You are on page 1of 3

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1 April 1938) merupakan usahawan yang

kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-219 di dunia, dengan nilai bersih yang
dianggarkan sebanyak AS$ 6.7 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat
dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di
Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia,
perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan
tempat di Asia Tenggara. Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda
menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting
dalam pengenalan Live Aid ke Asia .Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat
berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.

Masa muda
Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda
ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau
seorang kanak-kanak gagap. Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala
Lumpur dan kemudiannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh
ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada
tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu
muda lagi.

Kerjaya
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda
sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya
melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran
perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah
satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri,
pertaruhan perlumbaan kuda). Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang
perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran
perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat
dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia.
Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi
pasaran minyak di Amerika Syarikat.
Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia
yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan
kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda
Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia.
Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu
pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr
Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan
bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.
Empayar multimedia

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini
termasuk:
Maxis Communications Berhad (Maxis)
Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) - hak milik
sebanyak 91%
SES World Skies
Astro All Asia Networks Plc
Asian Broadcasting Network
Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
Bumi Armada Berhad
Objektif Bersatu Sdn Berhad - hak milik sebanyak 49%
Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong - hak milik sebanyak 100%

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British, AT&T, Orange
S.A., Belgacom, Royal KPN N.V. and América Móvil dengan harga sebanyak AS$1,180
juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit
yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian
pasaran tempatan melebihi 40%. Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia
Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di
Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang
lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang
interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers. Pada
tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut
kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems
Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia
Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan
sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.

You might also like