You are on page 1of 3

1.

Rokok
Langkah-langkah untuk membendung gejala merokok di negara ini ialah
peranan media massa .Pihak media massa haruslah membuat iklan tentang
jenama rokok yang diharamkan.Pihak media massa juga boleh membuat
dokumentari tentang bahaya rokok .Contohnya,kesan rokok terhadap paru-paru
dan badan.paparan iklan rokok boleh diletakkan di tempat tertentu seperti kedai
kopi dan pasar raya.jelaslah peranan media masaa mampu untuk menyedarkan
rakyat negara ini yang merokok demi menjaga kesihatan diri dan orang
sekeliling.

2. Rokok

Antara kesan merokok ialah mengganggu keselesaan orang ramai di tempat awam.Ia
bukan sahaja mengganggu keselesaan orang ramai malahan ia juga memberi impak
negatif terhadap orang ramai.Contohnya,apabila si perokok menghisap rokok
berhampiran dengan seorang ibu yang mengandung,ia akan mendatangkan impak
buruk kepada ibu tersebut dan juga bayinya.Asap rokok boleh meresap ke embrio yang
dikandungi ibu.Oleh hal yang demikian,ia menyebabkan bayi tersebut kekurangan
oksigen.Bayi itu juga berkemungkinan besar dilahirkan dalam keadaan kurang berat
badan,kekurangan nutrien dan lemah daya tahan penyakit.

3. PATI
Selain itu,kedudukan geografi juga salah satu punca berlakunya kemasukan PATI
ke negara kita.Kawasan negara Malaysia yang dilingkupi perairan yang
panjang,berteluk dan berpaya memudahkan PATI masuk ke negara Malaysia.Hal
ini menyebabkaan kemasukan PATI lebih mudah tanpa sebarang gangguan dan
berasa takut untuk memasuki Malaysia secara haram.Penguatkuasa sukar
dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengawal semua tempat pada setiap
masa.Laluan tikus yang terlalu banyak menyebabkan kemasukan PATI sukar
dikawal oleh pihak bekuasa untuk membuat pengawasan.Oleh hal yang
demikian,kedudukan geografiboleh mempengaruhi kemasukan PATI ke negara
ini.

4. PATI
Antara langkah mengatasi PATI termasuklah mengetatkan kawalan sempadan.
Kawalan yang ketat harus dilakukan khususnya di tempat-tempat yang strategi
kemasukan PATI. Dengan adanya kawalan sempadan yang ketat, isu kemasukan
PATI dapat dikurangkan. Contohnya, kawalan yang ketat akan menyukarkan
peluang PATI untuk memasuki negara kita. Di samping pasukan keselamatan,
bidang kuasa pasukan RELA juga perlu diperluaskan lagi untuk menahan PATI.

5. Keruntuhan moral
Antara langkah mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja
ialah kawalan tempat-tempat hiburan. Sebagai contoh, pihak berkuasa
hendaklah menjalankan operasi membanteras penjualan pil ekstasi atau jenis
dadah lain di pusat hiburan. Hal ini kerana pusat hiburan dikenali sebagai sarang
keruntuhan akhlak terutamanya golongan remaja. Kawalan terhadap remaja
bawah umur yang mengunjungi pusat hiburan amat penting agar mereka tidak
terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Oleh itu, jelaslah bahawa
kawalan tempat-tempat hiburan dapat mengatasi masalah keruntuhan akhlak.

6. KERUNTUHAN MORAL
Antara langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan
remaja ialah institusi pendidikan perlulah sering memantau tingkah laku
pelajar.Guru perlu diberi kuasa yang lebih untuk menangani masalah disiplin
pelajar.Sebagai contohnya ,setiap guru tingkatan haruslah memahami tingkah
laku dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kelasnya.Guru kaunseling
juga perlulah sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan panduan kepada
pelajar .Hal ini dikatakan demikian kerana dapat memberi penekanan yang
seimbang kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang
sebaliknya bukan memberi tumpuan akademik semata-mata.Oleh
itu,pemantauan tingkah laku di institusi pendidikan dapat melahirkan remaja
yang bermoral.

You might also like