya
sepanjang proses kajian ini dijalankan.

Tidak dilupa juga buat semua pihak dan individu yang terlibat terutama rakan-rakan dan juga
sahabat seperjuangan dalam menjayakan kajian ini. Saya amat menghargai sokongan moral,
dorongan dan idea-idea yang diberikan. Sesungguhnya jasa dan budi kalian akan ku kenang
hingga ke akhir hayat.

Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta, Mohd. Nawi bin
Che Wil kerana sentiasa membantu dan memberi semangat kepada saya di dalam menyiapkan
kajian ini. Terima kasih juga buat bonda yang disayangi kerana sentiasa mengiringi anakanda
dengan doa kejayaan. Istimewa ucapan terima kasih ini buat putera-puteraku, Nabil dan Aqil
yang sentiasa memahami kesibukan mama serta motivasi yang diberi sehingga kajian ini dapat
disiapkan.

Sekian, terima kasih.

Nor Azura binti Mohamad.


SK Kampung Baharu Lanjut,
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Disember 2011
1.0 PENDAHULUAN

5
Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk
mengubah amalan-amalannya.

Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang
kajian tindakan. Di antaranya ialah :

B. Carr dan Kemmis (1986) mantakrifkan kajian tindakan adalah suatu inkuiri yang berbentuk
refleksi kendiri (self-reflective enquiry) yang dilakukan oleh peserta, misalnya guru, pelajar atau
pengetua dalam situasi sosial untuk memperbaiki dan memahami amalan sosial atau amalan
pendidikan (social or educational practices). Kemmis dan McTaggart (1988) juga mempunyai
pendapat yang hampir sama dan mereka menyatakan bahawa kajian tindakan ialah inkuiri yang
berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi sosial
yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri secara
rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan tersebut dan situasi di mana amalan
tersebut dilakukan.

Bassey (1990) mendefinisikan kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada
perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan
pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan
ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku
di persekitaran sendiri.

John Elliott (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah
praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinasikan oleh
penyelidik dalam disiplin tertentu. Dengan ertikata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah
untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru.

C. McNiff (1998) mentakrifkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki dan
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih
sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi
bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru
melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan
ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian
tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on).

6
Kesimpulannya, kajian tindakan bagi seorang guru ialah satu proses tindakan yang dilakukan
untuk penambahbaikan kepada sesuatu perkara untuk melakukan perubahan di persekitaran
kepada keadaan yang lebih baik. Guru atau pendidik menjalankan kajian dengan tujuan untuk
memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Perubahan
dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta
profesionalisme perguruan.

2.0 LANGKAH 1 : MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN

2.1 ABSTRAK

Mata pelajaran Pendidikan Muzik bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang
berorientasikan kreatif dan kreativiti. Industri muzik pesat berkembang di negara ini. Secara
tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap
perkembangan dan perubahan kreatif dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang
cenderung dengan perkembangan seni muzik.

Pengajaran Pendidikan Muzik yang bercorak amali, membolehkan murid-murid menggunakan


alat muzik untuk membuat improvisasi dalam penghasilan corak lagu dan rentak, perkakas
yang mudah dan mengendalikan alat dengan seronok dan terpimpin. Penggunaan alat perkusi
dapat menjadikan murid seronok dan riang melakukan aktiviti muzikal sekaligus membantu
pencapaian objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran
asas bermain alat perkusi melalui kaedah tunjuk cara bagi pelajar-pelajar tahun 2 Jujur
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Responden adalah terdiri
daripada dua puluh empat orang pelajar yang terdiri daripada dua belas orang lelaki dan dua
belas orang perempuan. Masalah yang dikesan adalah kelemahan murid di dalam
mengendalikan alat perkusi di dalam aktiviti pengajaran yang dikelolakan oleh guru. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan pencapaian murid-murid sebagaimana yang diperoleh melalui
ujian yang dijalankan. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah tunjuk cara secara betul
yang digunakan memberi kesan kepada kemahiran murid. Pengkaji berpendapat, seseorang

7
guru itu harus berani mencuba pelbagai teknik dan strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemahiran murid di dalam isi pelajaran
yang dipelajari. Di harapkan dengan adanya kajian ini dapatlah kita mencari jalan penyelesaian
demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan pelajar yang
berketrampilan dalam semua bidang.

2.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS

Mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah merupakan satu subjek dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Ia telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan
murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui pelbagai teknik pengajaran
dan pembelajaran demi untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-
murid dan memberi pengalaman mengendalikan pelbagai alat muzik bercorak amali dan di ajar
dalam tahap 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.

Menurut Mok Song Sang (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian iaitu 75%
daripada maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah melalui deria penglihatan, 13%
melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan bau. Berdasarkan kajian di
atas, deria maklumat. Oleh yang demikian, pengajaran perkusi dengan menggunakan kaedah
tunjuk cara memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
tujuan untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.

Saya sebagai seorang guru muzik berasa terpanggil untuk membantu murid-murid saya supaya
mereka dapat menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul. Bagi saya, jika
mereka tidak dapat menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi ini dari awal, maka apabila
mereka berada pada tahap yang seterusnya, ianya akan menimbulkan banyak masalah kepada
murid itu sendiri dan juga guru yang terlibat untuk mengajar mereka. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Dunn dan Dunn (1992), ia menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap pelajar
terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu, saya telah mencari dan mengenal pasti pendekatan
yang sesuai dengan kajian saya ini.

8
Daripada pemerhatian saya semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lalu, iaitu semasa menjalankan aktiviti permainan alat perkusi bagi Kelas 2 Jujur di Sekolah
Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, saya dapati seramai 24 orang pelajar saya yang terdiri
daripada 12 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan mengalami masalah tidak dapat
memainkan alat perkusi dengan betul secara asasnya. Topik pembelajaran pada hari tersebut
adalah nyanyian dan permainan alat perkusi. Masa yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah selama 60 minit.. Sewaktu semua murid bermain alat perkusi saya
tidak dapat mengesan secara keseluruhannya masalah ini tetapi apabila tibanya di dalam
aktiviti permainan secara berkumpulan, barulah saya dapat mengesan masalah yang timbul..
Ada di antara pelajar saya yang dapat bermain dan juga tidak dapat bermain alat perkusi
secara betul malah ada juga pelajar saya yang memegang alat perkusi dengan cara yang
salah. Sebab itu, saya rasa terpanggil untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi
masalah ini dengan melakukan kajian tindakan. Menurut Asiah Abu Samah (1990), proses
pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dan mengutamakan aktiviti murid serta
penggunaan alatan bahan di bilik darjah semakin lama semakin kurang diamalkan. Saya tidak
menafikan bahawa saban hari sejak kebelakangan ini didapati pengajaran dan pembelajaran
bermain alat perkusi semakin kurang dilaksanakan di sekolah.

Carl Orff seorang ahli falsafah muzik yang terkenal menyatakan bahawa menyanyi, menyebut,
menari dan bermain merupakan aktiviti di dalam elemen pendidikan muzik. Improvisasi dan
mencipta sesuatu bentuk yang baru dalam setiap apa yang disebut di awal tadi merupakan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan yang dalam erti kata lain, ia adalah sebahagian
daripada tingkah laku semulajadi kanak-kanak iaitu bermain. Oleh itu, tidak dapat dinafikan
peranan muzik itu sendiri cukup besar bagi menjamin bahawa belajar muzik adalah sesuatu
yang amat menyeronokkan.

