You are on page 1of 2

Kerja kursus WAJ3115 1

SINOPSIS NASINYA TUMPAH

Dalam cerpen ini, watak utama JARAH anak kepada SUDIN dan HALIMAH. JARAH
ialah kakak kepada ZABIDAH, BEDOLAH dan HANI. Diceritakan mereka ini
daripada keluarga petani yang menjual hasil tanaman seperti pisang benggala,buah
jering, bunga melur dan bunga cempaka, ubi, buah sawa dan buah jambu.

Pagi-pagi lagi emak dan ayahnya ke pasar menjual hasil tanaman. JARAH
dipertanggungjawabkan untuk memasak dan menjaga adik-adiknya. JARAH yang
berumur 13 tahun dan sudah tidak bersekolah lagi. Begitu juga dengan adik-adiknya.

Setelah memasak nasi untuk makan tengahari mereka , JARAH membawa adik-
adiknya untuk menjemur padi bagi memudahkan kerja ibu bapanya walaupun tidak
disuruh. Dalam perjalanan menuju tempat mereka menjemur padi, JARAH dan adik-
adiknya terjumpa ‘KULAT KAKI TIUNG’ dan mengambil keputusan untuk menjemur
dahulu padi sebelum mengutip kulat-kulat tersebut untuk dijadikan lauk makan
tengahari . Setelah selesai menjemur padi, mereka pun mengutip kulat-kulat
tersebut dengan gembira.

Setiba mereka adik-beradik di rumah, JARAH membahagi-bahagikan kerja kepada


adik-adiknya, dan mulai memasak kulat tersebut. Mereka makan setelah JARAH
siap memasak .

BEDOLAH yang gemar kulat mencedok sebanyak-banyaknya ke nasi sambil


diperhatikan ZABIDAHyang meradang. JARAH menasihati BEDOLAH agar
mengambil sedikit dahulu, bila ZABIDAH rasa JARAH berpihak padanya, dia
merebut senduk dari BEDOLAH. BEDOLAH mengelak. Ketika itulah JARAH
menyergah kedua-dua adiknya dan menyebabkan pinggan nasi BEDOLAH terjungkit
Kerja kursus WAJ3115 2

kerana tertekan ZABIDAH yang terkejut. Nasi BEDOLAH dan lauk kulatnya tumpah
ke bawah rumah dan dimakan oleh itik-itik dan ayam-ayam SUDIN.

BEDOLAH yang marah membaling senduk hingga kena kepala ZABIDAH. JARAH
yang hilang sabar memulas telinga BEDOLAH menyebabkan BEDOLAH lari keluar.
JARAH dan adik-adiknya makan tanpa mempedulikan BEDOLAH kerana pasti dia
akan berhenti juga.

Setelah makan, JARAH mula menidurkan adiknya HANI. ZABIDAH pula mengemas
dapur.Mulanya ZABIDAH muntah dan tergolek di dapur. TIdak lama kemudian HANI
muntah-muntah juga, daripada nasi dan kulat yang tidak hadam hinggalah muntah
darah. Begitu juga ZABIDAH. JARAH yang panik hendak bangun mengambil air
untuk adik-adiknya, dia mula terasa loya dan termuntah.

You might also like