3.0 LANGKAH 2 : MERANCANG TINDAKAN

3.1 TUJUAN KAJIAN

Masalah penguasaan kemahiran asas bermain alat perkusi bagi mata pelajaran pendidikan
muzik merupakan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Jujur di sekolah
Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut merupakan punca mengapa kajian ini dijalankan.
Berbagai kaedah telah di cuba dan akhirnya kaedah pembelajaran secara tunjuk cara atau

9
demonstrasi merupakan kaedah yang terbaik untuk diguna pakai dalam mengatasi masalah ini.
Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan kelas tambahan terhadap
pencapaian akademik pelajar (Mahzan Arshad, 2004). Berdasarkan pernyataan ini, jelaslah
bahawa kaedah pengajaran merupakan faktor utama menyumbang ke arah penguasaan murid
dalam sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian, satu kajian berasaskan kaedah tunjuk cara
amat perlu dilaksanakan demi meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi dan secara amnya
membantu mencapai matlamat dan objektif utama mata pelajaran muzik di sekolah rendah
amnya dan khasnya bagi murid-murid tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu
Lanjut, Sepang, Selangor.

Sekali lagi pengkaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan
satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh setiap warga pendidik yang prihatin terhadap
pembangunan pendidikan khasnya dalam subjek pendidikan muzik.

Berdasarkan masalah masalah yang diketengahkan, saya berasa terpanggil untuk membuat
kajian yang berfokuskan kepada aspek penggunaan kaedah tunjuk cara dalam permainan alat
perkusi demi untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi
dalam subjek pendidikan muzik. Saya yakin dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat
untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
muzik. Apabila murid melihat tunjuk cara yang dilakukan oleh guru mereka, sudah pasti minat
murid akan timbul dan sekaligus menjadikan pendidikan muzik menjadi satu mata pelajaran
yang menyeronokkan.

Selain itu juga, kajian dijalankan bagi memastikan kaedah manakah yang paling sesuai
dijalankan demi untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan muzik di sekolah rendah
khasnya di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Walaupun saya
memilih kaedah pembelajaran secara tunjuk cara untuk mengatasi masalah kemahiran asas
bermain alat perkusi di sekolah ini, ia tidak bermakna saya menolak kaedah-kaedah lain yang
telah terbukti keberkesanannya dalam mencapai objektif dan falsafah pendidikan Negara kita.
Ahmad Mohd Salleh (2000:192) iaitu kaedah hafalan, kaedah soaljawab, kaedah lawatan,
kaedah halaqah, kaedah imlak, kaedah permainan, kaedah tunjuk cara dan kaedah bercerita
boleh digunakan dalam menerapkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid.

Namun, bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas permainan alat perkusi, kaedah
tunjuk cara merupakan kaedah yang terbaik dan amat bersesuaian dilaksanakan. Selain itu

10
juga murid-murid sekolah rendah amat mudah diajar dengan menggunakan kaedah tunjuk cara
berbanding kaedah-kaedah lain khasnya dalam permainan alat perkusi.

3.2 OBJEKTIF KAJIAN


Setelah selesai menjalankan kajian ini, diharapkan murid-murid yang terlibat dapat menguasai
kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul seperti yang ditetapkan dalam objektif yang
dinyatakan. Penguasaan murid terhadap kemahiran bermain alat perkusi seharusnya
dipertingkatkan. Tahap keyakinan dalaman murid juga akan bertambah apabila mereka dapat
menguasai permainan alat perkusi.

3.2.1 Objektif am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas bermain alat perkusi di
dalam mata pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah khasnya bagi pelajar-pelajar Tahap 1.
3.2.2 Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberikan banyak manfaat kepada murid dan juga
guru. Antaranya ialah :
1. Murid dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan alat perkusi.
2. Memastikan murid dapat bermain alat perkusi dengan teknik yang betul.
3. Menyedarkan guru kepentingan menggunakan kaedah tunjuk cara dalam menjayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik khasnya dalam permainan alat
perkusi.
4. Membantu mencungkil minat murid terhadap aktiviti permainan alat perkusi dan
pendidikan muzik secara amnya.
5. Meningkatkan keyakinan murid untuk bermain alat perkusi dengan betul.
6. Guru dapat mempelbagaikan atau menambah baik teknik mengajar di dalam kelas
supaya murid berasa seronok dalam pembelajaran.

3.3 KUMPULAN SASARAN


Kajian yang dijalankan melibatkan 24 orang murid dari Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan
Kampung Baharu Lanjut yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid
perempuan. Mereka dipilih berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah respondan berada di
tempat yang berdekatan dengan pengkaji. Seperkara lagi yang menyebabkan sekolah ini dipilih
ialah untuk melihat sejauhmana persepsi dan amalan guru-guru dalam pengajaran dan

11
pembelajaran tentang penggunaan kaedah tunjuk cara. Penyelidikan ini melibatkan
sepenuhnya murid berbangsa Melayu.

3.4 IMPLIKASI TANPA KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah kaedah pembelajaran yang sesuai untuk
meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi di kalangan murid-murid tahun 2 khasnya.
Dengan adanya kajian ini, adalah diharapkan guru-guru lebih peka di dalam memilih kaedah
pembelajaran demi untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Akan tetapi, jika kajian seperti ini
tidak dijalankan akan menimbulkan beberapa implikasi yang akan memberi kesan terhadap
mutu pendidikan negara. Implikasi yang mungkin dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Kemahiran murid untuk menguasai permainan alat perkusi tidak dapat ditingkatkan.
2. Murid akan bermain alat perkusi menggunakan teknik yang salah.
3. Objektif Sukatan Pelajaran Muzik 2002 mungkin tidak dapat tercapai dengan
sepenuhnya.
4. Murid tidak akan berasa seronok dan ceria untuk belajar muzik.
5. Kekerapan murid untuk melakukan masalah disiplin seperti ponteng kelas akan
berlaku kerana pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan.
6. Mutu pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap lama tanpa ada
penambahbaikan.

3.5 JANGKAAN HASIL DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan mengenai peningkatan kemahiran asas bermain alat
perkusi di kalangan murid tahun 3 Cerdik yang mengintegrasikan faktor-faktor latar belakang
pendidikan ikhtisas guru dan persekitaran serta menunjukkan sumbangan faktor-faktor tersebut
secara langsung dan tidak langsung kepada murid tahun tiga dalam peningkatan kemahiran
asas permainan alat perkusi. Fokus perbincangan dalam bahagian ini akan berkisar kepada
sebab dan akibat serta mengaitkan dengan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini serta
usaha untuk meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi.

12
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berjaya dilakukan oleh guru yang
berupaya membawa dirinya tentang kemahiran, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan
kemahuan. Di sini kita lihat bagaimana model dari guru yang dapat menjayakan atau menjadi
pendorong utama kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa teori
menarik tentang perkembangan guru ini yang mempengaruhi keberkesanan sesi pengajaran
dan pembelajaran antaranya ialah Lilia dan Abdullah (1988) dalam penulisan kertas kerja
mereka membincangkan model yang diutarakan oleh Fuller et al. (1975) dan Berkuner (1995).
Model ini menerangkan bahawa seseorang guru itu perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.

Ia turut menggariskan faktor masa memainkan peranan penting untuk melahirkan guru yang
mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran. Justeru,
misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia
mungkin sukar untuk dicapai seandainya sebahagian besar pendidik belum mencapai tahap
kepakaran dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mutu yang tinggi
secara berterusan dalam sistem pendidikan sememangnya bergantung rapat kepada abudaya
kerja dan penghayatan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diajar.

Analisis deskriptif mengenai sikap dan pandangan terhadap pendidikan muzik khususnya
kemahiran permainan alat perkusi menunjukkan tahap sikap yang agak kurang memuaskan.
Sikap yang kurang positif di kalangan guru membayangkan kurangnya minat dan komitmen
guru terhadap pendidikan muzik.

Begitu juga dengan sikap dan pandangan murid. Hasil kajian menunjukkan sikap dan minat
murid berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh guru. Dengan
bilangan guru yang dari opsyen muzik dan kemahiran terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran muzik yang begitu rendah begitu mempengaruhi kebolehan dan kemahiran setiap
murid. Pandangan dan anggapan subjek muzik tidak penting menyepikan lagi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran muzik. Mereka tidak sedar yang pendidikan muzik mempunyai
kepentingan yang tersendiri.

Mengikut Professor Madya Dr. Rohani Abdullah, aktiviti-aktiviti muzik termasuk permainan alat
perkusi dapat membantu menggalakkan perkembangan sosio-emosi, kognitif, fizikal dan
kreativiti kanak-kanak. Permainan alat perkusi membantu perkembangan kognitif yang
menyeluruh dikalangan murid-murid dalam kemahiran bermain alat perkusi, rima dan rentak

13
yang bersesuaian. Di samping itu permainan alat perkusi dapat meningkatkan daya dan
kemahiran pendengaran di kalangan murid-murid.

3.6 IMPLIKASI KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini telah memberi beberapa implikasi secara langsung dan tidak
langsung kepada murid, guru dan pengurus akademik.

3.6.1 Implikasi Kepada Murid

Murid adalah pelanggan utama kepada guru dalam sektor pendidikan. Kejayaan murid
menguasai objektif setiap mata pelajaran adalah teras kepada kejayaan setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pendidikan muzik adalah antara subjek yang dianggap tidak penting bagi
golongan pelajar tidak harus dipandang ringan. Kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam
subjek pendidikan muzik mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Implikasi kajian telah
menyedarkan murid akan subjek pendidikan muzik serta kemahiran bermain alat perkusi adalah
amat penting. Program-program peningkatan yang disusun telah membangkitkan semangat
dan keseronokan bermain alat perkusi di kalangan mereka. Teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan menarik minat mereka untuk belajar dan memberi tumpuan
dengan baik terhadap kemahiran yang diajar.

Secara tidak langsung mereka mula menghargai subjek pendidikan muzik khususnya
permainan alat perkusi dengan betul dan mengiktiraf akan kepentingan subjek pendidikan
muzik. Ini sejajar dengan matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Permainan alat perkusi dalam pembelajaran muzik menimbulkan suasana yang menyeronokan
di kalangan murid-murid. Keseronokkan ini tanpa disedari telah membantu meredakan tekanan
ke atas murid yang terpaksa menghadapi tekanan mempelajari subjek lain.

3.6.2 Implikasi Kepada Guru

Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan yang dapat menjadi model kepada guru dalam
usaha untuk menggerakkan guru atau tenaga pengajar baik di sekolah mahupun di institusi

14
pendidikan ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Program-program yang
disusun dapat membantu guru atau tenaga pengajar untuk mencapai tahap kepakaran dan
kecemerlangan dengan memberi fokus kepada peramal yang signifikan dan memberi
sumbangan secara langsung atau tidak langsung kepada pemikiran dan prestasi pengajaran
guru.

Kajian membuktikan akan kepentingan ekspetasi guru yang tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran amat penting dalam memastikan peningkatan kemahiran asas bermain alat
perkusi dengan menggunakan kaedah tunjuk cara. Guru-guru dan tenaga pengajar juga
menyedari akan kepentingan setiap subjek yang digubal dan tidak harus dipandang ringan.

3.6.3 Implikasi Kepada Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Guru besar sekolah memainkan pelbagai peranan dalam usaha untuk meningkatkan
tanggungjawab guru terhadap pelaksanaan kurikulum dan pedagogi. Keputusan kajian ini
menunjukkan beberapa pemboleh ubah yang signifikan telah mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran guru. Guru besar yang bertindak sebagai pemimpin kurikulum dan pedagogi
bertanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme guru-gurunya iaitu membantu proses
perkembangan guru-gurunya untuk mencapai tahap kepakaran dalam setiap bidang pelajaran
yang diajarnya.

Sebagai pemimpin akademik, guru besar bertanggungjawab memastikan guru-guru mereka


ditugaskan untuk mengajar subjek yang tepat kerana ketepatan ini didapati menyumbang
secara langsung kepada prestasi pengajaran guru dan pembelajaran. Susunan jadual yang
berkualiti dan latihan dalam perkhidmatan yang menyeluruh ialah antara program yang dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Satu pendekatan bagi perkembangan kakitangan guru ialah dengan mengadunkan pengalaman
pembelajaran guru-guru atau tenaga pengajar dengan amalan harian mereka. Ini dapat
dilakukan dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti di sekolah atau institusi pendidikan. Aktiviti-
aktiviti yang membolehkan guru atau tenaga pengajar berinteraksi dengan murid-muridnya
bukan sahaja dapat memberi peluang mereka meningkatkan kemahiran bahkan pengetahuan
mereka dalam pelbagai keperluan belajar.

15
Oleh itu, usaha untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah atau tenaga pengajar di institusi
pendidikan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.

3.7 KAEDAH KAJIAN

Penggunaan kaedah tunjuk cara akan membantu murid untuk menguasai kemahiran asas
bermain alat genderang. Adalah diharapkan kajian ini akan membantu guru mencapai objektif
Pendidikan Muzik sekolah rendah yang telah ditetapkan.

1.Peranan Guru

2.Kaedah tunjukcara Pencapaian objektif Pendidikan Muzik

3.Minat murid

Berdasarkan kerangka konsep yang dirancang. Adalah diharapkan kajian tentang bagaimana
untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi dengan kaedah tunjuk cara pelajar
tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut akan berjaya mencapai
objektifnya. Pemilihan kaedah pengajaran juga penting bagi memastikan pelajar dapat
menerima dan memahami perkara yang diajar. Di dalam kajian ini, pengkaji memilih kaedah
tunjuk cara kerana kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengajar meningkatkan kemahiran
bermain alat perkusi. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, murid sekolah rendah
cenderung kepada tunjuk ajar guru. Setiap murid boleh menghayati apa yang ditunjukkan oleh
guru mereka dan akan terus mengamalkannya. Ini amat bersesuaian dengan kaedah yang
dipilih. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1985), Penghayatan bermaksud perihal
menghayati, mengalami dan merasai dalam batin. Dalam konteks kajian ini, penghayatan ialah
bagaimana murid-murid sekolah rendah berpeluang untuk mengalami sendiri aktiviti muzik

16
tersebut secara lebih formal lagi. Ini berhubung kait dengan kaedah tunjuk cara yang akan
membantu murid meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi.

Pengkaji juga menggunakan teori-teori berkaitan sebagai sokongan terhadap kajian yang akan
dijalankan. Pengajaran tanpa berbantukan kaedah yang sesuai ibarat kapal tanpa nakhoda.
Tidak dapat menuju arah dan destinasi dengan betul. Pelajar akan duduk secara pasif dan akan
mudah hilang tumpuan. Lebih malang lagi, objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan
muzik tidak akan tercapai sekaligus mencemarkan imej guru-guru dan subjek itu sendiri. Murid-
murid merupakan modal insan yang amat penting kepada negara. Sekiranya kaedah
pengajaran yang diterapkan tidak memberi kesan kepada murid, ini sudah pasti akan
menjadikan pendidikan muzik sebagai subjek yang membosankan dan tidak menarik.

Oleh yang demikian pemilihan kaedah tunjuk cara untuk meningkatkan kemahiran bermain alat
perkusi bagi murid-murid tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut akan
memberi hasil dan panduan yang besar ertinya kepada murid-murid sekolah rendah seluruh
negara. Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun, diatur dan digubah untuk menyedapkan
dan mendatangkan kepuasan bila mendengarnya (Abdul Fatah Karim, 1999).

Perkara yang perlu di beri pertimbangan ialah keseimbangan antara kemahiran lisan dan
berfikir serta gambaran mesej berserta beberapa cadangan yang lebih praktikal dan latihan
yang bermanfaat. Keseimbangan dalam merancang dan melaksana proses pengajaran dan
pembelajaran merujuk kepada kombinasi guru dengan kaedah pengajaran (Kaedah tunjuk cara)
yang akan memainkan peranan penting di dalam kelas bergantung kepada penggunaannya
sama ada berpusatkan guru atau murid. Sekiranya guru mahir menggunakan alat perkusi, ia
semestinya menjadikan aktiviti pengajaran itu berkesan, menarik dan berpusatkan murid.
Sekiranya guru tidak mahir dalam penggunaan kaedah tunjuk cara dan lemah mengendalikan
alat perkusi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu gagal.

Menurut Lester D.Crow diterjemah oleh Habibah bt.Elias (1983:133). Kanak-kanak adalah peka
kepada sikap orang lain terutamanya yang lebih tua daripadanya. Dari sini jelas bahawa kaedah
pembelajaran tunjuk cara amat sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran asas
bermain alat perkusi. Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka
baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Berdasarkan kepada
pendapat-pendapat di atas, jelaslah bahawa kaedah pembelajaran tunjukcara amat besar
sumbangan kepada pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, sudah menjadi lumrah
murid mudah mengikut apa yang guru mereka lakukan. Berdasarkan pendapat-pendapat di

17
atas pengkaji yakin bahawa kaedah pembelajaran tunjukcara akan meningkatkan kemahiran
asas bermain alat perkusi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut.

3.8 PELAKSANAAN KAJIAN

Pengkaji akan menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu dengan menggunakan
teknik tinjauan melalui set soal selidik, temubual tidak berstruktur, analisis data dan juga
pemerhatian.

3.8.1 Soal Selidik

Soal selidik dibina untuk mengetahui minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidkan muzik
dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah pembelajaran tunjukcara. Penggunaan
soal selidik di dalam kajian dapat menjimatkan masa, mudah serta sesuai untuk kebanyakan
responden. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan kos kerana ia tidak memerlukan
perbelanjaan yang tinggi, pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat serta bilangan
responden yang ramai dapat diadakan. Contoh Lampiran A.

3.8.2 Temubual

Pengkaji juga akan mengadakan temubual dengan peserta kajian dengan mengajukan soalan-
soalan lisan yang ada kaitannya dengan kehendak kajian. Soalan tersebut adalah seperti
berikut:

1. Sejauhmanakah kemahiran murid bermain alat perkusi?

2. Sejauhmanakah guru menggunakan Kaedah Pembelajaran Tunjukcara?

3. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran ?

Alat temubual diteliti untuk melihat kaitannya dengan borang jawapan soal selidik yang diterima.
Hal ini akan membantu pengkaji semasa membuat huraian dapatan kajian yang dijalankan.
Temubual dijalankan setelah pengkaji menerima soal selidik daripada peserta kajian.
Pengedaran borang kaji selidik yang diikuti dengan temuduga merupakan kaedah yang paling
banyak digunakan pada masa ini memandangkan objek kajian semakin kompleks. Soalan
tertutup (closed-ended) memberikan jawapan yang sudah dirangka bersesuaian dengan
masalah kajian manakala soalan terbuka (open-ended) memberi peluang kepada individu yang

18
dikaji untuk mengungkapkan masalah kajian berdasarkan pemikiran, perasaan, pengetahuan,
dan pengalamannya.(Wan Hashim, Ting Chew Peh, dan Shamsul Amri Baharuddin, 1980).
Contoh Lampiran B.

3.8.3 Pemerhatian

Pemerhatian ke atas murid telah saya jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung iaitu pada sebelum dan selepas kajian. Perkara yang berlaku sebelum kajian ialah
terdapat murid tidak tahu untuk bermain alat perkusi yang diberikan kepada mereka. Cara
mereka memegang alat perkusi juga salah. Mereka juga tidak dapat mengikut tempo lagu
dengan betul selain tidak dapat mengesan detik lagu yang dimainkan. Contoh Lampiran C.

3.8.4 Ujian Pra dan Pos(Amali)


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
mereka dalam mengenal alat perkusi yang mana ujian ini sebagai asas pengetahuan bagi
setiap murid supaya murid lebih kenal dan tahu setiap nama alat perkusi, bahan yang
digunakan dalam pembuatan alat perkusi, cara bermain alat perkusi dengan betul dan
sebagainya. Ianya digunakan untuk mengesan tentang masalah sebenar yang mereka hadapi
dalam menjawab soalan tersebut. Dari ujian tersebut, didapati masalah sebenar murid adalah
berpunca dengan soalan yang melibatkan cara bermain alat perkusi. Ujian pos kemudiannya
diberikan untuk melihat sejauh mana kepekaan dan keberkesanan aktiviti yang telah dilakukan.
Ujian pos yang dijalankan adalah melalui ujian amali permainan alat perkusi. Apabila diteliti,
memang ada perubahan dari segi teknik permainan alat perkusi dan juga minat yang
ditunjukkan oleh setiap murid. Contoh Lampiran D.

3.9 Analisis Tinjauan Masalah

3.9.1 Analisis Soal Selidik


Murid telah memberikan maklumbalas yang positif sepanjang proses soal selidik dijalankan
untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam permainan alat perkusi. Jadual 3.9.1
menunjukkan bilangan responden dan peratusan yang berjaya di kumpul bagi setiap persoalan
tentang kemahiran dalam permainan alat perkusi.

19
Jadual 3.9.1
Analisa kemahiran murid dalam Permainan Alat Perkusi

Skala / Soalan Ya Tidak Jumlah Murid


1 4 27% 20 83% 24
2 6 25% 18 75% 24
3 8 33% 16 67% 24
4 2 9% 22 91% 24
5 21 88% 3 12% 24

Berpandukan item pertama, dua puluh tujuh peratus atau empat orang murid yang mempunyai
kemahiran asas manakala lapan puluhtiga peratus atau dua puluh orang daripada murid tidak
mahir dalam permainan asas alat perkusi. Berdasarkan pernyataan ini mungkin murid – murid
ini baru didedahkan dengan permainan alat perkusi ataupun tidak mempunyai asas dan
kemahiran asas yang cukup dalam permainan alat perkusi.

Item kedua pula menunjukkan kebolehan murid mengendalikan alat perkusi dengan baik.
Namun begitu bilangan murid yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik sedikit jika
dibandingkan dengan jumlah murid yang dijadikan responden. Dapatan jelas menunjukkan
hanya enam orang murid atau dua puluh lima peratus sahaja yang boleh mengendalikan alat
perkusi dengan baik. Manakala lapan belas orang atau tujuh puluh lima peratus tidak dapat
mengendalikan alat perkusi dengan baik.

Item ketiga pula memberi gambaran tentang pengetahuan murid dalam teknik memegang alat
perkusi. Gambaran menunjukkan dua tiga puluh tiga peratus atau lapan orang murid
mempunyai teknik memegang alat perkusi dengan betul. Manakala enam puluh tujuh peratus
atau enam belas orang murid tidak tahu memegang alat perkusi dengan betul. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor guru yang tidak menggunakan kaedah yang betul dalam permainan alat
perkusi.

Hasil dari item keempat pula menunjukkan sangat sedikit murid yang boleh membaca dan
membuat kiraan detik pada not yang ditunjukkan. sembilan peratus atau dua orang murid yang
boleh membaca not dan membuat kiraan detik manakala sembilan puluh satu peratus atau dua
puluh dua orang murid sebaliknya. Sekiranya murid dapat menepuk detik dan membaca kiraan

20
dengan tepat dan diiringi dengan kemahiran mengendalikan alat perkusi sudah pasti murid-
murid akan mahir mengendalikan alat perkusi.

Item kelima pula berkisar tentang kajian minat dan sikap murid terhadap permainan alat
perkusi. Kajian menunjukkan lapan puluh lapan peratus atau dua puluh satu orang murid amat
berminat untuk mengendalikan alat perkusi manakala dua belas peratus atau tiga orang murid
sahaja yang tidak berminat untuk mengendalikan alat perkusi. Ini jelas menunjukkan betapa
kaedah yang sebenarnya perlu digunakan demi untuk memastikan murid – murid mahir
mengendalikan alat perkusi.

Berdasarkan daripada data yang dikutip , ujian dan latihan bermain alat perkusi berasaskan
kemahiran tunjuk cara telah dijalankan terhadap responden. Sesi tersebut dijalankan adalah
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Program ini telah
dijalankan selama lapan minggu dan telah berjaya meningkatkan kemahiran bermain alat
perkusi. Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan, didapati bilangan responden yang dapat
memainkan alat perkusi dengan baik telah bertambah sebanyak 67% hingga 91% bagi setiap
item yang diuji. Disamping ujian, murid juga diajar dengan pelbagai kemahiran alat perkusi
seperti memegang, membaca not, menepuk detik dan memainkan alat perkusi dengan teknik
yang betul. Kesemua aktiviti ini dijalankan demi untuk melihat keberkesanan kaedah tunjukcara
dalam meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi. Selain daripada kaedah tunjuk cara yang
digunakan, murid-murid juga diberi motivasi tentang kelebihan boleh mengendalikan alat
perkusi.

3.9.2 Analisis Temubual


Berdasarkan daripada temubual yang dijalankan, murid telah memberikan maklumbalas yang
begitu releven dan positif yang mana telah membantu saya dalam menjalankan kajian.

3.9.3 Analisis Pemerhatian

Selepas kajian dijalankan, murid-murid saya telah dapat bermain alat perkusi tersebut dengan
betul berdasarkan kaedah tunjuk cara yang telah saya lakukan selain daripada latihan –latihan
yang dijalankan.

21
3.9.4 Analisis Ujian Pra dan Pos(Amali)

Jadual 3.9.4.1 , 3.9.4.2, dan 3.9.4.3, 3.9.4.4, dan 3.9.4.5 menunjukkan tahap penguasaan
kemahiran asas murid terhadap permainan alat perkusi. Setelah ujian pos(amali) dijalankan,
data dibawah telah berjaya diperolehi.
Jadual 3.9.4.1
Responden mula menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi
Jantina Bilangan responden Bilangan menguasai Peratus (%)
L 12 9 75
P 12 8 67
Jumlah 24 17 71

Jadual 3.9.4.1 menunjukkan responden yang telah mula menunjukkan kemahiran asas bermain
alat perkusi. Dari dua puluh empat responden, tujuh belas orang murid ataupun tujuh puluh satu
peratus telah dapat menguasai teknik kemahiran asas bermain alat perkusi. Dalam permainan
alat perkusi, setiap murid seharusnya menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi. Bila
murid telah menguasai kemahiran asas, sudah pasti aktiviti yang dijalankan oleh guru akan
menarik.

Jadual 3.9.4.2
Responden yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik

Jantina Bilangan Bilangan Peratus (%)


responden menguasai
L 12 9 75
P 12 8 67
Jumlah 24 17 71

Jadual 3.9.4.2 telah menunjukkan keupayaan responden yang boleh mengendalikan alat
perkusi dengan baik. Tujuh puluh satu peratus atau tujuh belas orang murid telah menunjukkan
kebolehan mengendalikan beberapa jenis alat perkusi. Semua murid diajar mengendalikan
semua alat perkusi. Dari sini jelaslah bahawa dengan kaedah tunjuk cara yang digunakan amat
sesuai di dalam meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Berdasarkan data yang

22
dikutip, dapatlah kita mencari jalan penyelesaian dalam meningkatkan kemahiran asas bermain
alat perkusi khasnya untuk murid – murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung
Baharu Lanjut dan amnya untuk seluruh pelajar tahap 1 seluruh negara.

Jadual 3.9.4.3

Responden yang boleh memegang semua alat perkusi dengan teknik yang betul
Jantina Bilangan Bilangan Peratus (%)
responden menguasai
L 12 9 75
P 12 10 83
Jumlah 24 19 79

Jadual 3.9.4.3 pula menunjukkan keupayaan responden memegang semua alat perkusi dengan
teknik yang betul. Berdasarkan ujian yang dijalankan. Tujuh puluh sembilan peratus atau
sembilan belas orang responden telah menunjukkan kebolehan memegang semua alat perkusi
dengan teknik yang betul. Berdasarkan perbandingan daripada kajian awal, jelaslah bahawa
setelah menggunakan kaedah tunjuk cara. Keupayaan murid dalam permainan alat perkusi
dapat ditingkatkan.
Jadual 3.9.4.4

Responden yang boleh menepuk detik dan membaca kad imbasan


Jantina Bilangan Bilangan Peratus (%)
responden menguasai
L 12 9 75
P 12 10 83
Jumlah 24 19 79

Jadual 3.9.4.4 pula menunjukkan keupayaan responden menepuk detik mengikut kad imbasan
dengan baik berdasarkan skor yang diberi dengan baik sebelum alat perkusi dimainkan.
Sekiranya murid-murid tidak dapat mengikut menepuk detik mengikut kad imbasan dengan
baik, sudah pasti aktiviti permainan alat perkusi akan terjejas. Berdasarkan data yang dikutip,
sembilan belas orang atau tujuh sembilan peratus dari dua puluh empat orang murid dapat

23
menepuk detik mengikut kad imbasan yang diajar dengan baik. Dari sini kita dapat melihat
bahawa murid – murid telah mula menunjukkan peningkatan kemahiran asas bermain alat
perkusi.
Jadual 3.9.4.5

Responden yang menunjukkan minat bermain alat perkusi


Jantina Bilangan responden Bilangan menguasai Peratus
(%)
L 12 10 83
P 12 10 83
Jumlah 24 20 83

Jadual 3.9.4.5 pula menunjukkan minat responden terhadap permainan alat perkusi dengan.
Berdasarkan data yang dikumpul dua puluh orang murid atau lapan puluh tiga peratus
daripada keseluruhan responden telah menunjukkan minat terhadap permainan alat perkusi.
Dari sini jelas menunjukkan kaedah tunjuk cara yang digunakan telah menunjukkan
peningkatan terhadap minat murid.
Berdasarkan data ini juga, kita juga dapat simpulkan bahawa penggunaan teknik yang betul
akan mempengaruhi minat dan pencapaian murid dalam permainan alat perkusi. Dari sini,
jelaslah bahawa minat juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kemahiran asas
bermain alat perkusi melalui kaedah tunjuk cara.

3.10 INSTRUMEN/BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN KAJIAN

3.10.1 Skor Lagu


Sebagai panduan kepada murid kerana murid diajar untuk menyanyikan terlebih dahulu lagu
tersebut bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti tempo dan detik lagu. Ini akan
memudahkan murid untuk memahami konsep dalam permainan alat perkusi.

3.10.2 CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung


Digunakan sebagai iringan muzik dalam permainan alat perkusi.

24
3.10.3 Kad imbasan
Adalah sebagai Bahan Bantu Mengajar bagi memudahkan kaedah tunjuk cara dijalankan.
Melaluinya saya akan melatih murid mengikut langkah demi langkah dari latihan menepuk
kepada asas memegang alat perkusi sehingga kepada cara memainkan alat tersebut. Dengan
adanya kad imbasan ini, diharapkan murid akan mengingati semua langkah-langkah melalui
kaedah tunjuk cara oleh guru.

3.10.4 Alat Perkusi


Terdiri daripada beberapa jenis alat perkusi jenis berpic dan tidak berpic. Ia juga dikenali
dengan nama alat genderang. Alat perkusi yang biasa digunakan dalam kajian ini ialah terdiri
daripada kayu tik-tok dan loceng yang merupakan alat perkusi tidak berpic.

4.0 LANGKAH 3 : MENJALANKAN TINDAKAN

4.1 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian


Kajian tindakan ini telah dijalankan selama 8 minggu. Semasa minggu pertama penyelidikan,
saya telah memberikan ujian pra yang berbentuk soalan mudah dalam menguji kefahaman
murid mengenai nama-nama alat perkusi dan cara memegangnya. Tujuan ujian ini dijalankan
untuk mengenalpasti berapakah jumlah murid yang kenal akan nama alat perkusi serta cara
bermainnya sebagai satu sumber maklumat dan persediaan dalam menjalankan kajian.
Daripada ujian tersebut, di dapati seramai 18 orang murid telah betul dalam semua jawapan
dengan menjawab soalan dengan tepat. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pula, saya membimbing murid melalui kaedah tunjuk cara supaya hasil pembelajaran tercapai.
Setiap murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan yang
memainkan kayu tik-tok dan satu kumpulan lagi akan memainkan loceng. Dua orang murid
akan dilantik sebagai rakan pembimbing bagi setiap kumpulan untuk memberi tunjuk ajar
kepada rakan yang kurang mahir. Guru berperanan sebagai pembimbing jika terdapat murid
yang masih lagi kurang faham atau keciciran sesi pembelajaran. Latihan secara intensif akan
diberikan secara berulang kali kepada murid tersebut. Selepas 8 minggu murid menjalankan
aktiviti permainan alat perkusi, murid menduduki ujian pos. Dalam ujian pos ini, saya dapati
telah berlakunya peningkatan terhadap pemahaman murid dalam teknik permainan alat perkusi
dengan baik. Semasa saya menyuruh murid memainkan alat perkusi berdasarkan skor yang

25
diberikan, saya dapati mereka memainkannya dengan teknik yang betul serta mengikut nilai
kiraan detik.

4.2 LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran : Bermain alat perkusi ( loceng dan kayu tik-tok ) melalui kaedah tunjuk cara
mengikut kumpulan yang ditetapkan.

Set Induksi : Guru memaparkan contoh persembahan yang memainkan alat perkusi melalui
tayangan video. Soal jawab dijalankan di mana pelajar akan disoal tentang alat
perkusi yang digunakan dan bagaimana alat tersebut dipegang.

Langkah 1 : Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung’ yang telah
dipelajari sebelum ini sebagai menjana idea dari pembelajaran yang lepas.
Guru mengedarkan lembaran berupa nota serta contoh gambar cara
memegang alat perkusi iaitu loceng dan kayu tik-tok dengan betul kepada
murid.
Berdasarkan lembaran tersebut, guru melakukan demonstrasi dengan
menerangkan cara memegang alat perkusi dengan tepat dan menggunakan
teknik permainan yang betul. Dalam langkah ini pelajar hanya melihat dan
memberi fokus terlebih dahulu.

Langkah 2: Guru menampal kad imbasan di atas papan hitam. Dalam kad imbasan tersebut,
guru akan meminta murid melakukan aktiviti latihan tepukan mengikut guru
secara berulang kali. Latihan tepukan juga disertakan dengan menyebut
kaedah kodaly iaitu ta-ta dan ta-sa bagi memudahkan murid untuk mengingat
tepukan yang dilakukan dengan tempo yang tepat.

Langkah 3: Guru akan mengedarkan alat-alat perkusi iaitu loceng dan kayu tik-tok
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Berdasarkan nota yang telah
diedarkan, guru membimbing murid memegang alat tersebut dengan betul.
Dalam kaedah tunjuk cara, murid diminta untuk mengikut guru membuat
latihan bermain alat perkusi berdasarkan kad imbasan yang telah ditetapkan.

26
Latihan ini akan dijalankan berulang kali supaya pelajar dapat mengingat dan
mengaplikasikan semasa bermain alat perkusi dengan penuh keyakinan.
Murid diminta bermain sambil menyanyi lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung’
tanpa iringan muzik.

Langkah 4: Dalam langkah ini, murid diminta bermain alat perkusi mengikut kumpulan
masing-masing dengan bimbingan guru. Pada langkah ini, murid akan
bermain alat dengan iringan muzik lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung’. Latihan
ini dijalankan berulang kali melalui kaedah tunjuk cara oleh guru.

Pengukuhan: Guru akan menukarkan kumpulan yang bermain alat perkusi dari kumpulan
lain. Latihan dan teknik yang sama dijalankan.

5.0 LANGKAH 4 : MELAKUKAN REFLEKSI

5.1 REFLEKSI KAJIAN


Peningkatan tahap pemahaman murid dalam permainan alat perkusi dengan menggunakan
teknik yang betul amat memberangsangkan. Kebolehan mereka mengingat konsep atau teknik
melalui kaedah yang diajar menjadikan keyakinan mereka meningkat. Esah Sulaiman (2003),
menyatakan bahawa kombinasi daripada pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran akan
menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna. Timbul rasa kepuasan yang tak
terhingga di hati saya dan segala penat-lelah serta jerit-perih saya selama ini terbalas tatkala
melihat pencapaian yang begitu baik pada murid-murid saya dalam permainan alat perkusi
setelah kajian ini dijalankan. Saya telah mengambil masa selama 8 minggu dalam
meIaksanakan kajian ini. Usaha saya selama ini mendapat hasil pulangan yang lumayan
kerana murid-murid yang telah saya jalankan kajian begitu cemerlang dalam permainan alat
perkusi. Ini menunjukkan objektif pengajaran saya yang digunakan dalam kajian ini tercapai.
Saya merasa amat berbangga kerana penggunaan kaedah tunjuk cara membantu saya dalam
mencapai matlamat kajian.
Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Saya menggunakan
pengalaman mengajar selama 11 tahun untuk memastikan perjalanan kajian tindakan ini
berjalan dengan lancar. Saya perlu menjadi seorang yang kreatif supaya objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai dimana saya telah menggunakan tayangan video yang

27
menunjukkan kaedah permainan alat perkusi. Murid-murid saya begitu teruja serta memberi
tumpuan yang penuh semasa menonton tayangan video tersebut. Pada masa yang sama saya
telah menerapkan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana saya telah
memuat turun tayangan video itu dari internet yang mana saya memperolehinya dari sumber
youtube. Kemahiran penggunaan ICT saya juga dapat ditingkatkan.

Pujian juga harus diberikan kepada murid-murid saya kerana mereka tanpa rasa penat dan
jemu mengikuti pembelajaran muzik yang mengkhususkan dalam permainan alat perkusi demi
meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan alat perkusi. Saya lihat murid-murid saya ini
tidak cepat mengaku kalah. Mereka akan terus berusaha untuk melakukan latihan permainan
alat perkusi berulangkali sehingga mencapai kehendak pengajaran saya. Adakalanya saya
terpaksa menggunakan nada suara yang agak tinggi semasa mengajar bagi memastikan murid-
murid saya lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Timbul rasa kasihan di hati
saya pada murid-murid ini. Apa yang lakukan adalah demi kebaikan mereka. Akhirnya saya
mampu tersenyum apabila melihat murid-murid saya telah mahir dalam permainan alat perkusi.
Hubungan antara saya dengan murid-murid juga bertambah rapat selepas kajian ini dijalankan.

Saya mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir sekolah, guru-guru serta murid-murid
semasa saya menjalankan kajian ini. Pihak pentadbir memberi sokongan yang sepenuhnya
kepada saya dan mereka turut membantu saya seperti membenarkan saya menggunakan
mesin potostat untuk membuat salinan pada lembaran kerja, ujian, borang kaji selidik dan
sebagainya. Rakan-rakan setugas banyak membantu saya dalam menyumbangkan idea serta
pendapat yang begitu berguna dalam menjalankan kajian ini.

Kajian saya ini melibatkan dua puluh empat orang murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan
Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor bagi tahun 2011 sebagai respondan. Jadual 5.1.1
menunjukkan data latar belakang murid yang berkaitan dengan responden kajian. Murid ini
telah melalui pengalaman sedia ada dalam matapelajaran pendidikan muzik bermula dari
Tahun 1 lagi dan telah didedahkan dengan permainan alat perkusi oleh guru muzik sebelum ini.

28
Jadual 5.1.1
Profil responden kajian berdasarkan bilangan dan jantina

Profil Responden Frekuensi (Bilangan) Peratus(%)


Kelas
2 Jujur 24 100
Jantina
Lelaki 12 50
Perempuan 12 50

Jadual 5.1.1 menunjukkan sejumlah dua puluh empat orang responden yang terdiri daripada
murid-murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut. Analisis kategori
jantina pula menunjukkan sejumlah dua belas orang murid lelaki dan dua belas orang murid
perempuan. . Kategori murid ini terbahagi kepada tiga kategori murid iaitu cerdas, sederhana
dan lemah. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang keluarga dan pelbagai
keupayaan belajar.

6.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan batasan kajian ini, maka dicadangkan beberapa syor untuk kajian atau
penyelidikan akan datang agar aspek-aspek tertentu didalami. Beberapa cadangan kajian
lanjutan dipaparkan dalam perenggan yang berikut.

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian bersifat deskriptif bagi mengenal pasti
masalah meningkatakan kemahiran bermain alat perkusi di kalangan murid tahun 2 Jujur di
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Kajian ini merupakan kajian
berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil iaitu seramai dua puluh empat orang
responden. Masa kajian adalah terhad. Oleh yang demikian adalah dicadangkan aspek-aspek
berikut dapat memberi pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan dengan
kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang.

Oleh kerana kajian ini hanya terhad kepada murid-murid Tahun 2 Jujur di Sekolah Kebangsaan
Kampung Baharu Lanjut sahaja, maka kajian yang sama boleh dilaksanakan merangkumi

29
keseluruhan kelas-kelas yang terlibat dengan permainan alat perkusi dalam subjek pendidikan
muzik. Bahkan untuk hasil yang lebih menyeluruh ia boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain
untuk melihat kesan keseluruhan pemboleh ubah terhadap penguasaan permainan alat perkusi
berdasarkan kaedah tunjuk cara.

Kajian lanjutan perlu dilakukan dengan lebih mendalam dalam meningkatkan kemahiran asas
permainan alat perkusi dikalangan murid Tahap 1. Pengkaji perlu juga melihat aspek-aspek lain
seperti teknik memegang alat perkusi, sikap dan minat pelajar dan guru itu sendiri.

Pengkaji seterusnya perlu memperluaskan kajian kepada faktor demografi yang lain
seperti lokasi kajian dan sosio-ekonomi responden yang berbeza. Jumlah responden juga perlu
diperbanyakkan untuk mendapat hasil kajian yang lebih menyeluruh. Reka bentuk dan
instrumen lain juga boleh digunakan dalam mendapat data kajian. Kaedah temubual juga boleh
dilakukan untuk mendapat hasil kajian yang lebih telus.

Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh juga boleh dilakukan untuk mendalami proses pemikiran
dan tindakan guru dan murid pelbagai tahap. Kajian yang sama juga boleh dilakukan untuk
membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar belakang guru dan murid serta persekitaran
terhadap pemikiran dan prestasi guru opsyen muzik. Kajian yang sama boleh juga dilakukan
untuk membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar belakang guru, murid dan
persekitarannya terhadap permainan alat perkusi dengan betul.

Penyelidikan seterusnya haruslah mengambil kira syor-syor yang dicadangkan kerana ia


berkaitan dengan kajian tentang penguasaan murid dalam permainan alat perkusi dengan baik
dan mahir. Pertimbangan ini adalah amat wajar sekali kerana matlamat akhir kita adalah untuk
memperkembangkan subjek pendidikan muzik khususnya permainan alat perkusi di kalangan
murid-murid sekolah rendah dengan menyeluruh.

Sebagai insan berpotensi, guru-guru harus secara sedar melahirkan pemikiran yang positif ke
arah kecemerlangan dan sentiasa memikirkan tentang usaha untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid-murid serta menyedarkan mereka akan tanggungjawab mereka.

Di harapkan kajian tambahan ini dapat gambaran yang lebih jelas tentang peningkatan
kemahiran asas bermain alat perkusi dikalangan murid tahun 2 khasnya dan Tahap 1 amnya.
Ia juga diharap dapat merangsang pihak-pihak yang terlibat dalam usaha meningkatkan
kemahiran guru dan murid. Semoga tindakan dan suntikan yang dibuat memberi kesan positif
kepada guru-guru pendidikan muzik dan seluruh warga pendidik.

30
Berdasarkan batasan kajian ini, maka dicadangkan beberapa syor untuk kajian atau
penyelidikan akan datang agar aspek-aspek tertentu didalami. Beberapa cadangan kajian
lanjutan dipaparkan seperti berikut :

a. Tingkatkan dahulu kemahiran dan penguasaan bagi guru yang mengajar muzik agar
penyampaian dan ilmu yang diberikan mampu dimanfaat kepada pelajar dengan baik.
b. Terlebih dahulu, seawal persekolahan iaitu bermula dari prasekolah, pelajar telah
didedahkan bermain alat perkusi dengan teknik dan cara memegang yang betul.
c. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran bermain
alat perkusi, guru perlu memastikan bahawa aktiviti ini dijalankan dengan amanah.
d. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran bermain
alat perkusi, guru perlu memastikan bahawa aktiviti ini dijalankan dengan amanah.
e. Guru boleh menggunakan kepelbagaian kaedah dan modul yang bersesuaian.
f. Latih tubi dan perlu diberi perhatian kepada pelajar yang bermasalah.
g. Selalu adakan latihan tepukan Kodaly dan detik sebelum aktiviti permainan
dijalankan.

7.0 RUMUSAN

Kajian tentang bagaimana cara untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi
murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut dengan menggunakan
pembelajaran tunjuk cara amat sesuai kerana murid-murid mudah mengikut apa yang guru
mereka tunjukkan. Pelajar juga akan dibimbing bagaimana cara untuk memainkan alat perkusi
dengan betul. Selain itu juga, pengkaji yakin dengan penggunaan kaedah pembelajaran secara
tunjukcara akan menimbulkan minat murid dalam pembelajaran muzik. Adalah diharapkan
dengan adanya kajian ini, pengajaran dan pembelajaran muzik akan menjadi satu subjek yang
diminati oleh murid-murid. Berdasarkan pengalaman mendidik murid sekolah rendah, setiap
murid akan seronok dan gembira sewaktu pengajaran dan pembelajaran muzik ingin dijalankan.
Tetapi, sewaktu sidang berlangsung ia menjadi hambar dan tak bermaya. Pengkaji amat yakin
dengan adanya kajian ini, kepincangan yang ada akan dapat diselesaikan seterusnya akan
meletakkan martabat pendidikan mengendalikan martabat pendidikan muzik selaras dengan
kehendak dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

31
8.0 RUJUKAN BUKU

Fadizah Salih (2002). Kaedah Pengajaran Yang Kerap Digunakan Dalam


Matapelajaran Rekacipta diSekolah Menengah Negeri Johor. UTM : Tesis Sarjana
Muda.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran


pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kamus Dewan( 1994 ).Edisi Ketiga.Dewan Bahasa Dan Pustaka:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee Shor Mee (1988). Pedagogi 2, Pengajaran dan Persediaan Mengajar.


Kuala Lumpur : KumpulanBudiman Sdn.Bhd.

Meng, E. A. (2003). Ilmu Pendidikan : Pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas


(Semester 1).Kuala Lumpur : Academe Art & Printing Service Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 Bahagian A:


Pengajaran DanPersediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Najib Tun Razak (2005) dalam Guru bukan Sekadar Mendidik Pelajar. Mingguan
Malaysia, Ahad: 7 Ogos 2005.

Wan Hashim, Ting Chew Peh, dan Shamsul Amri Baharuddin,1980).Kaedah


Penyelidikan Sosial:Suatu Rampaian Esei Masalah Kajian Luar
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia 1980.

Zalina Bt. Ahmad Zainuddin (2001) Kajian Pengajian Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, Bahagian Perancangan Pendidikan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah.

32
Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Fatah Karim. (1999). Panduan Harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Mohd Salleh (2000). Pendidikan Islam, Pedagogi dan Metadologi. Selangor:
Penerbit Fajar BaktiSdn.Bhd.

Hanafie Mohd Iman. (1996). Glosari Seni Muzik; DBP.

Johani Abdullah (1993), Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur


Dewan Bahasa Pustaka.

Khairul Bariah bt. Haroen et. al. (2006). Pengenalan Pendidikan Muzik.
Selangor Darul Ehsan : Open Universiti Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002 Semakan), Sukatan Pelajaran


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur. DBP Kuala
Lumpur.

Lilia Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1998. Pengetahuan isi kandungan (Pedagogical Content
Knowledge – PCK) dan peranannya dalam mempelajarai cara mengajar. Kertas kerja
Seminar ke 12 Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru. Tema : Pendidikan Guru
Untuk Sekolah Berkesan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 26 – 28
Oktober

Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


DewanBahasa & Pustaka.

Profesor Madya Dr. Rohani bt. Andullah, Nani Menon & Mohd. Shahrani
Ahmad. (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur; PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

33
Shaifol Bahary b. Sulaiman & Hasnul Faizal b. Hushin. (2008). Kajian Tindakan
Berasaskan Sekolah. Selangor Darul Ehsan : Open Universiti Malaysia,.

34
9.0 RUJUKAN INTERNET

http://www.edu_cybergpg.com/Music/orff.html23November2009

Laman web tentang teknik pengajaran dan sistem yang digunakan oleh Carl Orff dalam
mengajar muzik kepada kanak-kanak.

http://www.clat.psu.edu/homes/bxb 11/mi/Mllpli.htm/16November2009

Cadangan dan idea mengenai pengajran dan pembelajaran dengan menggunakan kecerdasan
pelbagai.

35
10.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Borang Soal Selidik Kemahiran Asas Permainan Alat Perkusi

NAMA : …………………………………………………………………………………….
TAHUN : 2 ……………………….

Tandakan ( / ) pada senarai yang disediakan dibawah :

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah kamu mempunyai kemahiran asas dalam


permainan alat perkusi?

2 Adakah kamu boleh bermain alat perkusi dengan baik?

3 Adakah kamu tahu teknik memegang semua alat perkusi


dengan betul?

4 Bolehkah kamu membaca skor dan menepuk detik ?

5 Adakah kamu berminat bermain alat perkusi ?

36
LAMPIRAN B

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Soalan Temu Bual

Guru : Adakah kamu mengenali nama alat perkusi?

Murid : Sesetengahnya.

Guru : Adakah kamu tahu teknik cara yang betul untuk bermain alat perkusi?

Murid : Saya hanya ingat alat perkusi kastenet dan kayu tik-tok. Alat perkusi

tersebut saya hanya perlu pukul dan ketuk je.

Guru : Bolehkah kamu membaca skor dan menepuk detik ?

Murid : Tak tahu.

Guru : Adakah kamu berminat bermain alat perkusi ?

Murid : Kadang-kadang minat, kadang-kadang tak.

Guru : Adakah kamu memahami apa yang diajar oleh guru?

Murid : Kadang-kadang saya faham, kadang-kadang saya tak faham.

37
LAMPIRAN C

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Borang Instrumen Pemerhatian

Jadual : Tingkahlaku Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Bil Aktiviti Tingkahlaku Murid Kekerapan


1 Penerangan pembelajaran Memberi perhatian dan
tumpuan

2 Aktiviti berkumpulan Bekerjasama

3 Permainan alat perkusi Menunjukkan minat

38
LAMPIRAN D
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Borang Senarai Semak Ujian Amali Muzik

NAMA :………………………………………………………………….. KELAS :………………

B. Teknik bermain alat perkusi.

1. Kemahiran asas 1 2 3

2. Cara mengendalikan alat perkusi 1 2 3

3. Teknik memegang semua alat 1 2 3

4. Menepuk detik dan membaca kad imbasan 1 2 3

5. Minat murid 1 2 3

Tandatangan penilai :

Petunjuk skala: Nama Penilai :


1 - Lemah
2 - Sederhana
3 - Baik Tarikh :

39
LAMPIRAN E

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Jenis Alat Perkusi Yang Digunakan Dalam Kajian Tindakan.

40
LAMPIRAN F

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak
berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan
tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

41
LAMPIRAN G

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok

1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

42
LAMPIRAN H

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT

43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Alat Bantu Mengajar

Skor Lagu

Lirik Lagu

43
Skor Alat Perkusi

Radio

CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung

44
45

You might also like